omniture

Drama Popular Musim Panas iQIYI "Story of Yanxi Palace" Bakal Tamat, Distrim Lebih 15 Bilion Kali

iQIYI, Inc.
2018-09-04 10:32 2885

Purbawara berlatarbelakangkan Kota Larangan tamatkan tayangan menarik sebagai rancangan paling banyak dibincangkan musim panas ini, pecah beberapa rekod penonton

BEIJING, 4 September 2018 /PRNewswire/ -- iQIYI Inc. (NASDAQ: IQ) ("iQIYI" atau "Syarikat"), perkhidmatan hiburan dalam talian inovatif yang terkemuka dalam pasaran di China, baru-baru ini meraikan tamatnya purbawara yang amat berjaya "Story of Yanxi Palace," kisah dinasti Qing yang melibatkan gundik-gundik yang licik dan komplot dalam istana. Berjaya mempesonakan sebuah negara, siri drama dengan 70 episod itu, yang merupakan penerbitan bersama iQIYI dan Huanyu Film Works, menyaksikan episod penamatnya telah distrim sebanyak lebih 15 bilion kali.

Drama Paling Popular Musim Panas iQIYI “Story of Yanxi Palace” Bakal Tamat, Distrim Lebih 15 Bilion Kali
Drama Paling Popular Musim Panas iQIYI “Story of Yanxi Palace” Bakal Tamat, Distrim Lebih 15 Bilion Kali

Sepanjang tempoh tayangannya, "Story of Yanxi Palace" yang amat popular menjadi sensasi hiburan yang tidak dapat dipertikaikan pada tahun ini di China. Rancangan ini merupakan drama dalam talian yang paling banyak ditonton di China selama 39 hari berturut-turut pada musim panas ini, distrim dengan purata 300 juta kali sehari, dan pada hari kemuncaknya memperoleh sebanyak lebih 700 juta tontonan yang memecah rekod. Melalui platform rangkaian sosial seperti Twitter Cina utama, Weibo, "Story of Yanxi Palace" meningkat kepada kedudukan teratas dalam senarai "Carian Hangat" laman sesawang tersebut sebanyak 500 kali secara berasingan, manakala jumlah perkongsian menggunakan tagar "#Story of Yanxi Palace" menerima lebih 12 bilion tontonan. Berikutan populariti rancangan ini, media Cina telah melaporkan peningkatan ketara dari segi kunjungan ke Istana Yanxi dalam Kota Larangan yang menjadi tajuk rancangan ini.

"Kami berasa amat berbangga kerana dapat melihat kejayaan luar biasa 'Story of Yanxi Palace' pada musim panas ini, impak yang ditinggalkannya terhadap budaya popular," kata Dr. Gong Yu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif iQIYI. "Dalam proses penerbitan "Story of Yanxi Palace", kami sengaja membariskan pelakon-pelakon yang kurang dikenali yang mempunyai bakat paling cerah, menolak trend terkini dalam industri Cina yang memberi penekanan terlalu tinggi terhadap tarikan pelakon selebriti dalam produksi mereka. Sambutan luar biasa yang dilihat melalui rancangan ini membuktikan bahawa keputusan kami merupakan pilihan yang tepat, sekali lagi mengesahkan tumpuan iQIYI dalam menerbitkan dan memilih hanya kandungan berkualiti tertinggi. Inilah model yang sentiasa menjadi pegangan iQIYI dan kami tidak akan berganjak daripada visi ini – peminat-peminat hiburan Cina mengetahui bahawa jenama iQIYI merupakan lambang kandungan yang hebat."

Susulan sambutan hebat terhadap rancangan ini di dalam negara, "Story of Yanxi Palace" turut merentas sempadan bahasa dan budaya untuk mencapai kejayaan penting di luar tanah besar China dan kini dapat ditonton di lebih 70 negara dan wilayah. Rancangan ini telah diedarkan kepada saluran-saluran dan platform-platform TV utama di seluruh Asia, menjadi program paling banyak ditonton di Hong Kong melalui TVB pada minggu kedua tayangannya. Rancangan ini turut terbukti menjadi amat popular di luar Asia, menjadi salah satu drama berbahasa Cina berlesen yang paling banyak ditonton melalui Youtube tahun ini.

Latar Belakang iQIYI, Inc.

iQIYI, Inc. (NASDAQ:IQ) ("iQIYI" atau "Syarikat") ialah perkhidmatan hiburan dalam talian inovatif yang terkemuka dalam pasaran di China. Ciri penting korporatnya menggabungkan bakat kreatif dengan teknologi, memupuk persekitaran untuk inovasi berterusan dan penghasilan kandungan blokbuster. Platform iQIYI membawakan kandungan asal yang amat popular, selain himpunan komprehensif melibatkan kandungan lain yang diterbitkan secara profesional, kandungan dihasilkan oleh rakan kongsi dan kandungan dihasilkan oleh pengguna. Syarikat membezakan dirinya dalam industri hiburan dalam talian menerusi platform teknologi utamanya yang dikuasakan oleh AI termaju, analitik data raya dan teknologi-teknologi proprietari teras yang lain. iQIYI menarik kumpulan pengguna yang amat besar dengan penglibatan pengguna yang hebat dan telah membangunkan model penjanaan pendapatan yang pelbagai termasuk perkhidmatan keahlian, perkhidmatan pengiklanan dalam talian, pengagihan kandungan, siaran langsung, permainan dalam talian, pelesenan IP, karya penulisan dalam talian serta e-dagang, dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut mengenai iQIYI, sila layari http://ir.iqiyi.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180903/2225785-2

Source: iQIYI, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:IQ
Related Links:
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet