omniture

Owen Mumford Lantik Shirley Loh Sebagai Pengarah Urusan Serantau Asia Pasifik

Owen Mumford
2018-10-02 00:55 558

OXFORD, England, 2 Oktober 2018/PRNewswire/ -- Owen Mumford, peneraju industri global dalam reka bentuk dan pengilangan peralatan perubatan, mengumumkan pelantikan Shirley Loh sebagai Pengarah Urusan Serantau untuk Asia Pasifik yang ditempatkan di hab Malaysia milik syarikat di Nusajaya.

generated by system

Loh, yang menyandang jawatan tersebut bermula hari ini, mempunyai pengalaman klinikal dan komersial. Sejak enam tahun lalu, beliau telah bertugas untuk Medtronic yang mana baru-baru ini beliau dilantik sebagai Pengarah Pemasaran untuk Kumpulan Terapi Pemulihan Medtronic di ASEAN (Persatuan Negara-negara Asia Tenggara).

Mengulas tentang pelantikan ini, Pengarah Urusan Kumpulan Owen Mumford Jarl Severn berkata, "Kami berbesar hati kerana Shirley menyertai syarikat. Hab Malaysia kami merupakan kemudahan pengilangan pertama milik Owen Mumford yang dibuka di luar UK dan sejak tiga tahun lalu, kami dapat menyaksikan pertumbuhan yang kukuh di seluruh rantau Asia Pasifik. Walau bagaimanapun, dengan adanya prevalens masalah kesihatan yang semakin meningkat seperti diabetes, khususnya dalam pasaran-pasaran baru muncul, saya percaya Owen Mumford mempunyai peranan yang lebih besar untuk dimainkan dalam pengurusan masalah kesihatan tersebut di seluruh rantau tersebut. Shirley pernah bekerja dalam sektor peralatan perubatan selama lebih dua dekad dan mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk terus mengukuhkan jenama kami dalam pasaran ini."

Loh mengalu-alukan peluang untuk mengetuai pasukan Malaysia dan sejak Hari Pertama beliau akan menumpu untuk mewujudkan strategi akses pasaran yang berkesan dan cekap.

Bercakap mengenai keutamaan beliau, beliau mengulas, "Saya berasa amat teruja untuk menyertai Owen Mumford kerana mereka menumpu pada usaha peluasan di rantau Asia Pasifik. Pasaran di sini amat kukuh namun kami menyedari bahawa adanya pertumbuhan yang besar dalam permintaan."

"Satu laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun 2014 menetapkan angka global mereka yang menghidap diabetes pada 422 juta, dengan prevalens yang lebih tinggi dalam pasaran-pasaran baru muncul di kawasan tersebut. Ini termasuk China yang mana lebih 11% golongan dewasa dipercayai mengalami masalah kesihatan ini[1]."

Loh menyambung, "Angka-angka ini jelas amat membimbangkan dan sebagai perniagaan yang bertanggungjawab, Owen Mumford mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam mengenal pasti bagaimana kami dapat menyokong pasaran-pasaran sedang membangun dengan cara yang paling berkesan, membantu meningkatkan kesedaran dan memperbaiki komunikasi serta menggunakan inovasi untuk menyediakan perkhidmatan kepada pasaran-pasaran ini."

"Saya berharap dapat mengukuhkan peranan Owen Mumford dalam menangani isu ini dan untuk turut meningkatkan lebih kesedaran tentang keupayaan kami sebagai sebuah perniagaan, sebagai pembekal peralatan perubatan mahupun rakan kongsi dalam menyediakan penyelesaian rawatan kesihatan yang inovatif."

Loh tinggal bersama suami dan dua orang anak remaja perempuan di Singapura dan ketika tidak bekerja, beliau gemar meluangkan masa bersama keluarga.

Latar Belakang Owen Mumford   
Beribu pejabat di Oxford, England, pengeluar peralatan perubatan Owen Mumford juga mempunyai pejabat-pejabat di AS, Perancis, Jerman, Mexico dan Malaysia, serta pengedar-pengedar berkepakaran merentasi lima benua. Syarikat, yang membangunkan peralatan perubatan rintis, telah mengendalikan hab serantau di Nusajaya, di bahagian selatan Malaysia sejak tahun 2016. Tapak ini menyediakan perkhidmatan pempakejan, pengilangan dan logistik untuk kumpulan pelanggannya di seluruh rantau berkenaan.

1. https://jamanetwork.com/journals/jama/fullarticle/1734701


Butiran perhubungan:
Gillian Gibbons
om@jjmarketing.co.uk
+44-1865-343100

Sumber: Owen Mumford

Source: Owen Mumford
Keywords: Machinery Mining/Metals Personnel announcements