MUMBAI, India, 4 September 2018 /PRNewswire/ -- Deccan Odyssey, kereta api mewah yang terkemuka di India melakar sejarah di World Travel Awards (WTA), setelah dinamakan sebagai Kereta Api Mewah Terkemuka Asia buat kali ke-5 berturut-turut. Kereta api mewah ulung negara ini terkenal dengan perjalanan yang hebat dan perkhidmatan yang dapat menjadi contoh. Pemenang-pemenang anugerah berprestij tersebut diumumkan dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Intercontinental Grand Stanford Hong Kong pada 3 September 2018.
Menurut Arup Sen, Pengarah, Projek-projek Khas, Cox & Kings, "Deccan Odyssey telah melangkaui definisi kemewahan menerusi perkhidmatannya yang tiada tandingan dan reka bentuk mengagumkan yang bukan sekadar menawarkan keselesaan yang tidak dapat dibayangkan, tetapi turut menyediakan jendela unik untuk menjelajah India. WTA mengiktiraf tahap kecemerlangan kereta api tersebut dalam menawarkan pengalaman unik dan perjalanan luar biasa."
Satu-satunya kereta api mewah di India yang melintasi semua destinasi pelancong utama, Deccan Odyssey juga merupakan pintu masuk menuju rahsia budaya yang kurang diketahui di negara ini. Dalam kereta api mewah ini, seseorang dapat meneroka lebih daripada satu aspek India menerusi mana-mana enam perjalanannya yang mempesonakan. Istana bergerak itu membawa penumpang merentasi Maharashtra, Gujarat, Karnataka, Rajasthan, Andhra Pradesh, Goa dan Delhi bergantung pada pilihan jadual perjalanan mereka.
Kereta api ini juga menempatkan empat Suit Presiden yang gemilang dengan hiasan indah serta mempunyai semua kemudahan moden.
Dua restoran gourmet, Waavar dan Utsav di atas kereta api membantu para tetamu merasai hidangan istimewa tempatan di pelbagai negeri yang dilintasi oleh kereta api ini. Kesemua ini ditambah dengan bar penuh, ruang istirehat mahupun spa serta salun kecantikan. Kereta api diraja ini juga mempunyai ciri-ciri unik dan kemudahan seperti sambungan Wi-Fi sepanjang masa, telefon bimbit, TV LCD di setiap kabin.
World Travel Awards dianggap oleh kebanyakan individu sebagai 'Oscar Industri Pengembaraan' yang meraikan kecemerlangan dalam pelancongan global.
Latar Belakang Deccan Odyssey
Deccan Odyssey memiliki 21 koc, yang mana 12 daripadanya merupakan gerabak penumpang yang boleh memuatkan 8 orang bagi setiap koc (10 Gerabak penumpang/mewah, 4 coupe setiap koc - 2 Gerabak Suit Presiden, 2 coupe setiap koc), 1 Gerabak Persidangan/Hiburan, 2 Gerabak Menjamu Selera, 2 Gerabak Janakuasa dengan Ruang Simpanan Bagasi, 2 Gerabak Kakitangan, 1 Gerabak Spa dan 1 Gerabak Bar. Muatan keretapi ini adalah untuk 88 orang penumpang.
Sumber: Deccan Odyssey