omniture

Kelulusan percubaan klinikal pertama Singapura untuk imunoterapi direkayasa sel T (TCR) bagi rawatan kanser Hati

Lion TCR Pte Ltd
2018-08-20 12:19 2108

SINGAPURA, 20 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Lion TCR Pte. Ltd., sebuah syarikat Bioteknologi yang berpangkalan di Singapura menerima kelulusan daripada Lembaga Sains Kesihatan (HSA), Singapura untuk kajian klinikal berbilang pusat Fasa I/II untuk calon produknya (LioCyx™) bagi merawat kanser hati relaps pascapemindahan hati. Ia merupakan percubaan pertama di Singapura dan untuk wilayah tersebut yang menggunakan terapi sel imun reseptor sel T (TCR) tepat untuk menyasarkan kanser hati berkaitan virus Hepatitis B (HBV), yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 80% kanser hati di Asia. 80% daripada 800,000 kes kanser hati baharu di dunia setiap tahun didiagnosis di Asia Pasifik, termasuk China, Vietnam, Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Singapura. Kanser hati ialah kanser ketiga paling membawa maut di dunia dengan pilihan rawatan yang sangat terhad dan memberi hasil rawatan yang kurang memberangsangkan. Kini tiada rawatan yang berkesan tersedia untuk pesakit relaps kanser hati selepas pemindahan hati.

LioCyx™ dibangunkan oleh pengasas saintifik Lion TCR, Prof. Antonio Bertoletti, saintis klinisian kanser hati-HBV yang tersohor di dunia. Beberapa ujian tajaan Penyelidik untuk LioCyx™ di Singapura dan China telah menunjukkan keputusan profil keselamatan yang bagus dan tanda-tanda kecekapan yang menggalakkan. "Kami berasa amat berbesar hati dengan kelulusan percubaan ujian klinikal Fasa I/II untuk LioCyx™ kami, iaitu terapi sel TCR-T direkayasa pertama untuk merawat kanser hati di Singapura. Ini merupakan galakan tertinggi atas pengiktirafan terapi inovatif untuk pesakit yang memerlukan. HSA Singapura amat cekap, telus dan bersifat profesional dalam menyemak permohonan kami untuk percubaan klinikal bagi imunoterapi yang inovatif ini," kata Dr. Victor Li Lietao, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Lion TCR.

Perekrutan pesakit untuk percubaan klinikal Fasa I/II akan bermula dengan National University Hospital (NUH), Singapura. Lion TCR sedang berusaha melibatkan lebih banyak pusat perubatan di Singapura dan China dalam ujian percubaan klinikal berkenaan.

Latar Belakang Lion TCR

Lion TCR ialah sebuah syarikat bioteknologi peringkat klinikal berpangkalan di Singapura yang menumpu pada pembangunan imunoterapi sel T direkayasa terhadap kanser berkaitan virus dan hepatitis B kronik melalui penghasilan dan operasi percubaan klinikal di China dan juga Singapura. Ia merupakan syarikat pertama di dunia yang membangunkan terapi sel TCR T khusus HBV terhadap kanser hati.

Teknologi sel T yang direkayasa oleh Lion TCR dilesenkan eksklusif daripada Agensi untuk Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR), Singapura (terapi sel TCR-T dibangunkan oleh makmal Prof. Antonio Bertoletti) dan daripada Technical University of Munich (sel terapi CAR-T dibangunkan oleh makmal Prof. Urlike Protzer).

Baru-baru ini, Lion TCR telah mengumpul pelaburan baharu sebanyak US$ 20 juta untuk memajukan percubaan klinikal LioCyx™ di hospital-hospital utama di China dan Singapura, selain meluaskan rancangan produknya untuk menangani tumor pepejal berkaitan virus dan menghapuskan hepatitis B kronik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Lion TCR, sila layari http://www.liontcr.com/ atau hubungi info@liontcr.com

Untuk maklumat lanjut mengenai percubaan klinikal Lion TCR, sila hubungi clinicaltrials@liontcr.com

 

Source: Lion TCR Pte Ltd
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries