omniture

Pengguna Asia Positif Terhadap Kecerdasan Buatan dan Sanggup Tingkatkan Kemahiran Demi Persiapkan Kerjaya untuk Masa Depan

Salesforce
2018-09-13 22:04 1606

63% percaya bahawa AI akan membolehkan mereka melakukan pekerjaan dengan lebih baik dan lebih menarik pada masa depan

SINGAPURA, 13 September 2018 /PRNewswire/ -- Salesforce (NYSE: CRM), CRM yang terkemuka di dunia, hari ini melancarkan kajian baharu yang menumpu pada pengguna Asia bertajuk Artificial Intelligence in Asia: Trust, Understanding and the Opportunity to Re-Skill (Kecerdasan Buatan di Asia: Kepercayaan, Pemahaman dan Peluang untuk Perbaharui Kemahiran), mendedahkan pandangan positif terhadap impak Kecerdasan Buatan (AI) di seluruh Asia. Peluang pekerjaan menjadi kebimbangan utama pengguna Asia, namun kebanyakannya mengakui keperluan untuk membangunkan dan meningkatkan kemahiran demi pekerjaan masa depan (58%). Kebanyakan pengguna Asia juga percaya bahawa AI akan menambah baik dunia dan kehidupan mereka pada masa depan (63%); membantu mereka untuk membuat keputusan lebih pintar dan menjadikan pekerjaan mereka lebih menarik.

Pengguna Asia masih kurang memahami tentang AI dan data menunjukkan bahawa hal ini sejajar dengan tahap kepercayaan yang lebih rendah. Mereka yang mempercayai bahawa AI dapat menambah baik kehidupan dan dunia mereka, juga merupakan kalangan yang melaporkan tahap pemahaman yang lebih tinggi terhadap AI. Tahap pemahaman yang lebih tinggi ini diterjemahkan kepada tahap kepercayaan yang lebih tinggi, yang memperlihatkan peluang kukuh untuk perniagaan mendidik dan memaklumkan kepada pelanggan mereka tentang nilai sebenar AI.

Pandangan mengenai Robot Sembang, Penasihat-Robo dan Kereta Pandu Sendiri
Pengguna-pengguna di Asia masih memilih interaksi manusia dan memperlihatkan tahap kepercayaan yang rendah terhadap Robot Sembang, Penasihat-Robo dan Kereta Pandu Sendiri. Mereka cenderung untuk mempunyai tahap penerimaan yang lebih tinggi terhadap cadangan produk atau kandungan melalui AI, namun akhirnya masih mempercayai pendapat rakan taulan dan keluarga. Bantuan suara adalah pilihan interaksi AI paling popular dalam kalangan pengguna Asia memandangkan lebih separuh daripada responden secara aktif memilih untuk berinteraksi dengannya.

Ulasan mengenai kajian

  • "Tatkala kita melangkah ke Revolusi Perindustrian Keempat, disokong oleh Revolusi AI, keperluan untuk memahami pelanggan kami menjadi semakin penting berbanding sebelum ini. Kami perlu memastikan Asia sedia mendepani masa depan," Renzo Taal, Naib Presiden Kanan, Salesforce APAC.
  • "AI berkuasa untuk menambah baik dan mengubah cara masyarakat menjalani kehidupan dan bekerja serta interaksi kita antara satu sama lain. Kami berada di sini untuk membantu syarikat-syarikat dan individu-individu untuk bersedia demi masa depan, dari segi pekerjaan masa depan dan pengguna masa depan. Platform pembelajaran dalam talian kami, Trailhead telah mengubah kehidupan dan kerjaya seramai 160,000 Penginovasi di seluruh dunia dan akan terus membantu membimbing perniagaan-perniagaan serta pengguna-pengguna Asia melalui perubahan ini dan menuju masa depan," Renzo Taal, Naib Presiden Kanan, Salesforce APAC.

Sorotan Data

Singapura

  • 61% daripada pengguna Singapura berpendapat AI akan membolehkan mereka melakukan pekerjaan dengan lebih baik atau lebih menarik.
  • Hanya 29% berpendapat AI akan menyingkirkan mereka daripada suatu pekerjaan
  • 66% mengakui bahawa mereka perlu belajar, membangunkan dan meningkatkan kemahiran diri mereka agar bersedia demi masa depan.
  • "Dengan lebih memahami tentang AI, saya lebih mempercayainya", kata 38% daripada pengguna Singapura.

