omniture

honestbee lancar konsep 'NewGen Retail' pertama dunia: habitat by honestbee, pengalaman runcit dan menjamu selera berbilang deria didayakan teknologi yang unik

honestbee Pte Ltd.
2018-10-16 12:00 1313

SINGAPURA, 16 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- honestbee, pasaran atas permintaan yang terkemuka di Asia yang menghantar barangan runcit dan hidangan makanan yang berkualiti serta segar dalam lebih 8 pasaran, memperkenalkan tawaran baharunya hari ini: habitat by honestbee, destinasi barangan runcit dan menjamu selera unik yang pertama di dunia disepadukan dengan teknologi dan berbilang deria. Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas honestbee, Joel Sng, menggelarnya sebagai 'NewGen Retail', inovasi dalam teknologi runcit yang menginspirasikan lebih penglibatan manusia demi pengalaman membeli belah berbilang deria.

Entrance to habitat by honestbee: world’s first ‘NewGen Retail’ concept where technology meets experiences through food
Entrance to habitat by honestbee: world’s first ‘NewGen Retail’ concept where technology meets experiences through food

 

Shu Fu reads as “book” and also “comfortable” in Mandarin. Sunlit and surrounded by floor to ceiling windows and lush greenery, it is perfect for reading or meeting with friends over an artisanal coffee at habitat’s very own Hinoki cafe.
Shu Fu reads as “book” and also “comfortable” in Mandarin. Sunlit and surrounded by floor to ceiling windows and lush greenery, it is perfect for reading or meeting with friends over an artisanal coffee at habitat’s very own Hinoki cafe.

Pasaran jualan barangan runcit global akan menambah nilai jualan sebanyak US$2.7 trilion menjelang tahun 2022, dengan pertumbuhan dalam lima tahun akan datang didominasi oleh Asia.1 Meskipun jualan barangan runcit Asia melalui saluran e-dagang memimpin pertumbuhan global sebanyak 30 peratus pada tahun lalu,2 90 peratus daripada jualan runcit seluruh dunia masih dijalankan di kedai-kedai fizikal.3

Sebagai pemimpin inovasi bagi peruncitan dalam talian dan luar talian, honestbee melabur dalam kepakaran teknologi bagi memacu kemudahan, pemperibadian dan pengalaman berbilang deria dengan melancarkan konsep 'NewGen Retail' dalam ruang fizikal baharu ini, habitat.

Pengalaman dalam talian dan luar talian bersepadu sepenuhnya

Merangkumi kawasan seluas 60,000 kaki persegi, habitat by honestbee ialah sebuah pasar raya lengkap, penjual produk segar khusus, pusat pemenuhan dalam talian, hab inovasi runcit dan destinasi menjamu selera berasaskan pengalaman, kesemuanya dalam satu persekitaran yang direka dengan teliti. Lebih 20,000 bahan Asia dan global serta keperluan harian dapat dibeli dengan lancar secara dalam talian atau luar talian melalui satu aplikasi honestbee.

Dikuasakan oleh honestbee, habitat menawarkan dua kemudahan yang pertama di dunia: checkout automatik (AutoCheckout) dan pengambilan barang dengan robot (RoboCollect). Pesanan dapat diproses secara menyeluruh kurang daripada 5 minit. Infrastruktur pintar memastikan pengalaman membeli belah berbilang deria yang mudah dengan produktiviti operasi.

Untuk memasuki habitat dan memanfaatkan kesemua perkhidmatan, pelanggan perlu memuat turun aplikasi honestbee. Aplikasi ini dihubungkan kepada kad kredit atau melalui beePay, dompet mudah alih milik honestbee sendiri untuk menjalankan transaksi tanpa tunai yang selamat.

Untuk pembelian 10 item atau kurang, pembeli boleh menggunakan fungsi "Scan & Go" pada aplikasi honestbee, supaya mereka boleh melangkau barisan kaunter bayaran dan mendapatkan item mereka serta merta. Bagi item yang lebih banyak, pembeli boleh menurunkan troli peribadi mereka di titik AutoCheckout yang mudah dan habitat akan menguruskan pengimbasan, pempakejan, pembayaran dan penghantaran.

