omniture

FEG China Peroleh US$15 Juta dalam Pembiayaan Siri A

FEG esports
2018-10-05 01:52 1667

SHANGHAI, 5 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Sebuah syarikat eSukan Cina, FEG mengumumkan pada 29 September bahawa ia telah menutup pusingan pembiayaan Siri A kepada nilai mencecah hampir 100 juta Yuan Cina (US$15 juta). Pembiayaan tersebut diketuai oleh China Sports Capital, disertai oleh SAIF Partners dan Sea of Stars Capital.

China Sports Capital ditubuhkan pada tahun 2017, bersama-sama oleh Sequoia Capital, firma modal usaha niaga yang terbesar di dunia, dan CMC, dana pelaburan terbesar di China yang mengkhusus dalam media dan hiburan.

Perjanjian pelaburan terkini oleh China Sports Capital ialah penubuhan iQiyi Sports bersama-sama institusi-institusi seperti IDG Capital. iQiyi ialah laman video yang terbesar di China, yang menyerupai gabungan antara Netflix dan Youtube.

Pelaburan ini merupakan satu lagi petunjuk bahawa eSukan kini telah mencapai tahap populariti yang setara dengan sukan-sukan lain di China. Penutupan pusingan pembiayaan pra-Siri A bernilai US$15 juta memperlihatkan jangkaan yang tinggi yang diletakkan oleh modal usaha niaga untuk masa depan eSukan.

Perniagaan teras FEG adalah untuk mencipta model pengkomersialan dalam sektor eSukan global, seraya memacu pertumbuhan eSukan mudah alih di seluruh dunia.

FEG telah menjalin perkongsian strategik global dengan KPL Tencent dan melancarkan Korea King Pro League (KRKPL), yang menunjukkan kejayaan pertama yang bersifat antarabangsa untuk eSukan mudah alih.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180929/2252699-1

 

Source: FEG esports
Keywords: Banking/Financial Service Electronics Gaming Entertainment Sports Financing agreements