omniture

Hadiah LUI Che Woo Adakan Majlis Penyampaian Hadiah 2018

LUI Che Woo Prize Limited
2018-10-03 23:07 984

Hadiah LUI Che Woo secara rasmi disampaikan pada majlis malam ini, yang dihadiri oleh tetamu kehormat termasuk Ketua Eksekutif Carrie Lam dan Dr. Lui Che Woo

HONG KONG, 3 Oktober 2018 /PRNewswire/ - Memotivasi perubahan positif dengan menyokong usaha yang tidak mementingkan diri oleh individu dan organisasi yang berusaha untuk membina dunia yang lebih baik, Hadiah LUI Che Woo - Hadiah untuk Peradaban Dunia, mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah tahunan malam ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong.

(From left) Mr. Hans-Josef Fell, Dr. Lui Che Woo, Dr. Rukmini Banerji, and Prof. Petteri Taalas at the media session before the Ceremony
(From left) Mr. Hans-Josef Fell, Dr. Lui Che Woo, Dr. Rukmini Banerji, and Prof. Petteri Taalas at the media session before the Ceremony

Tiga pemenang yang menerima Hadiah LUI Che Woo 2018 ialah Encik Hans-Josef Fell, Pertubuhan Meteorologi Dunia dan Yayasan Pendidikan Pratham.  

Majlis ini dihadiri oleh tetamu VIP termasuk Yang Dihormati Puan Carrie Lam Cheng Yuet-ngor, Ketua Eksekutif Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong; Encik Tung Chee-hwa, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan ke-13 CPPCC; Encik Wang Zhimin, Pengarah Pejabat Perhubungan Kerajaan Rakyat Pusat di Hong Kong; Dr. Lui Che Woo, Pengasas Hadiah LUI Che Woo dan Pengerusi Lembaga Gabenor merangkap Majlis Hadiah bagi Hadiah LUI Che Woo; dan Prof. Lawrence J. Lau, Pengerusi Jawatankuasa Cadangan Hadiah. Ahli-ahli badan pentadbir Hadiah LUI Che Woo - Majlis Hadiah, Jawatankuasa Cadangan Hadiah dan Panel Pemilihan - turut hadir.

Dr. Lui Che Woo hadir ke majlis untuk memperingati acara tersebut. "Tiada jarak terlalu jauh untuk orang yang sealiran fikrahnya," katanya. "Kita telah mengembara beribu-ribu batu untuk berhimpun bersama kerana kita mempunyai visi dan falsafah yang sama.  Ketiga-tiga pemenang tahun ini-sama berkongsi wawasan yang sama dengan Hadiah LUI Che Woo.  Mereka bukan sahaja percaya dalam usaha menjadikan dunia lebih baik, tetapi juga mengatasi kesulitan dengan keberanian, kebijaksanaan, dan tanpa mementingkan diri sendiri. Mereka ialah model peranan dalam bidang mereka dan telah banyak menyumbang kepada dunia; memberi inspirasi kepada lebih banyak orang untuk mengambil bahagian dan bersama-sama mencipta masa depan kita. Satu penghormatan bagi kami untuk menyambut kehadiran tiga penerima hadiah malam ini untuk menerima Hadiah."

Puan Carrie Lam turut memberi ucapan pada majlis dan mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah tahun ini. "Sumbangan bersendirian mereka masing-masing untuk menghapuskan buta huruf, mengurangkan impak bencana alam, dan pembangunan tenaga boleh diperbaharui, merupakan padanan sempurna dengan misi Hadiah Lui Che Woo yang patut dipuji," beliau berkata. "Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong berbangga mempunyai hadiah antarabangsa yang berasal dari sini yang dicipta atas visi dan kemurahan hati Dr Lui."

Penerima Hadiah LUI Che Woo 2018

Menerima anugerah masing-masing di Majlis Penyampaian Hadiah ialah tiga pemenang Hadiah LUI Che Woo 2018 - En. Hans-Josef Fell, Pertubuhan Meteorologi Dunia, dan Yayasan Pendidikan Pratham.

Hadiah Kelestarian 2018 - tahun ini dengan Bidang Fokus Khusus Pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui - secara rasmi disampaikan kepada En. Hans-Josef Fell. Diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai tokoh pengasas gerakan tenaga boleh diperbaharui global, En. Fell telah bekerja sebagai perintis alam sekitar sejak tahun 1970-an. Beliau menubuhkan komuniti tenaga pertama di dunia untuk menghasilkan tenaga solar pada tahun 1994, mengubah pasaran untuk tenaga boleh diperbaharui, dan berjaya berjuang untuk menerima pakai Akta Tenaga Boleh Diperbaharui di Parlimen Jerman. Undang-undang ini telah diambil untuk diterima pakai lebih 100 kali di seluruh dunia, menyumbang kepada perubahan dalam amalan tenaga boleh diperbaharui di seluruh dunia.

