omniture

Herbalife Nutrition Sahkan Sokongan untuk Matlamat Pembangunan Lestari PBB sebagai Rakan Kongsi Korporat Forum Perniagaan Bertanggungjawab untuk Pembangunan Lestari 2018

Herbalife Asia Pacific
2018-10-17 18:25 1130

SINGAPURA, 17 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Sebagai sebuah syarikat yang tujuannya adalah untuk menjadikan dunia lebih sihat dan lebih bahagia, syarikat pemakanan global yang unggul, Herbalife Nutrition, telah dinamakan sebagai rakan kongsi korporat untuk Forum Perniagaan Bertanggungjawab untuk Pembangunan Lestari 2018, mengesahkan sokongannya terhadap Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG) buat tahun ketiga berturut-turut.  

Dianjurkan oleh Global Initiatives dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertempat di Marina Bay Sands, Singapura dari 11 hingga 12 Oktober, Forum ini menampilkan Ketua Hal Ehwal Kerajaan Herbalife Nutrition, Tod Gimbel, dalam dua perbincangan panel. Perbincangan panel pertama membincangkan tentang makanan dan pemakanan di mana Gimbel akan berkongsi tentang sumbangan syarikat ke arah UNSDG melalui jaringan Kelab Pemakanannya di seluruh dunia. Dalam perbincangan panel kedua berkenaan peranan perkongsian awam-swasta, beliau berkongsi tentang perkongsian yang dimeterai oleh Herbalife Nutrition demi membantu kemajuan industri kesihatan dan pemakanan dalam mencapai UNSDGs.

"Model perniagaan unik kami, tertumpu pada penglibatan akar umbi bertumpu-kesihatan-dan-pemakanan melalui jaringan Kelab Pemakanan kami, telah mendayakan pengguna di Asia Pasifik dan seluruh dunia untuk mendapat faedah daripada kuasa pemakanan yang positif dan pendidikan pemakanan. Ini bukan sekadar menyumbang kepada Peningkatan Kesihatan dan Kesejahteraan Global UNSDG, ia turut menyediakan pekerjaan dan peluang kepada orang ramai dari seluruh pelusuk dunia," kata Stephen Conchie, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan, Herbalife Nutrition Asia Pasifik.

Menerusi lebih 90,000 Kelab Pemakanan yang beroperasi di seluruh dunia, setiap Kelab Pemakanan yang dikendalikan di kawasan setempat bertindak sebagai perusahaan sosial, membolehkan akses mudah kepada produk kesihatan dan pemakanan melalui peruntukan bahagian sajian individu pada harga yang berpatutan untuk pengguna-pengguna tempatan. Menampilkan persekitaran yang selesa dan mesra di mana ahli-ahli berhimpun untuk berkongsi maklumat kesihatan umum, kesejahteraan dan pemakanan dalam suasana sosial, ahli-ahli Kelab Pemakanan turut dilatih untuk memperlengkapi pengguna dengan bimbingan pemakanan bagi membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bahagia melalui kombinasi pemakanan yang positif dan gaya hidup aktif yang sihat.

"Tatkala kami bergerak dengan pantas untuk menangani isu-isu kesihatan global yang penting termasuk peningkatan kadar obesiti dan populasi yang semakin meningkat usia secara kolektif, perkongsian awam-swasta akan menjadi semakin penting dalam memacu ke arah rantau Asia Pasifik yang lebih sihat. Oleh sebab ini, Herbalife Nutrition turut bekerjasama dengan kementerian-kementerian kesihatan dan pemegang-pemegang kepentingan yang lain di seluruh rantau bagi meningkatkan kesedaran awam secara kolektif terhadap isu-isu kesihatan zaman moden, di samping menerapkan tabiat gaya hidup yang positif demi mengubah gaya hidup pengguna ke arah yang lebih baik," kata Tod Gimbel, Naib Presiden, Hal Ehwal Kerajaan, Herbalife Nutrition Asia Pasifik.  

Latar Belakang Herbalife Nutrition

Herbalife Nutrition ialah sebuah syarikat pemakanan bertaraf global yang bertujuan untuk menjadikan dunia lebih sihat dan lebih bahagia. Syarikat telah melaksanakan misi untuk pemakanan - mengubah kehidupan orang ramai menerusi produk dan program pemakanan yang hebat - sejak tahun 1980. Bersama-sama ahli-ahli bebas Herbalife Nutrition, kami komited untuk menyediakan penyelesaian terhadap masalah pemakanan yang kurang sihat dan obesiti di seluruh dunia, populasi yang semakin tua, kos penjagaan kesihatan awam yang semakin meningkat dan kenaikan bilangan usahawan dalam semua peringkat umur. Herbalife Nutrition menawarkan produk yang berkualiti tinggi berasaskan sains yang kebanyakannya dihasilkan di kemudahan yang dikendalikan oleh Syarikat, bimbingan secara peribadi dengan ahli bebas Herbalife Nutrition, dan pendekatan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih aktif. 

Produk pemakanan bersasaran, pengurusan berat badan, tenaga dan kecergasan serta produk penjagaan diri Herbalife Nutrition disediakan secara eksklusif kepada dan melalui ahli-ahli bebasnya di lebih 90 negara.

Melalui usaha tanggungjawab sosial korporatnya, Herbalife Nutrition menyokong Herbalife Nutrition Foundation (HNF) dan program-program Casa Herbalife untuk membantu memberikan pemakanan yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukan. Herbalife Nutrition juga berbangga untuk menaja lebih 190 orang atlet, pasukan dan acara bertaraf dunia di seluruh dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy dan pelbagai pasukan Olimpik.  

Herbalife Nutrition mempunyai kira-kira 8,300 kakitangan di seluruh dunia dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih kira-kira US$4.4 bilion pada tahun 2017. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi Herbalife.com atau IAmHerbalife.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Herbalife Nutrition Asia Pasifik 
Daliea Mohamad-Liauw
Naib Presiden, Komunikasi Korporat, Asia Pasifik 
DID: +852 3589 2643
Emel: dalieal@herbalife.com

Source: Herbalife Asia Pacific
Keywords: Trade show news Future Events