omniture

Hikvision Capai Pensijilan Kriteria Umum

Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
2018-10-09 21:00 971

HANGZHOU, China, 9 Oktober 2018 /PRNewswire/ - Hikvision, pembekal produk dan penyelesaian keselamatan inovatif terkemuka dunia, mengumumkan siri produk kamera IP, DS-2CD3 dan DS-2CD5, telah mencapai Sijil Kriteria Umum untuk Penilaian Keselamatan Teknologi Maklumat (disingkat Kriteria Umum atau CC) dengan jaminan jenis EAL2 ditambah dengan ALC_FLR.2 (EAL2 +). Ia menunjukkan komitmen Hikvision kepada pelanggan global terhadap kebolehpercayaan dan keselamatan siber.

Sebagai salah satu piawaian antarabangsa yang paling banyak diiktiraf (ISO /IEC 15408) dalam keselamatan teknologi maklumat, pensijilan Kriteria Umum terpakai terutamanya untuk menilai keselamatan dan kebolehpercayaan produk atau penyelesaian teknologi maklumat, dan juga memberi tumpuan kepada perlindungan maklumat peribadi. Organisasi kerajaan atau agensi kerajaan [1] dari 28 negara telah mengambil bahagian dalam Pengaturan Pengiktirafan Kriteria Umum (CCRA) [2], termasuk Perkongsian Jaminan Maklumat Negara dan Jabatan Pertahanan A.S. Banyak organisasi perusahaan juga menggunakan CC sebagai syarat dalam pemerolehan yang berkaitan.

"Seiring dengan transformasi ke era rangkaian dan pintar, industri keselamatan menghadapi peluang pembangunan yang belum pernah terjadi sebelum ini, bahkan juga cabaran-cabaran baharu. Hikvision sentiasa komited untuk membangunkan produk keselamatan yang berkualiti, selamat dan inovatif," kata Dr Wang Bin, Ketua Pegawai di Makmal Keselamatan Rangkaian dan Maklumat dan Jabatan Keselamatan Rangkaian Hikvision.

Sebagai proses yang disyaratkan untuk mencapai Sijil Kriteria Umum, Hikvision berjaya lulus dalam penilaian yang ketat yang dilaksanakan oleh makmal pengujian Kriteria Umum Brightsight, sebuah institusi penilaian keselamatan yang terkenal di dunia.

Latar Belakang Hikvision

Hikvision ialah pembekal terkemuka di dunia bagi produk dan penyelesaian keselamatan yang inovatif. Mempunyai tenaga kerja R & D yang paling mantap dalam industri, Hikvision memajukan teknologi teras pengekodan audio dan video, pemprosesan imej video, dan penyimpanan data yang berkaitan, serta teknologi berpandangan ke hadapan seperti pengkomputeran awan, data raya, dan pembelajaran mendalam. Sebagai tambahan kepada industri pengawasan video, Hikvision memperluas jangkauannya kepada teknologi rumah pintar, automasi perindustrian, dan industri elektronik automotif untuk mencapai visi jangka panjangnya. Sentiasa mencipta nilai untuk pelanggannya, Hikvision mengendalikan 38 subsidiari serantau di seluruh dunia untuk mencapai kehadiran yang benar-benar global. Untuk maklumat lanjut, sila lawati kami di www.hikvision.com.

 

Source: Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components High Tech Security Awards