omniture

JA Solar Bekalkan Semua Modul untuk Loji Kuasa Solar Berskala Luas Pertama di Bangladesh

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2018-10-02 02:52 1168

BEIJING, 2 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd., pengeluar yang terkemuka di dunia bagi produk fotovolta berprestasi tinggi, mengumumkan ia telah membekalkan semua modul solar untuk loji kuasa solar berskala luas yang pertama di Bangladesh dengan kapasiti pemasangan 28 MW.

Projek ini terletak di Teknaf dan berjaya dihubungkan kepada grid utiliti pada bulan September 2018.  Dengan kejadian putus bekalan yang kerap berlaku di rantau tersebut, pembinaan loji kuasa solar akan membantu mengurangkan masalah kekurangan bekalan kuasa memandangkan kuasa yang dijana daripada loji tersebut dapat memenuhi keperluan kuasa elektrik sebanyak 80% di kawasan berkenaan.  Sementara itu, loji solar berkenaan dijangka dapat mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak 20,000 tan setahun apabila dibandingkan dengan loji kuasa diesel pada skala yang sama. Kerajaan Bangladesh berhasrat untuk menjana 2,000 MW kuasa elektrik melalui kuasa solar menjelang tahun 2021.  Projek ini merupakan langkah pertama untuk pihak kerajaan melaksanakan rancangan tenaga baharunya dan ia amat penting dalam pembangunan tenaga baharu di negara tersebut.

Projek ini terletak berhampiran sungai terbesar di rantau tersebut dan berada dalam jarak 1km dari pantai.  Iklim panas, lembap dan berangin sepanjang tahun, selain tanah bergaram dan beralkali menyebabkan keperluan ketat terhadap prestasi modul solar. Modul solar JA Solar telah melepasi ujian keandalan dan kebolehsesuaian alam sekitar jangka panjang yang ketat serta mempunyai kerintangan pelemahan PID, kakisan semburan garam dan tekanan angin yang sangat baik, serta dapat mengekalkan output kuasa stabil yang berkecekapan tinggi dalam tempoh jangka panjang.  Projek ini dibangunkan oleh Technaf Solartech Energy Limited (TSEL), subsidiari milik Joules Power.  Nuher Latif Khan, Pengarah Urusan TSEL, berkata, "Modul-modul daripada JA Solar mempunyai kelebihan yang berbeza dalam penjanaan kuasa elektrik dan output kuasa elektrik yang dijana daripada loji kuasa solar adalah jauh melebihi jangkaan kami."

En. Baofang Jin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar, berkata, "JA Solar akan terus menumpu pada inovasi berteknologi dan peningkatan kualiti produk demi memenuhi pelbagai keperluan kumpulan pelanggan global kami dan menggalakkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui di seluruh dunia."

Untuk maklumat lanjut hubungi:
Xiaorui Sun 
+86-10-6361-1888 x1698 
bj.sunxr@jasolar.com

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities