omniture

Yayasan Ilmu Mohammed bin Rashid Al Maktoum Pertubuhan Arab Pertama Dipilih 'Rakan Kongsi Pengetahuan' oleh PBB

Yayasan Mohammed Bin Rashid Al Maktoum
2018-09-21 23:57 1923

NEW YORK, 21 September 2018 /PRNewswire/ --

Upacara berlangsung di samping mesyuarat Perhimpunan Agung  

Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) telah memberi penghormatan kepada Yayasan Ilmu Mohammed bin Rashid Al Maktoum (MBRF) sebagai "Rakan Kongsi Pengetahuan" di samping mesyuarat Perhimpunan Agung yang diadakan di Bandar Raya New York.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8408651-mbrf-named-knowledge-partner-by-un/ 

generated by system

Penghormatan yang diberikan kepada Yayasan ini menandakan 10 tahun perkongsian dengan UNDP dan buat julung kalinya sebuah pertubuhan Arab dinamakan sebagai "Rakan Kongsi Pengetahuan". Ia mengiktiraf banyak inisiatif MBRF, paling utama ialah Indeks Pengetahuan Global pertama yang meliputi 131 negara, yang mana keputusannya diumumkan di Sidang Kemuncak Pengetahuan 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif MBRF T.Y.T. Jamal bin Huwaireb menghadiri upacara tersebut, mewakili Y.A.M. Sheikh Ahmed bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Pengerusi Yayasan, berserta Pentadbir UNDP Achim Steiner; T.Y.T. Saud Al Shamsi, Timbalan Wakil Tetap UAE ke PBB; dan T.Y.T. Mourad Wahba, Timbalan Penolong Pentadbir UNDP serta Timbalan Pengarah Serantau bagi Biro Serantau untuk Negara-negara Arab.

T.Y.T. bin Huwaireb menggariskan perkongsian kukuh yang telah menyatukan MBRF dengan UNDP selama sedekad, menegaskan bahawa kolaborasi ini "dibimbing oleh visi kepimpinan UAE, yang telah lama menyokong perkongsian tempatan dan antarabangsa demi membina masyarakat berpengetahuan berdasarkan kelestarian dan pelaburan dalam modal insan."

Ucapan T.Y.T. menekankan pencapaian penting yang diraih semasa perkongsian selama sedekad iaitu: "Pelancaran tiga Laporan Pengetahuan sejak tahun 2009 untuk mengkaji realiti ilmu pengetahuan dalam dunia Arab dan peranan belia dalam penghasilan, penyebaran dan penyetempatannya."

Ketua Pegawai Ekskutif MBRF meneruskan dengan memetik pelancaran Indeks Pengetahuan Arab pada tahun 2015 dan platform elektronik Knowledge4All selain perasmian Indeks Pembacaan Arab pada tahun 2016 yang "berjaya membongkar salah tanggapan secara sistematik tentang amalan membaca dalam dunia Arab," kata T.Y.T., menyebutkan bahawa perkongsian tersebut mula berkembang melangkaui wilayah Arab pada tahun 2017 menerusi Indeks Pengetahuan Global.

Bagi pihak beliau, Achim Steiner berkata bahawa pelaburan dalam pengetahuan seharusnya menjadi keutamaan untuk mana-mana negara yang berusaha mencapai Wawasan 2030 yang bercita-cita tinggi, dengan menyebutkan bahawa perkongsian MBRF-UNDP berakar umbi menerusi visi yang dikongsi bersama yang bertumpu pada pengetahuan sebagai instrumen untuk pembangunan mampan.

Sementara itu, Saud Al Shamsi menyebutkan bahawa ilmu pengetahuan ialah jentera utama bagi pengambilan pekerja dan pertumbuhan ekonomi. "Indeks Pengetahuan Global menawarkan pelan tindakan untuk pembaharuan dan pelaburan dalam mana-mana sektor, bermula dengan kemasukan ke sekolah hinggalah tenaga buruh," simpul beliau.

Source: Yayasan Mohammed Bin Rashid Al Maktoum
Keywords: Education Awards Not for profit