omniture

Zoomlion Rai Pencapaian Teknologi dan Ulang Tahun Ke-26 Di Konvensyen Inovasi Teknologi Tahunan Keempat

Zoomlion
2018-10-02 02:22 951

CHANGSHA, China, 2 Oktober 2018/PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion), salah satu pengeluar jentera pembinaan terkemuka di China, merayakan ulang tahunnya yang ke-26 dan mempamerkan pencapaian dan kejayaan teknologi syarikat serta para penyelidik yang bekerja di barisan hadapan untuk memajukan pembangunan saintifik, di Konvensyen Inovasi Teknologi keempat di ibu pejabatnya di Changsha, China.

"Bermula dengan pam pertama hinggalah kepada portfolio 800 produk dalam 49 siri merentasi sembilan kategori, Zoomlion melangkah maju bermula dengan kilang bengkel menjadi perusahaan antarabangsa dengan tapak-tapak pembuatan di seluruh dunia. Dalam tempoh 26 tahun yang berlalu, kami telah berkembang menjadi pengeluar mesin dan peralatan pembinaan terkemuka di pasaran global," kata Zhan Chunxin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Zoomlion. "Inovasi teknologi ialah kekuatan Zoomlion; kami akan terus membangunkan produk-produk pintar yang canggih yang memecah halangan teknologi dan melangkaui jangkaan pelanggan."

Pada separuh pertama 2018, memanfaatkan keupayaannya dalam Data Raya dan teknologi pintar, Zoomlion telah membangunkan siri kren trak ZTC251 dan ZTC800, yang mampu mendiagnosis kesilapan jarak jauh dan mengawal aplikasi mudah alih. Kedua-duanya telah menerima pujian yang meluas daripada pelanggan kerana keselamatan yang dipertingkat, ketepatan yang lebih baik dan kecekapan kerja yang tinggi.

Mengutamakan inovasi teknologi, Zoomlion telah melaksanakan strategi pembangunan berkelajuan tinggi. Laporan separuh tahun pertama dalam tahun 2018 menunjukkan bahawa jualan keseluruhan produk jentera pembinaan Zoomlion telah mencapai RMB 13.592 bilion (US$ 2.03 bilion), peningkatan 61.15% berbanding tahun sebelumnya.

Strategi pembangunan produk yang didorong oleh inovasi Zoomlion telah menghasilkan pelancaran pelbagai pemegang rekod dunia, termasuk kren semua bentuk muka bumi 2,000-ton yang mempunyai kapasiti mengangkat yang tertinggi, trak pam konkrit 101 meter dengan lengan serat karbon yang terpanjang, trak kebakaran platform boleh dinaikkan yang tertinggi, kren penukul menara terbesar dan kren rangkak 3,200-ton pertama China.

Dengan mengorak langkah ke arah pembuatan pintar, Zoomlion telah menyepadukan teknologi Internet Komunikasi Benda, Data Raya, dan rangkaian mudah alih untuk membangunkan produk yang menyediakan fungsi dan perkhidmatan yang lebih pintar, menyusun semula model perniagaan syarikat daripada pengeluar peralatan kepada penyedia perkhidmatan pembuatan.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. merupakan sebuah perusahaan pembuatan peralatan kelas atasan yang menyepadukan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual hampir 800 produk canggih dari 49 rangkaian produk yang merangkumi sembilan kategori utama. Zoomlion merupakan syarikat jentera pembinaan pertama di China yang disenaraikan di kedua-dua bursa saham Shenzhen dan Hong Kong. http://en.zoomlion.com/

Source: Zoomlion
Related Links:
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals Transportation Trade show news