omniture

KT Bakal Buka Hotel AI, Bandar Pintar di Asia Tenggara bersama HBC

KT Corp.
2018-10-12 23:38 1504

- KT Tandatangani Perjanjian dengan Hoa Binh Construction Group Vietnam - 
- KT Bakal Sediakan Asia Tenggara dengan Penyelesaian AI Tersuai -

SEOUL, Korea Selatan, 12 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- KT Corp. (KRX: 030200; NYSE: KT), syarikat telekomunikasi terbesar Korea Selatan bakal memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan (AI) buatan tempatannya kepada hotel-hotel, pangsapuri-pangsapuri, bangunan-bangunan dan bandar-bandar luar negara, bermula dengan Vietnam dan wilayah berdekatan.

Lee Pil-Jai (fourth from left), head of KT’s Marketing Group, HBC Chairman Le Viet Hai (fifth from right) and other representatives of the two companies, are photographed during a signing ceremony at KT’s headquarters in central Seoul, South Korea, on September 18.
Lee Pil-Jai (fourth from left), head of KT’s Marketing Group, HBC Chairman Le Viet Hai (fifth from right) and other representatives of the two companies, are photographed during a signing ceremony at KT’s headquarters in central Seoul, South Korea, on September 18.

KT menandatangani perjanjian dengan Hoa Binh Construction Group (HBC) JVC, syarikat pembinaan terbesar Vietnam, pada September lalu untuk membawa perkhidmatan hotel dan pangsapuri dikuasakan AI ke Asia Tenggara. Kedua-dua rakan kongsi global ini turut bersetuju untuk selanjutnya bekerjasama dalam bangunan dan bandar pintar di kawasan-kawasan metropolitan utama di seluruh wilayah tersebut.

"Ia merupakan langkah besar yang pertama untuk platform AI KT demi menjangkau dunia, hasil daripada perkongsian dengan HBC," kata Lee Pil-Jai, Naib Presiden Eksekutif Kanan Kumpulan Pemasaran KT. "Dengan kejayaan hebat di Korea Selatan, kami akan menggiatkan usaha untuk menyetempatkan perkhidmatan hotel AI kami dan penyelesaian bandar pintar untuk Asia Tenggara dan selanjutnya."

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif HBC Le Viet Hai berkata, "Platform GiGA Genie ialah instrumen yang amat berkuasa yang perlu dipelopori oleh HBC demi memenuhi misi korporat kami."

Dengan menginovasi teknologi dalam industri hospitaliti, KT membuka hotel pertama di Korea Selatan yang menawarkan perkhidmatan bilik berbantu-AI, Novotel Ambassador Seoul Dongdaemun Hotels & Residences, pada bulan Julai. Syarikat ini merancang untuk membuka tiga hotel tambahan yang serupa di seluruh ibu kota menjelang tahun 2020 dengan kerjasama rantaian hotel global utama seperti Accor, Hyatt dan Marriott.

Platform perkhidmatan AI KT, GiGA Genie Hotel, ialah penyesuaian khas GiGA Genie, iaitu hab media kediaman pintar dikuasakan AI yang pertama di dunia, dilancarkan pada tahun 2017. Dengan lebih 1 juta pelanggan di Korea Selatan, platform AI diaktifkan suara KT membolehkan pengguna melihat arahan yang mereka berikan pada skrin sentuh atau skrin TV.

GiGA Genie Hotel ialah sistem maklumat hiburan berbilang fungsi yang mengecam suara. Lampu, kawalan suhu dan TV dalam bilik hotel bertindak balas terhadap arahan suara seperti, "Genie, tolong tetapkan suhu bilik kepada 20 darjah." Kelengkapan dandanan diri dan kelengkapan lain juga boleh diminta dengan arahan suara.

Arahan suara kini tersedia dalam Bahasa Korea serta Bahasa Inggeris manakala bahasa-bahasa tambahan termasuk Bahasa Cina dan Bahasa Jepun, bakal dimasukkan. KT turut merancang untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan kerja rencam kepada Platform Genie Hotel, seperti memeriksa bil hotel, mendaftar keluar dan membayar perkhidmatan bar mini dan bilik.

Bagi mempelbagaikan portfolio perniagaan masa depannya, KT merancang untuk menyediakan hotel-hotel lain dengan platform AI miliknya, termasuk Marriott. Salah sebuah hotel pertama yang menerima pakai platform ialah L'Escape, sebuah hotel butik yang dibuka oleh kumpulan runcit Korea Selatan Shinsegae Inc. di pusat bandar Seoul pada bulan Julai. Platform Genie juga dapat digunakan dalam pangsapuri, pusat peranginan dan hospital.

KT turut mengaplikasikan pengurusan bangunan pintar berasaskan AI di Novotel Ambassador Seoul Dongdaemun Hotels & Residences. GiGAeyes, perkhidmatan keselamatan video dan analisis imej pintar, dapat mengesan pencerobohan pada waktu nyata, di dalam dan di luar hotel. Ia turut berperanan sebagai pengawas kebakaran sepanjang masa. Syarikat ini turut menggunakan KT-MEG, yang mengoptimumkan pengurusan tenaga dengan menganalisis data raya bagi meramal dan mengawal keperluan tenaga ketika waktu puncak.

PERHUBUNGAN MEDIA

Untuk pertanyaan, sila hubungi Pasukan Perhubungan Media Asing kami di kt.fmrt@gmail.com

LATAR BELAKANG KT CORP. (KRX: 030200; NYSE: KT)

KT Corporation, penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar Korea yang ditubuhkan semula pada tahun 1981 di bawah Akta Perniagaan Telekomunikasi, memimpin era inovasi di negara yang paling terhubung di dunia. Syarikat ini mengetuai revolusi perindustrian keempat dengan rangkaian wayar/tanpa wayar berkelajuan tinggi dan teknologi ICT yang inovatif. Setelah memasang 4.5 juta talian tetap untuk 20 juta pengguna dalam masa hanya 12 tahun, KT merupakan pembekal telekom pertama yang memperkenalkan perkhidmatan percubaan 5G berskala besar pada tahun 2018. Ini merupakan satu lagi langkah dalam usaha berterusan KT untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan penting memandangkan ia berhasrat untuk menjadi Syarikat ICT No.1 dan juga Syarikat Rakyat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Bahasa Inggeris kami di https://corp.kt.com/eng/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181011/2264968-1

Source: KT Corp.
Related Stocks:
Korea:030200 NYSE:KT
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Hotels and Resorts Internet Technology Telecommunications Contracts New products/services