omniture

VinFast Curi Tumpuan di Paris

VinFast
2018-10-03 21:19 829

PARIS, 3 Oktober 2018 /PRNewswire/ --

  • Bintang dan ikon gaya global, David Beckham, sokong syarikat kereta Vietnam di penampilan perdana dunia peringkat global di Paris
  • VinFast menjadi topik utama di seluruh dunia dengan acara pelancaran Paris yang amat mengagumkan
  • Dua model VinFast pertama tonjolkan bakat reka bentuk dan kecanggihan Itali  

Ikon sukan dan gaya global, David Beckham, membantu pengeluar kereta Vietnam baharu, VinFast, memperkenalkan dua kenderaan pertamanya di Mondial de l'Auto 2018 di Paris awal hari ini.

Video: https://mma.prnewswire.com/media/753469/VinFast_David_Beckham.mp4

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

Sejumlah besar wartawan berhimpun di Pameran Motor Paris yang memaparkan jenama baharu tersebut yang mana mereka dapat menyaksikan beliau memperkenalkan sedan LUX A2.0 dan SUV LUX SA2.0 baharu milik syarikat yang merupakan penampilan sulung dunia bagi kenderaan tersebut.

Selebriti Vietnam, Trần Tiểu Vy yang dicalonkan sebagai Miss Vietnam 2018, turut hadir tatkala kedua-dua kenderaan tersebut dipandu ke atas pentas di hadapan beratus-ratus wartawan, jurugambar dan juruvideo yang menyaksikannya.

Tatkala kereta-kereta tersebut diperkenalkan, beliau memberitahu hadirin yang berkumpul bahawa: "Vietnam ialah sebuah negara yang begitu indah dan saya dapat melihat bagaimana pasukan reka bentuk VinFast berupaya membawakan sedikit sebanyak keindahan itu tertonjol dalam barisan kereta baharu yang hebat ini."

"Saya ialah seorang fanatik terhadap kereta dan saya berasa teruja kerana dapat berada di Paris untuk meraikan kemunculan pembuat kereta baharu di persada global," tambah beliau, "Semangat pasukan VinFast terhadap kereta-kereta ini menular. Ia merupakan sebuah kisah yang memberi inspirasi dan saya benar-benar teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada detik pelancaran ini untuk VinFast."

Pengerusi VinFast Le Thi Thu Thuy yang mempengerusikan sidang akhbar berkata: "Penduduk Vietnam pastinya amat berbangga, berbesar hati dan teruja untuk melihat dua tokoh yang begitu terkenal memperkenalkan kereta-kereta pertama dari Vietnam dalam persekitaran yang berprofil tinggi seperti Pameran Motor Paris. Mereka bersama-sama menonjolkan hasrat kami untuk melihat VinFast menjadi jenama automotif yang berjaya di Vietnam dan di peringkat antarabangsa."

"Menerusi rancangan bercita-cita tinggi kami untuk membawakan kedua-dua kenderaan ini ke pasaran dalam tempoh yang singkat, penting untuk kami membuat kemunculan besar-besaran dan memberi impak serta merta dan kami tentunya berjaya melakukan demikian pada hari ini," tambah beliau.

Dengan semangat Vietnam, reka bentuk Itali dan teknologi Eropah, kedua-dua model dibangunkan mengikut piawaian antarabangsa setelah penduduk Vietnam mengundi lakaran gaya kegemaran mereka dari pelbagai pilihan yang dibawakan pada Oktober 2017. Penyertaan VinFast dalam Pameran Motor Paris 2018 akan meningkatkan profil jenama dan kedua-dua model ini dengan ketara menjelang permulaan jualannya di Vietnam pada September 2019.

Selain kereta-kereta yang dipamerkan di Paris, VinFast membangunkan dengan pesat kenderaan-kenderaan lain dan syarikat tersebut turut merancang untuk mengeksport ke pasaran-pasaran asing pada tahun-tahun akan datang.

Sebagai sebuah perniagaan Vietnam yang membanggakan dengan pandangan yang benar-benar bersifat global, VinFast bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi Eropah yang terkemuka di dunia dalam reka bentuk, kejuruteraan dan teknologi pengeluaran untuk mencipta produk yang memenuhi piawaian antarabangsa dan jangkaan pelanggan dari segi reka bentuk, kualiti, dinamik, ciri-ciri dalam kereta premium dan pengalaman pemilikan.

VinFast turut merekrut eksekutif-eksekutif kanan daripada beberapa syarikat automotif yang utama dalam industri. Sebagai pendatang baharu dalam industri automotif, pelaburan ini menyediakan asas yang kukuh untuk memastikan VinFast dapat membangunkan perniagaan automotif yang amat berjaya dari peringkat bawah dalam tempoh yang amat singkat.

VinFast ialah subsidiari Vingroup, perusahaan persendirian yang terbesar di Vietnam, mempunyai kepentingan dalam beberapa sektor pasaran termasuk peruncitan, pembinaan, hartanah dan pendidikan.

Catatan untuk editor 

Maklumat lanjut, imej dengan resolusi tinggi dan pakej sorotan video Pameran Motor Paris disediakan di: http://www.vinfastmedia.com.

Latar Belakang VinFast 

VinFast ialah subsidiari Vingroup, perusahaan persendirian yang terbesar di Vietnam. Dengan sejarah selama 25 tahun, Vingroup menyasarkan untuk menjadi penyedia bagi teknologi, industri dan perkhidmatan bertaraf dunia. VinFast ialah jenama pertama yang bakal dilancarkan sebagai sebahagian daripada strategi ini.

Penyerahan kereta-kereta VinFast pertama - sebuah kereta sedan dan SUV - bakal dimulakan di Vietnam mulai September 2019. Di samping itu, VinFast membangunkan pelbagai kenderaan lain, termasuk kereta elektrik, kereta bandar, bas elektrik dan skuter elektrik. Syarikat turut merancang untuk mengeksport ke pasaran-pasaran antarabangsa pada tahun-tahun akan datang.

Kenderaan VinFast akan dikilangkan di kompleks kilang moden berkeluasan 335 hektar di Cat Hai, Hai Phong, utara Vietnam.

Source: VinFast
Keywords: Auto Transportation Travel New products/services