omniture

XinFin Perkenal Projek Persekitaran Maya untuk Pentokenan Aset bagi Aset-aset Infrastruktur Awam

XinFin FinTech Pte. Ltd
2018-08-08 21:23 1366

SINGAPURA, 8 Ogos 2018 /PRNewswire/ --

Di majlis pelancaran Asia bagi edisi kelima 'Pelabur Awam Global 2018' terbitan OMFIF, syarikat rantaian blok hibrid XinFin menggalakkan bank-bank pusat, bank-bank pembangunan, dana-dana pencen dan syarikat-syarikat insurans untuk membentuk satu konsortium bagi merapatkan jurang infrastruktur global bernilai $15 trilion.

generated by system

Bercakap dalam sidang panel, Ketua Pembangunan Perniagaan, Joseph Appalsamy menyebutkan bagaimana rantaian blok dapat membantu konsortium berkenaan; "Hanya dua puluh lima peratus GPI melabur dalam projek-projek peringkat awal dan alasannya ialah risiko, maka kami bertanya 'bolehkah rantaian blok membantu mengurangkan risiko pembiayaan projek, bolehkah ia merendahkan kos transaksi, bolehkah ia mengautomasikan dan menyelaraskan proses, bolehkah ia menyediakan data prestasi aset waktu nyata dan bolehkah ia mewujudkan pertukaran' dan jawapannya ialah ya."

XinFin mendakwa melalui pentokenan aset bagi infrastruktur fizikal mereka dapat membantu institusi-institusi pembangunan mengambil beberapa pinjaman berkenaan yang tidak lagi berisiko daripada buku pelaburan mereka dan sememangnya boleh dijual kepada syarikat-syarikat insurans yang menginginkan kadar pulangan jenis utiliti.

XinFin mencadangkan kepada GPI bahawa meskipun rantaian blok sedang bereksperimen dengan silo, yang mana ia seharusnya dilakukan dalam konsortium untuk menyeragamkan pembangunan Infrastruktur sebagai Kelas Aset (IAC) menggunakan pentokenan aset dalam persekitaran maya – seraya dikenali sebagai Projek Sandbox (Persekitaran Maya). GPI yang berminat dengan keahlian konsortium boleh mengklik dan menjadi sebahagian daripada kempen global.

Atul Khekade, Ketua Pembangunan Ekosistem berkata, "Menggunakan penyepaduan ERC-721 dan DLT pada Protokol XDC, XinFin membolehkan pelabur-pelabur institusi mengumpul modal untuk pemilikan pecahan bagi projek-projek infrastruktur utama, seraya merendahkan risiko pendedahan dan meningkatkan kecairan. Pelabur-pelabur besar boleh mempelbagaikan pelaburan infrastruktur dengan melabur peruntukan yang sama dalam berbilang projek manakala pelabur-pelabur lebih kecil boleh mengakses pelaburan infrastruktur yang sebelum ini terlalu besar untuk dipertimbangkan."

Konsortium IAC TradeFinex menyasarkan ke arah pembangunan amalan terbaik, penyeragaman instrumen dan bekerjasama dengan pengawal selia yang sesuai dengan rangka kerja dasar dan pematuhan yang bersesuaian.

Pelancaran ini didahului dengan perbincangan awal tentang perubahan iklim dengan Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa(BIS), bidang minat utama untuk XinFin memandangkan rantaian blok konsensus dengan bukti-kepentingan menunjukkan bahawa perlombongan intensif tenaga tidak lagi diperlukan untuk aplikasi rantaian blok hibrid gred perusahaan, menjadikannya sebagai 'rantaian blok hijau'.

Latar Belakang XinFin 

XinFin ialah protokol/platform Rantaian Blok Hibrid sumber terbuka bertaraf global dengan penyumbang komuniti bebas terdiri daripada penyokong jangka panjang, pembangun utiliti dan teknologi rangkaian.

Ikuti XinFin Network (XDCE) di Twitter (@XinFinF), Telegram (https://t.me/xinfintalk) dan Slack (https://xinfin-public.slack.com/)

Hubungi:
Rachna Baruah
rachna@madchatter.in

Source: XinFin FinTech Pte. Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Financial Technology