omniture

Unisoc sertai Full NetCom dan bantu pembangunan 5G

UNISOC
2018-09-17 08:34 840

SHANGHAI, 17 September 2018 /PRNewswire/ -- Pada 12 September 2018, Majlis pelancaran bersama China Telecom dan Full NetCom Unisoc telahpun diadakan di Shangri-La Hotel di Guangzhou. Unisoc mengumumkan ia telah menyertai perikatan industri NetCom China Telecom untuk membantu pembangunan Full NetCom Telecom dan menyediakan produk-produk yang lebih baik kepada rakan-rakan kongsi telekomunikasinya. Pemimpin-pemimpin kanan daripada kedua-dua syarikat menghadiri majlis pelancaran dan menyampaikan ucapan.

Pada tahun 2015, China Telecom dan China Unicom menyiarkan "Kertas Putih berhubung peranti 6-mod semua rangkaian" bagi mempromosikan terminal semua rangkaian. Pada April 2016, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat secara rasminya mengisytiharkan piawaian kebangsaan untuk peranti 6-mod semua rangkaian. Pada April dan Jun 2017, ia disahkan dan diakreditasi oleh GCF dan GSMA iaitu organisasi-organisasi piawaian antarabangsa. Piawaian antarabangsa ini diperkenalkan kepada seluruh rangkaian, yang merupakan pencapaian penting untuk industri terminal dan telekomunikasi China. Ini juga memberi impak yang besar kepada industri telefon bimbit dan telekomunikasi global. Pada awal tahun 2018, China Telecom mengumumkan strategi terminal 2018 dan merancang untuk melancarkan versi penuh NetCom 3.0 dan mempromosikan pembangunan rangkaian melalui insentif, piawaian yang lebih tinggi dan jualan.

Tahun 2018 merupakan tahun penting untuk industri telekomunikasi China dari segi pembangunan. Teknologi 5G akan memperkenalkan pembangunan pesat sebelum penggunaan komersial. Standard 5G China, R&D dan pengujian telahpun menyusuli arena antarabangsa dengan jayanya, dan peringkat seterusnya ialah cip komersial. 5G membawakan era cip dan teknologi canggih serta aplikasinya memerlukan promosi dan realisasi cip sebagai pembawa. China Telecom akan melancarkan versi penuh NetCom 3.0 manakala syarikat-syarikat seperti Unisoc akan menyertai usaha untuk menyediakan pengguna dengan perkhidmatan dan pengalaman yang lebih baik.

Sebagai perusahaan teras dalam rantaian industri litar bersepadu Tsinghua Group, Unisoc komited terhadap penyelidikan bebas, pembangunan dan reka bentuk cip-cip teras dalam bidang komunikasi mudah alih dan Internet Komunikasi Benda. Produk-produk ini meliputi cip jalur asas komunikasi mudah alih 2G/3G/4G/5G, cip IoT dan Cip RF, cip sambungan tanpa wayar dan sebagainya. Unisoc turut komited untuk menjadi salah sebuah syarikat reka bentuk cip jalur asas telefon bimbit terbaik dunia dan pembekal cip terminal terbesar China selain pengeluar cip komunikasi 5G terkemuka, menerusi kerjasama inovasi bebas dan antarabangsa. Pada ketika ini, Unisoc mempercepatkan pembangunan susun atur teknologi dan perniagaannya dalam bidang 5G dan merancang untuk melancarkan cip 5G pada tahun 2019.

Zeng Xuezhong, naib presiden eksekutif Tsinghua Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Unisoc berkata: "Unisoc telah bekerjasama dengan China Telecom untuk tempoh yang lama. Kami tidak sabar-sabar menantikan industri NetCom apabila China Telecom akan melancarkan NetCom 3.0. Alliance sepenuhnya, dan menjadi ahli pertama daripada program pembanguan 5G. Unisoc akan menggunakan kelebihan teknologinya dalam bidang komunikasi mudah alih, mengambil bahagian dalam pembangunan piawaian industri 5G dan menjalankan kerja-kerja uji kaji berkaitan. Sebagai bahagian penting dalam rantaian industri NetCom, rakan-rakan kongsi Telecom akan menyediakan produk-produk yang lebih baik dan membantu perkembangan rangkaian berkenaan."

 

Source: UNISOC
Keywords: Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Licensing/marketing agreements