Pembeli boleh memesan daripada konsep makanan dan minuman habitat untuk menjamu selera di situ, bawa pulang serta penghantaran ke rumah, manakala pesanan barangan runcit dalam talian dipenuhi oleh shopper bees menggunakan tali sawat penyampai overhed untuk produktiviti lebih tinggi sebelum driver bees mengambilnya untuk penghantaran tali sawat dalam tempoh sejam dalam sehari.

habitat by honestbee features the world's first robotic collection point (RoboCollect)
habitat by honestbee features the world's first robotic collection point (RoboCollect)

 

habitat by honestbee offers the world’s first cashless, automated checkout experience (AutoCheckout)
habitat by honestbee offers the world’s first cashless, automated checkout experience (AutoCheckout)

Peluang pertumbuhan untuk pasaran dan rakan kongsi makanan & minuman

Ekosistem dan perkongsian habitat by honestbee menjadikannya mudah dan lebih murah untuk para usahawan global dan rakan-rakan kongsi FMCG/F&B mewujudkan atau meluaskan kehadiran mereka secara dalam talian dan luar talian. Tanpa perlu komited terhadap kos teknologi dan operasi serta infrastruktur dan lekapan, rakan-rakan kongsi pasaran dapat menikmati penyepaduan dalam talian dan luar talian, logistik, pembayaran tanpa tunai, khidmat pelanggan dan data, membolehkan mereka menumpu untuk memberikan pengalaman menjamu selera dan membeli belah yang berkualiti dan unik.

"habitat by honestbee ialah lanjutan fizikal yang indah daripada jenama honestbee yang disukai oleh kita semua. Menerusi pelancaran ini, kami kini menyediakan kemudahan yang didayakan teknologi, nilai serta kualiti melalui makanan, secara dalam talian dan luar talian. Ia merupakan kombinasi unik pasar raya lengkap, penjual runcit khusus, destinasi menjamu selera dan gaya hidup yang interaktif. Dalam ruang yang direka teliti ini, seseorang boleh menjangkakan pengalaman makanan berbilang deria yang menyihatkan, mendidik dan mengilhamkan. Kami merekanya agar pelanggan boleh mendapatkan barangan runcit dan makanan mereka dengan cekap, di samping dapat berlengah-lengah dan menikmati pengalaman tersebut," kata Pauline Png, Naib Presiden & Pengarah Urusan, habitat by honestbee.

"Kami berasa teruja untuk membawakan konsep 'NewGen Retail' dari Singapura ini kepada lapan pasaran kami yang lain dan juga pasaran tambahan tidak lama lagi. Berpandukan minat kami terhadap makanan dan teknologi, kami akan terus menginovasikan penyelesaian O2O untuk meningkatkan kualiti dan nilai produk kami serta pengalaman runcit. Kami mengundang rakan-rakan kongsi dan para pelanggan progresif untuk menyertai kami dalam perjalanan ini!" kata Joel Sng, Ketua Pegawai Eksekutif, honestbee.

 

habitat by honestbee
Alamat:
34 Boon Leat Terrace, Singapura 119866
Facebook: habitat by honestbee
Instagram: @habitat_sg
Laman Sesawang: habitat.honestbee.sg
Untuk foto tambahan (Sila kredit semua foto kepada honestbee)

Latar Belakang honestbee
honestbee ialah pasaran terkemuka Asia yang menyediakan produk makanan segar berkualiti dan penghantaran makanan ke rumah. Ia bermula di Singapura (2015) dan kini berada di 16 bandar merentasi lapan negara iaitu Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Filipina, Malaysia, Indonesia dan Hong Kong. Dengan misi untuk menjadi perkhidmatan makanan paling pesat berkembang di Asia yang dikuasakan oleh komuniti dan teknologi, honestbee menyediakan logistik atas permintaan bertaraf dunia, peluang pekerjaan yang anjal serta jaringan kukuh melibatkan 12,000 rakan kongsi untuk menyediakan perkhidmatan yang inovatif.

Untuk pertanyaan media dan perkongsian:

press@honestbee.com, partnerships@honestbee.com


Asia PR Werkz

habitat by honestbee

Cik Julie Chiang

Cik Pauline Png                                

Hubungi: :+65 9009 5781

Emel: pauline.png@honestbee.com  

Emel: julie@asiaprwerkz.com 


 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181009/2262047-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181009/2262047-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181009/2262047-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181009/2262047-1-d
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181009/2262047-1LOGO
Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/video/20181009honestbee.mp4                

Source: honestbee Pte Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Mobile Entertainment Restaurants Retail Supermarkets Telecommunications Corporate Expansion New products/services