omniture

Borderless Access™ - 10 Tahun, Menakrif Semula Capaian dan Wawasan

Borderless Access
2018-10-01 08:00 510

BENGALURU, India, 1 Oktober 2018/PRNewswire/ --

Borderless Access™ melakar peristiwa bersejarah tatkala ia menggenapkan tempoh 10 tahun dalam industri penyelidikan pasaran dalam talian dan digital. Hari ini, syarikat merupakan pengusaha tumpuan yang dominan untuk mengurus amalan proses penyelidikan bagi mengakses respons terbaik daripada responden yang sesuai melalui saluran yang betul pada waktu yang tepat.

Perjalanan Borderless Access bermula pada tahun 2008 sebagai perintis dalam segmen panel penyelidikan pasaran, dengan jejak yang menumpu pada BRIC, yang kini berkembang kepada 34 pasaran dengan 3.71 juta responden yang terlibat, mengukuhkan kedudukannya sebagai pemegang kepentingan yang penting dalam komuniti penyelidikan pasaran. Syarikat kini menawarkan rangkaian luas produk dan penyelesaian penyelidikan pasaran berasaskan teknologi inovatif, bagi menampung pelbagai segmen industri.

"Budaya keusahawanan kami dan kebolehan kami untuk berfikir jauh ke hadapan membolehkan kami untuk memperkenal penyelesaian MR berasaskan teknologi yang canggih," ulas Ruchika Gupta, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Borderless Access. "Ini membolehkan kami mengubah syarikat kami menjadi sebuah syarikat bertaraf global dengan kehadiran aktif di AS, UK, Jerman dan Dubai. Tumpuan kami bukan sekadar untuk membangunkan kumpulan pelanggan yang kukuh, tetapi juga membina pasukan berpandangan jauh yang tinggi tenaganya bagi membawa kami meraih pencapaian baharu."

Borderless Access ialah penerima anugerah 'Syarikat Penyelidikan Terbaik Tahunan' di MRMW 2017 dan anugerah 'Red Herring Asia 100' yang berprestij. Ia juga turut memperoleh sijil 'Tempat Hebat untuk Bekerja' bagi tahun 2018-19, membuktikan bahawa ia berjaya memberi keseimbangan yang tepat pada kedua-dua aspek.

"Kami merupakan yang pertama menggunakan teknologi canggih seperti tingkah laku pasif, analitik prediktif dan Pembelajaran Mesin untuk mengambil sampel, terlibat dan memberikan keputusan kajian yang boleh diambil tindakan kepada pelanggan kami," kata Dushyant Gupta, Naib Presiden Eksekutif, Borderless Access. "Keupayaan pemasaran dan penyelidikan kami telah membantu kami mencipta semula penyelidikan terhadap kandungan penyelidikan bersama jenama-jenama global seperti J&J, Microsoft, Unilever, Intel, Orange, Etihad dan PepsiCo, antara lain dan berkongsi keputusan tentang teknik-teknik dan pendekatan-pendekatan penyelidikan inovatif ini di persidangan-persidangan antarabangsa," tambah beliau.

Latar Belakang Borderless Access: 

Borderless Access, sebuah syarikat produk dan penyelesaian MR digital bertaraf global, menyediakan akses kepada pengalaman dan detik-detik kehidupan pengguna yang terlibat daripada segmen-segmen yang sukar didekati kepada kumpulan pelanggan globalnya melibatkan firma MR, agensi pengiklanan, firma khidmat runding dan perusahaan akhir, melalui teknologi dan analitik komuniti. Tawaran inovatifnya terdiri daripada Penyelesaian Panel, SmartSight™, HealthSight™ dan TAPP™.

Perhubungan media:
Anshul Agarwal
Marketing@borderlessaccess.com 

Source: Borderless Access
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology