omniture

Pakar-Pakar Digesa untuk Pengenalpastian Lebih Baik Pesakit Rosasea 'Beban Tinggi' dalam Amalan Harian

Galderma
2018-09-17 10:19 491

PARIS, 17 September 2018 /PRNewswire/ --

Analisis tambahan untuk data tinjauan global mendedahkan kualiti hidup dipengaruhi oleh beberapa faktor yang melangkaui daripada sekadar tahap keterukan rosasea

Analisis tambahan untuk tinjauan global yang dijalankan dan dibentangkan awal tahun ini, sebagai laporan yang ditulis oleh pakar yang dikenali sebagai 'Rosasea: Lebih daripada yang kelihatan' ('Rosacea: Beyond the visible',) membantu ahli-ahli profesional rawatan kesihatan (HCP) untuk mengenal pasti ciri-ciri biasa pada pesakit rosasea Beban Tinggi* (HB). Keputusan daripada analisis bertujuan untuk meningkatkan amalan rawatan tersuai bagi menambah baik penjagaan pesakit. Keputusan yang dibentangkan semasa simposium di Kongres Akademi Dermatologi dan Venerologi (EADV) Eropah ke-27 di Paris, Perancis, semalam, mendedahkan bahawa definisi yang lebih luas bagi pesakit HB diperlukan untuk membantu mengurangkan beban dalam amalan harian.

Analisis data mengklasifikasikan pesakit HB berdasarkan betapa teruknya keadaan mereka memberi kesan terhadap kualiti hidup (QoL) mereka, sejauh mana ia mempengaruhi tingkah laku mereka dan tahap keinginan mereka untuk sembuh.[1]

"Individu yang menghidap rosasea sering dinilai berdasarkan penampilan mereka, yang memberi kesan yang besar kepada mereka dalam kehidupan harian. Sekiranya rosasea mereka adalah teruk, simptom-simptom berkemungkinan juga lebih ketara, bermula dengan kegatalan dan kepanasan kepada bahagian tengah wajah yang kekal merah. Walau bagaimanapun, individu yang mengalami rosasea yang kurang teruk juga melaporkan kesan ketara kepada kualiti hidup, yang menunjukkan bahawa penilaian pesakit mengikut keterukan klinikal sahaja tidak mencukupi," kata Prof. Dr. Uwe Gieler, Jabatan Dermatologi dan Klinik Perubatan Psikosomatik dan Psikoterapi, Justus-Liebig-University of Giessen, Jerman dan salah seorang penulis laporan Rosacea: Beyond the visible. "Dengan menambah baik pengenalpastian demografi ini, pakar dermatologi dan ahli profesional rawatan kesihatan lain akan dilengkapi dengan lebik baik untuk menyesuaikan rawatan mengikut keperluan individu dan akhirnya meningkatkan penjagaan untuk mereka yang menghidap penyakit kulit yang kronik ini."

Data ini mendedahkan bahawa pesakit rosasea HB adalah jauh lebih muda, bekerja dan lebih berkemungkinan lelaki berbanding rakan setara mereka yang kurang HB. Ciri lain yang ditakrifkan termasuk peningkatan dalam sensasi kulit (seperti kegatalan 48% berbanding 37% dan kesakitan 23% berbanding 13%) berbanding dengan rakan setara mereka yang kurang HB sepanjang tempoh 12 bulan lalu.

Risiko HB dipengaruhi oleh keterukan simptom; walau bagaimanapun, keadaan ini boleh dikaitkan dengan sebarang keterukan rosasea. Apabila melihat tempoh lebih 12 bulan, pesakit-pesakit HB dilihat mengalami peningkatan ketara dari segi risiko mengalami impak terhadap aktiviti harian, seperti amalan penjagaan kulit, selain mengalami ketidakselesaan yang disebabkan oleh penyakit mereka apabila dibandingkan dengan pesakit bukan HB. Faktor-faktor risiko lain termasuk; sejarah keluarga dengan rosasea dan kekerapan ke Bilik Kecemasan yang berkaitan dengan rosasea.

Pakar-pakar menyimpulkan bahawa ahli-ahli profesional dalam rawatan kesihatan yang merawat pesakit rosasea harus menyertakan soalan-soalan berkaitan beban dalam amalan harian, bagi memastikan rawatan adalah selari dengan pengalaman penyakit pesakit, bukan sekadar keterukan penyakit.