"Terima kasih, Dr. Lui, kerana mengadakan hadiah ini, menghormati dan menggalakkan aktiviti untuk dunia yang lebih baik," kata Encik Fell semasa ucapan terima kasihnya pada Majlis Penyampaian Hadiah. "Kami, sebagai umat manusia, berpeluang untuk menghentikan pemanasan global dengan bantuan 100% tenaga boleh diperbaharui yang bersih dan pertanian kurang-karbon yang bersih. Inilah yang saya rancang untuk diusahakan bersama-sama Energy Watch Group, dengan sokongan kuat Hadiah LUI Che Woo," katanya.

Hadiah Pembaikan Kebajikan 2018 - dengan Pengurangan Impak Bencana Alam menjadi tumpuan khusus tahun ini - dianugerahkan kepada Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO). WMO menetapkan piawaian di seluruh dunia dan menyediakan kerangka kerja untuk kerjasama antarabangsa dengan menyokong 191 buah negara anggota dan wilayahnya untuk melaksanakan dasar yang diterima pakai, yang membawa kepada pemantauan, ramalan dan komunikasi yang lebih baik tentang bahaya meteorologi pada skala global. Usaha gigihnya adalah penting dalam pengurangan sepuluh kali ganda dalam kehilangan nyawa global akibat cuaca yang melampau, iklim dan peristiwa yang berkaitan dengan air yang diperhatikan sejak separuh abad yang lalu.

Mewakili WMO di Majlis Penyampaian Hadiah ialah Profesor Petteri Taalas, Setiausaha Agung Pertubuhan Meteorologi Dunia. "Jumlah bencana alam semakin meningkat ialah tema yang sangat tepat pada masanya. Hadiah Lui Che Woo akan membolehkan WMO untuk menyokong pengurangan risiko bencana di seluruh dunia. Kami telah merancang untuk menggunakan sumber ini untuk pendidikan pakar-pakar negara membangun, untuk memperbaiki sistem amaran meteo global dan untuk perkhidmatan amaran awal kepada organisasi PBB kemanusiaan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Lui Che Woo dan jawatankuasa pemilihan kerana memberikan kami penghormatan yang besar ini," katanya semasa ucapan penerimaannya.

Hadiah Tenaga Positif 2018 - tahun ini dengan Bidang Tumpuan Khusus Pembasmian Buta Huruf - dianugerahkan kepada Yayasan Pendidikan Pratham. Pratham secara langsung membantu satu juta orang kanak-kanak mencapai celik huruf dan numerasi asas setiap tahun. Menggunakan model yang berkait rapat dengan model berasaskan bukti, ia kini merupakan salah satu daripada NGO terbesar di India dan menumpukan pada campur tangan yang berkualiti tinggi dan berkos rendah yang menangani jurang dalam sistem pendidikan. Melalui model yang boleh ditiru dan diskalakan yang menekankan akauntabiliti yang dipacu hasil, Pratham dapat mencapai kejayaan yang berpanjangan dan meluas dalam landskap pendidikan India dan seterusnya, mewujudkan model demonstrasi yang boleh disesuaikan untuk kerajaan.    

Dr. Rukmini Banerji, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan Pratham, menerima pengiktirafan di Majlis Penyampaian Hadiah. "Kami amat berbesar hati dan bertuah kerana dipilih untuk Hadiah ini. Kesempatan untuk berkongsi pentas ini dengan rakan-rakan penerima hadiah hari ini ialah satu petunjuk bahawa peluang luas untuk berkolaborasi turut wujud di rantau kita juga. Dalam usaha kami, kami telah melihat berjuta-juta nyawa berubah, mewujudkan gelombang harapan dan tenaga positif untuk berjuta-juta lagi. Dengan sokongan Hadiah LUI Che Woo, kami berharap dapat terus meningkatkan tenaga positif ini, "katanya.

Sebarkan Tenaga Positif Menerusi Persembahan Muzikal

Majlis Penyampaian Hadiah juga termasuk persembahan khas oleh Encik Warren Mok dan Yayasan Kanak-kanak Muzik. Pertubuhan bukan untung yang menyediakan program orkestra dan koir percuma kepada beratus-ratus kanak-kanak kurang bernasib baik di Hong Kong, Yayasan ini berdedikasi untuk mengubah kehidupan golongan muda melalui kuasa muzik. Ia berkongsi kepercayaan dengan Hadiah LUI Che Woo bahawa semua orang harus mempunyai peluang untuk mencapai impian mereka.

