omniture

Halodata Perkenal Penyelesaian Sekuriti Baharu di RSA 2018

Halodata International Pte Ltd
2018-08-09 10:38 3020

SINGAPURA, 9 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Halodata Group, pengedar bernilai tambah bagi sekuriti data, julung kalinya memperkenalkan empat penyelesaian sekuriti maklumat baharu di Persidangan RSA APJ 2018 pada 25-27 Julai lalu di Marina Bay Sands. Penyelesaian yang dipamerkan ialah 8MAN, Netshield, Zimperium dan Swivel Secure yang menonjolkan teknologi canggih yang baharu untuk Kawalan Akses dan Pertahanan Ancaman Mudah Alih, iaitu dua topik hangat lantaran ketirisan data yang berlaku baru-baru ini di rantau ini.

Team Halodata at RSA Conference APJ 2018
Team Halodata at RSA Conference APJ 2018

 

"Pasaran ASEAN telah berkembang pesat dalam pasaran keselamatan siber. Walau bagaimanapun, strategi-strategi asas seperti Pelaporan Direktori Aktif, Pengesahan Berbilang Faktor dan Kawalan Akses Rangkaian masih belum disediakan. Alatan Pencegahan Kehilangan Data dan Pengelasan Data; asas-asas bagi sebarang pelaksanaan sekuriti yang baik, seolah-olah diabaikan," jelas Resham Ganglani, Ketua Pegawai Eksekutif Halodata.

Steven Gormly, Pengurus Prajualan Antarabangsa untuk 8MAN oleh Protected Networks menambah, "Secara keseluruhan, ia merupakan satu pameran yang hebat, namun masih wujudnya kekurangan kesedaran tentang bagaimana syarikat-syarikat berupaya mengurus Kebenaran Hak-hak Akses dan mengaudit Direktori Aktif. Penyelesaian Pengurusan Hak-hak Akses 8MAN memberi ketelusan yang lengkap mengenai mereka yang mempunyai akses kepada data dan apa yang dilakukan terhadapnya."

Mike McKinzie, Pengarah Serantau, Swivel Secure Amerika Utara & APAC berkata, "Kami berasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan Halodata untuk rantau ini dan melalui kunjungan saya ke Indonesia dan Singapura, saya mendapati adanya peningkatan permintaan terhadap pengesahan berbilang faktor jauh melebihi perbankan Internet. Swivel Secure dan Halodata berasa gembira untuk memastikan industri memperoleh yang terbaik dengan penyelesaian MFA kami."

Ketika kali keempat menghadiri persidangan RSA di Singapura, Carmen Oprita, Pengurus Jualan dan Pembangunan Perniagaan daripada Cososys SRL dari Cluj, Romania serta pejabat serantaunya, Cososys Far East mengulas, "Perkongsian kami dengan Halodata dilihat semakin kukuh untuk jangka masa yang lama. Acara di RSA sentiasa membawakan peluang-peluang baharu dan platform untuk kami mendemonstrasikan penyelesaian pencegahan Kehilangan Data yang utama kami merentasi kesemua platform sistem operasi. Penyelesaian kemegahan kami, Pelindung Titik Akhir, telah mencapai kadar pemasangan yang mencatat rekod di ASEAN dan kami menjangkakan perkembangan ini diteruskan pada tahun-tahun mendatang."

Dua orang lelaki budiman yang sibuk di reruai Halodata, ialah En. Vic Mankotia, Naib Presiden Jualan, Asia dan Jepun; serta Pengarah Prajualan, Pat Shueh, daripada Zimperium. Mereka berdua menunjukkan betapa mudahnya untuk telefon bimbit dikompromikan tanpa sebarang tanda-tanda perbuatan khianat. "Lanskap ancaman kini berkembang terhadap telefon bimbit. Kita banyak melakukan urusan perniagaan harian pada telefon bimbit dan di situlah data kita menjadi paling terdedah. Ini merupakan paradigma seterusnya untuk penyerang dan penting untuk melindungi bukan sekadar peranti mudah alih tetapi juga aplikasi. Bersama-sama Halodata, kami berharap dapat meneruskan kepimpinan kami dalam bidang Pertahanan Ancaman Mudah Alih ini!" jelas En. Mankotia.

Halodata ialah pengedar sekuriti bernilai tambah di rantau Asia Tenggara dengan pejabat-pejabat di Singapura, Malaysia & Indonesia serta merupakan ahli korporat IAPP dan rakan kongsi latihan OCEG. Halodata bermatlamat untuk merapatkan jurang antara privasi, sekuriti, tadbir urus dan juga teknologi.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180807/2205748-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180807/2205748-1LOGO

 

Source: Halodata International Pte Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Contracts New products/services Trade show news Data Analytics