omniture

Penyedia penyelesaian pembayaran mudah alih Cina Inspiry lancar penyelesaian pembayaran kod QR layan diri Inspiry Smart Box di Jepun

Beijing Inspiry Technology Co., Ltd.
2018-09-10 12:26 1911

- Syarikat rancang perkenal peranti di rantau Asia Pasifik yang lebih luas

OSAKA, Jepun, 10 September 2018 /PRNewswire/ -- Beijing Inspiry Technology Co., Ltd. baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikat telah mula menggunakan penyelesaian pembayaran mudah alih luar taliannya Inspiry Smart Box di Osaka, Jepun. Penampilan sulung Jepun bagi penyelesaian pembayaran kod QR layan diri, penyelesaian yang telahpun terbukti popular di China, dibuat susulan pelancarannya di AS.

Inspiry Smart Box membolehkan penguna membuat bayaran menggunakan telefon pintar mereka dengan mengimbas kod QR sebaik sahaja proses konfigurasi ringkas selesai
Inspiry Smart Box membolehkan penguna membuat bayaran menggunakan telefon pintar mereka dengan mengimbas kod QR sebaik sahaja proses konfigurasi ringkas selesai

Pada mulanya, Inspiry Smart Boxes digunakan di lokasi-lokasi jualan utama di pusat bandar Tokyo dan Osaka termasuk kedai Ebisu unggulan dan restoran di Osaka, lokasi yang berfungsi khususnya sebagai tempat pertemuan untuk warga Cina yang menetap di Jepun dan pengunjung Cina dari luar negara, selain untuk menampung kumpulan pelanggan Jepun tempatan.

Sebagai versi naik taraf Inspiry Smart Box, Smart Box Extended diperkenalkan di Jepun, yang membolehkan pengguna membayar menggunakan telefon pintar mereka dengan mengimbas kod QR melalui aplikasi Alipay, yang boleh ditetapkan dengan mudah dalam mana-mana persekitaran yang mendapat akses Internet dan kabel kuasa. Pengimbas kod QR dan papan kekunci pembayaran interaktif boleh beroperasi dengan pantas susulan proses konfigurasi satu-minit.

Sektor pembayaran mudah alih berasaskan telefon pintar masih di peringkat awal di Jepun. Menurut data daripada Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, pembayaran tanpa tunai adalah 18 peratus daripada semua pembayaran pengguna di Jepun setakat tahun 2015, berbanding 89 peratus di Korea Selatan dan 60 peratus di China. Kerajaan Jepun menyasarkan untuk meningkatkan angka tersebut kepada 40 peratus menjelang tahun 2025.

Tatkala sektor pembayaran mudah alih China terus berkembang pesat, jenama-jenama pembayaran multinasional termasuk Alipay dan Inspiry, antara penyedia perkhidmatan infrastruktur yang lain, telah mengambil langkah pertama ke arah usaha peluasan mereka bagi menembusi pasaran Jepun. Awal tahun ini, Alipay melancarkan perkhidmatan pembayaran kod QR berasaskan telefon pintar di Jepun dengan tujuan untuk meningkatkan penerimaan dan penaiktarafan perkhidmatan pembayaran mudah alih di negara tersebut.

Kod QR, yang digunakan secara meluas di China, pertama kali dicipta oleh DENSO Corporation berpangkalan di Jepun. Pengasas Inspiry Wang Yue berkata, "Jepun seharusnya merebut peluang yang muncul dalam pasaran pembayaran kod bar 2D global dan mempercepatkan transformasi seluruh rantaian industri pembayaran kod bar 2D dengan tujuan untuk menjadi salah satu pemacu di sebalik pertumbuhan perkhidmatan pembayaran kod bar 2D seluruh dunia."

Inspiry ialah penyedia perkhidmatan peranti dan sistem pembayaran mudah alih. En. Wang pernah bekerja di Jepun dan pada tahun 2002, beliau pulang ke Beijing, yang mana beliau menubuhkan Beijing Inspiry Technology Co., Ltd. Inspiry mencipta penyelesaian pembayaran mudah alih luar talian, Smart Box, yang bertindak sebagai terminal pembayaran kod QR layan diri dan kini digunakan secara meluas di seluruh China.

Firma analisis data berpangkalan di China, Analysys, menyebutkan dalam satu laporan bahawa Inspiry Smart Box membantu menggalakkan pertumbuhan pesat perkhidmatan pembayaran mudah alih di China dengan memanfaatkan kelebihan-kelebihannya dari segi harga, kecekapan, kemudahan dan pengalaman interaktif. En. Wang menyatakan bahawa, menerusi penggunaan kaedah pembayaran kod bar 2D yang kian berkembang di negara-negara Asia Pasifik, penyelesaian pembayaran kod QR layan diri yang diterajui oleh Inspiry Smart Box boleh diharapkan untuk tersedia secara lebih meluas di Jepun dan di seluruh rantau Asia yang lebih luas.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180906/2227718-1

 

Source: Beijing Inspiry Technology Co., Ltd.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Mobile Entertainment Telecommunications New products/services