Sebagai persediaan untuk Majlis Penyampaian Hadiah, tenor terkenal di dunia, Encik Mok bekerjasama rapat dengan anak-anak ini untuk mengajar mereka kemahiran baharu ketika mereka mengadakan latihan persembahan bersama-sama. Selaras dengan tujuan Hadiah LUI Che Woo untuk menggalakkan keharmonian dan tenaga positif, ini merupakan satu peluang hebat yang jarang diperolehi oleh kanak-kanak untuk melihat bagaimana seseorang seperti mereka dapat membesar dan mencapai sesuatu yang luar biasa, melalui kuasa usaha dan harapan. Pada majlis itu, anak-anak yayasan dan Encik Mok menunjukkan hasil kerja keras mereka dengan menyanyikan lagu yang memperkasakan diri; yang begitu harmoni dengan Hadiah LUI Che Woo dan semua kerja keras yang dilakukan oleh pemenang 2018 untuk membantu membina dunia yang lebih baik.

Untuk imej resolusi tinggi, sila lawati pustaka foto di: https://www.webcargo.net/l/01y71H2EAf/

Dr. Lui Che Woo gives a speech to commemorate the occasion.
Dr. Lui Che Woo gives a speech to commemorate the occasion.

 

Mrs. Carrie Lam, Chief Executive of the HKSAR, shows her support at her speech at the Prize Presentation Ceremony.
Mrs. Carrie Lam, Chief Executive of the HKSAR, shows her support at her speech at the Prize Presentation Ceremony.

 

Mrs. Carrie Lam presents the Sustainability Prize to Mr. Hans-Josef Fell.
Mrs. Carrie Lam presents the Sustainability Prize to Mr. Hans-Josef Fell.

 

Mr. Tung Chee-hwa presents the Welfare Betterment Prize to Prof. Petteri Taalas, Secretary-General of the World Meteorological Organization.
Mr. Tung Chee-hwa presents the Welfare Betterment Prize to Prof. Petteri Taalas, Secretary-General of the World Meteorological Organization.

 

Dr. Lui Che Woo presents the Positive Energy Prize to Dr. Rukmini Banerji, CEO of Pratham Education Foundation.
Dr. Lui Che Woo presents the Positive Energy Prize to Dr. Rukmini Banerji, CEO of Pratham Education Foundation.

 

Laureates with Officiating Guests, Board of Governors, members of the Prize Council, Prize Recommendation Committee and Selection Panels
Laureates with Officiating Guests, Board of Governors, members of the Prize Council, Prize Recommendation Committee and Selection Panels

 

Mr. Warren Mok sings with the children from the Music Children Foundation at the Ceremony.
Mr. Warren Mok sings with the children from the Music Children Foundation at the Ceremony.

 

Lui Che Woo Prize
Lui Che Woo Prize

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hadiah LUI Che Woo, sila lawati laman sesawang rasmi www.luiprize.org.

Latar Belakang Hadiah LUI Che Woo

Diasaskan oleh Dr. LUI Che Woo pada tahun 2015, "Hadiah LUI Che Woo– Hadiah untuk Peradaban Dunia" ialah anugerah inovatif rentas sektor tahunan bertaraf antarabangsa yang pertama seumpamanya untuk memajukan peradaban dunia dan mengilhamkan orang ramai demi membina dunia yang lebih harmoni.  Ia bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada individu mahupun organisasi di serata dunia atas sumbangan luar biasa dan menggalakkan kesinambungan usaha tersebut menerusi tiga objektif: pembangunan dunia yang mampan, pembaikan kebajikan umat manusia dan galakan terhadap sikap hidup yang positif serta peningkatan tenaga yang positif.

Setiap penerima hadiah menerima anugerah wang tunai bernilai HK$20 juta (bersamaan kira-kira US$2.56 juta), sijil dan trofi.  Setiap Hadiah dianugerahkan kepada satu penerima, sama ada individu mahupun organisasi.

Hadiah LUI Che Woo dikelola dan diurus oleh LUI Che Woo Prize Limited, sebuah syarikat amal yang dihadkan menerusi jaminan yang diperbadankan di Hong Kong.  Syarikat Hadiah dipimpin dan diselia oleh Lembaga Gabenor.

Untuk pertanyaan, sila hubungi wakil Perhubungan Awam di Golin:

Cyndi Cheng

+852 2501 7929

CCheng@golin.com

Iris Yeung

+852 2501 7949

IYeung@golin.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181003/2251807-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181003/2251807-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181003/2251807-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181003/2251807-1-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181003/2251807-1-e
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181003/2251807-1-f
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181003/2251807-1-g
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181003/2251807-1-h
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180821/2217142-1LOGO

Source: LUI Che Woo Prize Limited
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues Not for profit