MILAN, 3 September 2018 /PRNewswire/ -- Olon S.p.A., organisasi pembangunan dan pengilangan kontrak (CDMO) Bahan-bahan Farmaseutikal Aktif (API) serta pembekal generik yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan pengambilalihan kemudahan pengilangan API operasi kimia generik tempatan di Mahad, India, sebagai sebahagian daripada usaha peluasan berterusan jejak globalnya.
Paolo Tubertini, Ketua Pegawai Eksekutif Olon, mengulas, "Dengan memperoleh tapak pengilangan di India, Olon akan berpeluang untuk mempercepatkan pertumbuhan dengan menambah projek-projek CDMO baharu dan membangunkan produk-produk generik baharu untuk pasaran India. Ia didatangkan dengan kemudahan pengilangan bertaraf dunia dan pasukan pakar yang berdedikasi yang akan menyokong kami untuk menyediakan produk farmaseutikal berkualiti tinggi yang memenuhi atau melangkaui jangkaan pelanggan serta keperluan pengawalseliaan.
"Susulan pengambilalihan Bahagian Kimia Ricerca Biosciences pada pertengahan tahun 2017 dan pelaburan sebanyak lebih €10 juta untuk meluaskan jaringan pengilangan API di kemudahan Settimo Torinese - kilang yang termaju untuk pembangunan dan pengeluaran API serta perantaraan canggih melalui teknologi penapaian mikrob - kini kami telah menyelesaikan langkah selanjutnya dalam rancangan strategik kami. Bagi mencapai kesemua objektif yang disenaraikan dalam rancangan pembangunan 3 tahun Olon, kami akan beralih kepada sasaran seterusnya: memainkan peranan penting dalam pengilangan API biologik."
Tapak Mahad, yang membekalkan produk-produk kepada Sandoz, sebahagian daripada Novartis Group, ialah kemudahan pengilangan API yang kukuh dan bereputasi baik di India dan menyediakan beberapa ubatan yang menyelamatkan nyawa kepada sistem rawatan kesihatan India dan pesakit-pesakit seluruh dunia. Sebagai sebahagian daripada perjanjian belian aset, pihak-pihak tersebut komited untuk menandatangani kontrak bekalan jangka panjang bagi menjamin bekalan berterusan produk-produk Sandoz yang dihasilkan di Mahad. Tiada kesan ke atas pekerjaan dirancang dan Olon berhasrat untuk melabur dalam tapak pengilangan tersebut dan meneruskan peluang-peluang pembangunan perniagaan bagi mengoptimumkan penggunaan kilang serta meluaskan kumpulan pelanggannya.
"Kami mengharapkan peralihan yang lancar untuk kakitangan, pesakit, pelanggan, rakan kongsi dan pemegang kepentingan yang lain," tambah En. Tubertini. "Kami berasa kagum dengan kepakaran kilang Mahad dan berhasrat untuk memanfaatkan kepakaran mereka bagi membangunkan peluang-peluang baharu dalam pasaran farmseutikal, di India dan di mana-mana jua."
Pengambilalihan kemudahan pengilangan API Mahad dijangka selesai pada awal tahun 2019, susulan satu proses peralihan. Tiada butiran kewangan didedahkan.
Latar Belakang Olon
Olon ialah sebuah syarikat Itali peneraju dunia bagi penghasilan Bahan-bahan Farmaseutikal Aktif (API), menggunakan proses-proses sintetik serta biologi untuk pasaran generik serta Pembangunan dan Pengilangan Kontrak (CDMO). Baru-baru ini, Unit Dosier telah diperluas, mengambil kira pembangunan Rumusan Ubat-ubatan Siap (FDF) dan persediaan untuk dosier Dokumen Teknikal Biasa (CTD).
Dengan Pusing Ganti tahun 2017 mencecah 400 Mio$, Olon membekalkan lebih 250 API untuk pasaran Generik dan lebih 60 antara API dan Perantaraan bahan kimia di bawah CDMO.
Dengan sokongan 1,500 kakitangan dan pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berkelayakan tinggi - lebih 200 orang - Olon dapat menyediakan pakej dan perkhidmatan bersepadu yang lengkap untuk menyokong pembangunan penuh API berdasarkan pengetahuan mantap tentang proses Kimia dan Biologi, kesemuanya di bawah cGMP penuh dan perlindungan kawal selia, pemegang bagi kira-kira 130 DMF AS aktif dan 50 penerima CoS.
Sentiasa mengambil kira keselamatan manusia dan keselamatan alam sekitar, Olon mengendalikan teknologi proses pengilangan yang berbeza dan unik seperti Pemfluorinan, Pengkarbonilan dan Penapaian.
Beribu pejabat di Rodano (Milan, Itali), Olon mempunyai 9 kemudahan pengilangan - 7 daripadanya terletak di Itali Utara, 1 di Sepanyol dan 1 di AS - mematuhi keperluan antarabangsa dan 3 pejabat cawangan: Hamburg (D), Florham Park NJ (AS) dan Shanghai (China).
Semua tapak pengilangan kerap diperiksa oleh Pihak-pihak Berkuasa negara dan antarabangsa paling penting dan juga kerap diaudit oleh rakan kongsi dan pelanggan kami. Semua kilang diperiksa oleh FDA dan dikenal pasti sendiri di bawah GDUFA.
Olon SpA
Elena Barboni
Pengarah Jualan Serantau
Telefon: +39-029-523-5208
Emel: ebarboni@olonspa.it