omniture

IP JA Solar untuk Teknologi PERC Dwimuka Dipaten di Jepun

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2018-09-08 00:40 1504

BEIJING, 8 September 2018 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd., pengeluar yang terkemuka di dunia bagi produk fotovolta berprestasi tinggi, mengumumkan bahawa permohonan patennya untuk melindungi harta intelek syarikat melibatkan teknologi sel dan modul PERC dwimuka telah diluluskan oleh Pejabat Paten Jepun.

JA Solar telah menjadi sebuah syarikat yang komited sepenuhnya terhadap inovasi dan kemajuan teknologi fotovolta sejak penubuhannya dengan mengkhususkan begitu banyak sumber terhadap usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan mengekalkan kedudukan teknologi utamanya dalam industri fotovolta di seluruh dunia. JA Solar memfailkan pendedahan ciptaan "Sel Solar Serap Cahaya Dwimuka dengan AI-BSF Setempat dan Kaedah Membuatnya" kepada Biro Harta Intelek Negara China pada awal tahun 2013 dan paten ini kemudiannya diberi kebenaran pada Mac 2016. Teknologi PERC dwimuka ini menggunakan bahagian belakang sel PERC untuk menerima cahaya yang tersebar dan terpantul dari darat, menghasilkan penjanaan tenaga yang lebih tinggi pada tahap modul. Paten ini meletakkan JA Solar dalam kedudukan unik bagi memegang hak-hak harta intelek teras berkaitan dengan sel dan modul PERC dwimuka. Kelulusan terkini bagi permohonan paten oleh Pejabat Paten Jepun ini adalah satu manifestasi pembaharuan berteknologi JA Solar, selain pengiktirafan dan perlindungan undang-undang terhadap hak-hak IP di Jepun.

JA Solar telah memulakan pengeluaran besar-besaran modul PERC dwimuka dwikaca sejak suku pertama tahun 2017. Sifat dwimuka pada modul berkenaan berupaya menyerap cahaya dari kedua-dua sisi, digabungkan dengan rintangannya yang tinggi terhadap haus-lusuh, lelasan dan kakisan selain sifatnya yang hampir tidak telap air, modul PERC dwimuka dwikaca yang mahal dan berkualiti tinggi ini adalah sesuai khususnya untuk kawasan-kawasan pantai dan persekitaran yang mencabar iklimnya, seraya memberi kestabilan jangka panjang bagi penjanaan tenaga solar terutamanya untuk sistem-sistem PV berskala utiliti. Teknologi PERC dwimuka kini dianggap sebagai salah satu penyelesaian teknikal yang paling canggih dan berkesan kos bagi mengurangkan kos purata tenaga (LCOE) daripada penjanaan tenaga solar.

Dr. Wei Shan, Ketua Pegawai Teknologi JA Solar, mengulas, "JA Solar sentiasa menumpu pada usaha penyelidikan dan pembangunan, serta pengeluaran yang berkesan kos untuk produk-produk PV yang berkecekapan tinggi. Teknologi sel dan modul kami yang terkemuka dalam industri menjamin kualiti dan prestasi produk kami, lalu menjadikan penghantaran kami ke pasaran Jepun jauh mendahului rakan setara kami memandangkan JA Solar merupakan pembekal modul terbaik di Jepun pada separuh pertama tahun 2018. Kami percaya bahawa teknologi PERC dwimuka kami yang dipatenkan di Jepun akan terus mengukuhkan kedudukan JA Solar dan meluaskan bahagian pasaran kami di rantau berkenaan demi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami menerusi produk-produk berkualiti tinggi."

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Xiaorui Sun
+86-10-6361-1888 x1698
bj.sunxr@jasolar.com

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities