omniture

Systech Menang Kecemerlangan Anugerah Pharma di CPhI 2018

Systech
2018-10-12 00:44 1561

Diiktiraf untuk Inovasi Produk dalam Rantaian Bekalan, Logistik dan Pengedaran

PRINCETON, New Jersey, 11 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- ­­­­­Systech, peneraju global dalam keselamatan rantaian bekalan dan pengesahan produk, menang bagi kategori "Kecemerlangan dalam Farmaseutikal: Rantaian Bekalan, Logistik dan Pengedaran" di Gala Anugerah CPhI Pharma, malam semalam.

 

Anugerah ini mengiktiraf UniSecure®, penyelesaian pengesahan bukan aditif Systech yang berfungsi dengan pempakejan sedia ada dan aplikasi mudah alih. Teknologi e-Fingerprint® digitalnya menyediakan pertahanan revolusioner terhadap ancaman yang semakin meningkat melibatkan lencongan produk dan pemalsuan. Systech memenangi pertandingan dalam kategori yang sengit dipertandingkan melibatkan 10 syarikat yang disenarai pendek, termasuk pemenang tahun lalu.

Mengulas kemenangan tersebut, Ara Ohanian, Ketua Pegawai Eksekutif, Systech berkata,"Kami berdedikasi untuk menginovasi cara industri menangani serangan terhadap rantaian bekalan mereka. Teknologi UniSecure memperkasa syarikat-syarikat bagi melindungi pengguna, reputasi jenama dan pendapatan mereka daripada cabaran pemalsuan masa depan, bermula hari ini."

Joe Belenardo, Naib Presiden Kanan, Systech menambah, "Anugerah ini mengesahkan bahawa syarikat-syarikat farmaseutikal terkemuka menerima teknologi kami."

Anugerah CPhI Pharmaialah antara anugerah yang paling disegani dalam industri farmaseutikal, meraikan inovasi yang mencetuskan pembaharuan dan menyokong syarikat-syarikat komited terhadap kemajuan industri dan kepimpinan pemikiran. Anugerah tahun ini berjaya menarik lebih 250 penyertaan - angka yang mencatat rekod - daripada 174 syarikat merentasi 17 kategori.

Latar Belakang Systech:
Systech ialah peneraju teknologi global bagi keselamatan rantaian bekalan dan pengesahan produk. Selama lebih 30 tahun, kami meletakkan teknologi dalam risiko. Systech merintis penyirian farmaseutikal selain inovasi dalam visi dan pemeriksaan saluran, pengurusan saluran pempakejan keseluruhan serta jejak dan kesan. Hari ini, Systech merevolusi perlindungan jenama. Penyelesaian perisian kami memastikan produk-produk adalah tulen, selamat dan terhubung - bermula dari pembuatan ke tangan pengguna.

Hubungi:
Systech
Stacey Owens-Perrotta
T +1 609 235 3639
stacey.owens-perrotta@systechone.com

Video - https://www.youtube.com/watch?v=o-fudKKWjEg  

 

Source: Systech
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital High Tech Security Medical/Pharmaceuticals Paper/Forest Products/Containers Pharmaceuticals Awards Broadcast feed announcements Trade show news