Hong Kong

  • 55% daripada pengguna Hong Kong berpendapat bahawa AI akan membolehkan mereka melakukan pekerjaan dengan lebih baik atau lebih menarik pada masa depan dan hanya 29% berpendapat AI akan menyingkirkan mereka daripada suatu pekerjaan.
  • Hanya 45% daripada mereka menyatakan keinginan untuk meningkatkan kemahiran diri demi pekerjaan masa depan.
  • 35% berkata bahawa dengan lebih memahami tentang AI, mereka lebih mempercayainya.

Pandangan mengenai Penasihat-Robo

  • Di Singapura (69%) dan Hong Kong (77%), pengguna masih lebih mempercayai manusia dan memilih untuk berinteraksi dengan manusia dalam menawarkan khidmat kewangan dan kekayaan.
  • Sentimen pengguna Malaysia dan Thailand adalah serupa berbanding pengguna Singapura dan Hong Kong; namun demikian, pengguna Indonesia dan Filipina mempercayai Penasihat Robo dan manusia secara sama rata.

Pandangan mengenai Robot Sembang

  • Pengguna Singapura (90%) sangat mempercayai dan memilih manusia berbanding robot sembang, mempunyai pemahaman yang baik tentang robot sembang dan pernah berinteraksi dengannya (79%).
  • Pengguna Asia di seluruh Hong Kong, India, Thailand, Indonesia dan Filipina kesemuanya memilih sentuhan manusia dan mempercayai manusia untuk memahami isu dengan lebih baik dan akan memberi jawapan yang dicari-cari oleh mereka.

Pandangan mengenai Kereta Pandu Sendiri

  • Pengguna Asia masih mempercayai dan memilih manusia berbanding kereta pandu sendiri dan data menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna percaya bahawa manusia mahupun kereta pandu sendiri mempunyai kebarangkalian yang sama untuk terlibat dalam kemalangan, kecuali pengguna Hong Kong yang mempercayai bahawa manusia mempunyai kadar risiko yang lebih rendah untuk terlibat dalam kemalangan.

Latar belakang kajian:
Kajian ini dijalankan oleh YouGov, diarahkan oleh Salesforce dan meliputi tujuh pasaran Asia: Singapura, Hong Kong, India, Thailand, Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan saiz sampel seramai 1000 pengguna dalam setiap pasaran. Tinjauan mengukur kesedaran, pemahaman dan penggunaan produk serta perkhidmatan AI oleh pengguna Asia selain turut mengkaji pandangan mereka terhadap AI demi memahami apakah yang dirasai oleh mereka terhadap AI yang memberi impak kepada kehidupan mereka dan dunia secara keseluruhannya. Tinjauan ini turut meninjau tahap kepercayaan pengguna terhadap enam aplikasi AI dunia sebenar termasuk robot sembang, kereta pandu sendiri dan penasihat robo. Muat turun laporan dan infografik di sini.

Mulakan perjalanan pembelajaran anda dengan Trailhead:

Latar Belakang Salesforce

Salesforce, selaku peneraju CRM global, memperkasa syarikat-syarikat untuk berhubung dengan pelanggan-pelanggan mereka dengan cara serba baharu. Untuk maklumat lanjut mengenai Salesforce (NYSE: CRM), layari: www.salesforce.com/ap.

Sebarang perkhidmatan atau ciri-ciri yang belum dilancarkan yang dirujuk dalam siaran akhbar ini atau siaran akhbar lain atau kenyataan umum tidak tersedia pada masa kini dan mungkin tidak diserahkan tepat pada masanya atau mungkin tidak akan diserahkan sama sekali. Pelanggan-pelanggan yang membeli aplikasi Salesforce seharusnya membuat keputusan belian mereka berdasarkan ciri-ciri yang kini tersedia. Salesforce mempunyai ibu pejabat di San Francisco, dengan pejabat-pejabat di Eropah dan Asia dan berdagang melalui Bursa Saham New York di bawah simbol saham "CRM". Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.salesforce.com, atau hubungi talian 1-800-NO-SOFTWARE.

Source: Salesforce
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Asian-related news Survey, Polls & Research Data Analytics