Pembentangan tersebut bertajuk "Defining High Burden patients" (Menakrifkan pesakit-pesakit Beban Tinggi) (Gieler, U. et al., Kongres Akademi Dermatologi dan Venerologi Eropah ke-27 (EADV), 13 September 2018).

*Pesakit-pesakit dikategorikan sebagai beban tinggi (HB) apabila sekurang-kurangnya tiga daripada empat domain adalah positif (ambang ditakrifkan oleh median kohort).

Domain Soalan proksi Ambang positif
QoL Impak keseluruhan terhadap QoL (0-10)  Skor >5
Tahap adaptasi tingkah laku 
Gaya Hidup (0-10) Skor >6
Kesanggupan membayar bagi mendapatkan
Ekonomi penyembuhan lengkap>20% daripada pendapatan bulanan
Kesanggupan untuk menukarkan bertahun-tahun Psikososial/emosi kehidupan untuk penyembuhan lengkap >6 bulan

Untuk sumber multimedia berkaitan, sila layari http://www.epresspack.net/galderma-rosacea

Latar Belakang Rosasea   

Rosasea ialah penyakit kulit radang biasa yang mempamerkan ciri-ciri klinikal yang berubah-ubah, yang mana ciri-ciri yang paling biasa ialah kemerah-merahan, eritema kekal dan luka keradangan. Ia sebahagian besarnya memberi kesan pada bahagian tengah muka, seperti pipi dan hidung. Penyakit ini boleh dihidapi oleh lelaki dan wanita, biasanya selepas usia 30 tahun. Selain itu, simptom-simptom seperti terasa mencucuk, kepanasan dan peningkatan kepekaan pada kulit adalah biasa. Mata sering terjejas dan mungkin kelihatan merah, kering atau gatal.

Walaupun punca penyakit masih diperdebatkan, pelbagai faktor pencetus telahpun dikenal pasti termasuk makanan pedas, alkohol, tekanan emosi, pendedahan kepada matahari/UV, mandi air panas dan minuman panas. Demodex, hama yang amnya tidak berbahaya, boleh didapati pada kulit dalam kuantiti yang tinggi pada individu yang menghidap rosasea.

Rosasea mungkin bertambah teruk dari masa ke masa sekiranya tidak dirawat. Individu yang mengesyaki mereka menghidap rosasea perlu berjumpa dengan pakar dermatologi mereka atau penyedia rawatan kesihatan untuk didiagnosis dan berbincang mengenai rawatan yang terbaik untuk mereka. Memandangkan rosasea adalah penyakit yang sangat jelas kelihatan, ia diketahui menyebabkan rasa malu dan keresahan terhadap sebilangan pesakit, yang akhirnya mungkin menyebabkan kekecewaan dan memberi kesan negatif kepada kehidupan sosial mereka.

Latar Belakang tinjauan BURDEN

Tinjauan BURDEN dibangunkan oleh Kantar Health sebagai tinjauan dalam talian yang diurus sendiri dan disokong oleh Galderma. Tinjauan ini melibatkan 710 pesakit yang didiagnosis dengan rosasea dan 554 pakar dermatologi dan pengamal umum (GP) di 6 negara berbeza (Perancis, Jerman, Itali, UK, Kanada dan AS). Tinjauan ini bertanyakan responden tentang pengalaman mereka dalam menjalani kehidupan dengan rosasea atau merawat pesakit yang menghidap rosasea.

Peserta-peserta direkrut menggunakan panel dalam talian Kantar. Bagi memaksimumkan saiz sampel, tiada kuota yang ditetapkan. Dengan itu, sampel tersebut tidak mewakili populasi rosasea bagi setiap negara; akibatnya, keputusan daripada kajian ini mungkin dipengaruhi oleh kecenderungan pemilihan dan tidak boleh disimpulkan untuk seluruh populasi rosasea.

Latar Belakang Galderma  

Galderma, perniagaan penyelesaian perubatan Nestlé Skin Health ditubuhkan pada tahun 1981 dan kini berada di lebih 100 negara dengan portfolio produk ekstensif untuk merawat pelbagai keadaan dermatologi. Syarikat bekerjasama dengan pengamal-pengamal rawatan kesihatan di seluruh dunia bagi memenuhi keperluan kesihatan kulit individu sepanjang hayat mereka. Galderma ialah peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan penyelesaian tentuan saintifik dan terbukti secara perubatan untuk kulit. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.galderma.com

Rujukan:   

  1. Data Galderma pada fail.
Source: Galderma
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research