omniture

Honor Magic 2 Tampil Julung Kali di IFA 2018

Honor
2018-09-03 09:08 928

Paparan Pandangan Penuh SEBENAR, 'Magic Slide' AI, Kirin 980 dan banyak lagi ciri hebat digabungkan dalam satu telefon pintar

BERLIN, 3 September 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, di majlis pelancaran Honor Play yang diadakan pada malam menjelangnya IFA di Jerman, En. George Zhao, Presiden Honor, tidak disangka-sangka memperkenalkan Honor Magic 2, telefon pintar kemegahan baharu jenama tersebut. Meneruskan kejayaan Honor Magic generasi pertama yang dilancarkan pada tahun 2016, Honor Magic 2 mempunyai ciri Magic Slide pintar yang memberikan pengguna paparan pandangan penuh yang sebenar dan serta merta mengaktifkan dunia AI dengan satu gerakan leretan. Peranti ini akan turut menjadi telefon pintar Honor pertama yang dikuasakan oleh pemproses Kirin 980.

En George Zhao, Presiden Honor, memegang Honor Magic 2 di acara Honor Play di Berlin
En George Zhao, Presiden Honor, memegang Honor Magic 2 di acara Honor Play di Berlin

"Pelancaran Honor Magic dua tahun lalu memperkenalkan konsep telefon pintar AI kepada pengguna," ujar En. George Zhao, Presiden Honor. "Honor Magic generasi pertama merupakan telefon pintar yang menakrifkan era yang mengubah industri. Selain ciri-ciri AI yang menjadikan telefon ini benar-benar pintar, reka bentuk panel rintis lengkung sepenuhnya pada Honor Magic serta sokongan pengecasan 40W yang berkuasa telah menghasilkan semula reka bentuk telefon pintar dan menjadi penanda aras untuk semua telefon pintar. Pembangunan peranti kemegahan yang futuristik ini diikuti rapat oleh telefon pintar serta industri AI dan kini Honor Magic 2 telahpun tiba."

Honor Magic 2
Honor Magic 2

Dengan persaingan yang sengit merentasi pasaran global, banyak jenama telefon pintar berusaha untuk meningkatkan pengalaman pengguna dengan menawarkan paparan pandangan penuh. Namun demikian, kebanyakan telefon, sekiranya bukan kesemuanya, yang mempunyai ciri ini telah mengorbankan fungsi mesra pengguna dan pengalaman fotografi. Reka bentuk ini menumpu semata-mata pada susun atur skrin dan penambahbaikan penyampaian, lalu gagal untuk membawakan nilai sebenar kepada pengguna.

Sebaliknya, ciri Magic Slide pintar pada Honor Magic 2 direka bentuk untuk mencapai paparan pandangan penuh tanpa menjejaskan fungsi-fungsi praktikal yang lain. Kamera depan yang terselindung daripada pandangan mendayakan hampir 100% nisbah skrin-kepada-badan, mampu menangani cabaran untuk menggabungkan kamera dalam reka bentuk berkualiti tertinggi. Ia dapat memberikan pengalaman visual unggul dengan ciri kemudahan dan praktikal yang hebat bagi menakrif semula nilai pada telefon pintar skrin penuh.

Dengan meleret skrin bahagian atas, pengguna dapat mengaktifkan kesemua ciri AI serta merta. Inovasi dalam reka bentuk ini adalah berasaskan sains ergonomik.

Selain reka bentuk revolusioner, Honor Magic 2 ialah telefon pintar Honor pertama dikuasakan oleh pemproses Kirin 980, menyerlahkan prestasi AI rintis telefon dan sekali lagi meningkatkan standard dalam prestasi telefon pintar dan pengalaman pengguna.

Tambahan pula, Magic 2 terkini didatangkan dengan 40W Magic Charge demi kuasa pengecasan maksimum. Untuk terus menjamin keselamatan, 15 lapisan perlindungan turut dibenamkan dalam telefon pintar ini. Telefon ini dapat mengenal pasti bateri, kabel dan pengecas secara automatik dan hanya apabila ketiga-tiga bahagian ini dikenal pasti selamat, Super Charger akan bermula.

Diperkenalkan julung kalinya di Jerman, Honor Magic 2 akan menjadi produk kemegahan utama yang dipamerkan di pameran bertaraf dunia untuk mengesahkan lagi keyakinan syarikat terhadap model terkini ini. Pada separuh pertama tahun 2018, Honor mencatatkan peningkatan luar biasa sebanyak 150% berbanding tahun sebelumnya dari segi jumlah jualan antarabangsa di luar China. Susulan pelancaran terkini Honor 10 dan Honor Play, Honor Magic 2 akan terus memajukan Honor ke hadapan menuju matlamatnya untuk menjadi jenama telefon pintar lima terbaik dalam tempoh tiga tahun.

# # #

Latar Belakang Honor

Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Honor secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami melalui:

https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/honorglobal

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180831/2225169-1-a  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180831/2225169-1-b  

Source: Honor
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Wireless Communications New products/services Trade show news