DOHA, Qatar, 10 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Doktor-doktor di hospital pakar wanita dan kanak-kanak pertama Qatar, Sidra Medicine berjaya memisahkan kembar siam, menjadikannya kejayaan pertama bagi negara ini. Pembedahan tersebut memberikan alternatif kepada pesakit yang dahulunya mempunyai pilihan terhad bagi rawatan yang membuahkan hasil dan penjagaan penyakit pediatrik yang rumit di rantau ini.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8422651-conjoined-twins-find-new-lease-on-life/
Pasangan kembar tersebut bercantum di bahagian hati dan sternum bawah, yang dianggap sebagai salah satu jenis percantuman yang berisiko, memandangkan setiap bayi memerlukan hati sendiri yang berfungsi sepenuhnya tanpa menjejaskan kembarnya. Di seluruh dunia, kembar siam berlaku sekali dalam setiap 200,000 kelahiran. Kembar omphalopagus yang bercantum di bahagian perut dan hati merupakan antara yang paling sukar untuk dipisahkan.
Diketuai oleh Dr. Mansour Ali, Pengerusi Jabatan Pembedahan Pediatrik dan Dr. Abdalla Zarroug, Ketua Bahagian Pembedahan Umum dan Toraks Pediatrik, pasangan kembar lelaki berusia empat bulan itu dipisahkan oleh sepasukan 10 orang pakar bedah dan pakar bius, dalam prosedur selama sembilan jam.
"Dengan kejayaan memisahkan pasangan kembar siam, sebagai salah satu prosedur pembedahan yang paling rumit, kami berbangga untuk menunjukkan kaliber pasukan berbilang disiplin kami hanya setahun sejak kami membuka kemudahan pesakit dalam hospital kami. Pembedahan tersebut menjadi satu pencapaian penting bagi hospital dan rawatan kesihatan di Qatar," kata Dr. Mansour.
Kurang daripada 10 hari selepas dipisahkan, Hamad dan Tamim semakin pulih dan dijangka akan menjalani kehidupan normal yang bebas.
"Digabungkan dengan akses kepada teknologi terkini bagi menyokong perancangan dan penyediaan prapembedahan, kami mempunyai kelebihan memiliki beberapa pakar pediatrik yang terkemuka di dunia dalam pembedahan umum dan toraks, urologi, kraniofasial, plastik, anestesiologi dan pembedahan robotik. Hakikat bahawa kami mampu menggunakan sumber-sumber ini bagi menawarkan perkhidmatan pembedahan pediatrik yang tidak wujud di rantau ini sebelum ini, merupakan sebab kami berada di sini," kata Dr. Zarroug.
Pembedahan tersebut dirancang dan diulang-ulang selama berbulan-bulan dengan bilangan penuh kakitangan yang melibatkan lebih 150 kakitangan perubatan dan sokongan yang menjalani lebih 30 jam simulasi bagi meminimumkan risiko serta meningkatkan keputusan pesakit. Teknologi pencetakan 3D canggih Sidra Medicine membantu mencipta model abdomen dan hati kanak-kanak lelaki tersebut bagi membantu perancangan prapembedahan.
Bapa mereka berkata: "Kami cuba meninjau pilihan-pilihan antarabangsa bagi pembedahan sehinggalah kami mendapat tahu mengenai Sidra Medicine. Kami amat berterima kasih kepada Kerajaan Qatar, Hamad Medical Corporation dan Sidra Medicine atas usaha mereka yang tidak kenal lelah demi menyelamatkan nyawa anak-anak lelaki kami."
Farhana Habib
Perhubungan Awam
t. +974-4404-2176
m. +974-7478-4648
fcoelho@sidra.org
(Foto: https://mma.prnewswire.com/media/766865/Sidra_Medicine.jpg )