HONG KONG, 22 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Pada 18 Oktober 2018, Schindler menganjurkan satu acara teknologi di Hong Kong untuk memperkenalkan penyelesaian IOT revolusioner yang bertujuan untuk memenuhi keperluan bandar ini terhadap mobiliti pintar. Schindler memberikan tetamunya dengan sedikit imbasan tentang semua yang dapat dicapai dengan memanfaatkan kuasa teknologi digital.
Meskipun sistem pengangkutan bangunan Hong Kong kini tersenarai sebagai salah satu yang terbaik di dunia, Rangka Tindakan Bandar Pintar Hong Kong menekankan bahawa lebih banyak pelaburan dalam inovasi serta teknologi diperlukan bagi memastikan bandar ini berhak mengekalkan statusnya sebagai Bandar Pintar bertaraf dunia.
Sejak 10 tahun lalu, Schindler telah berusaha untuk membangunkan platform digital yang akan menjayakan fungsi lif dan eskalator. Teknologi ini, dikenali sebagai Schindler Ahead, memanfaatkan platform IOT yang berkuasa untuk menganalisis data berasaskan awan pada waktu nyata, agar isu-isu yang berpotensi terjadi dapat dijangkakan dan diselesaikan sebelum ia berlaku. Ia turut menyediakan pengendali dan pengurus bangunan dengan laporan status pada waktu nyata serta aplikasi tersuai yang membolehkan mereka memeriksa prestasi operasi dan data komersial demi mengurus portfolio peralatan mereka dengan lebih baik.
Inovasi-inovasi daripada ekosistem rakan kongsi Schindler Ahead memastikan peralatan ini relevan untuk masa depan menerusi kemas kini Melalui Udara (OTA) secara tetap melalui Schindler Cloud. Menerusi kemas kini secara berterusan serta penggunaan teknologi-teknologi seperti tembok api, pengkapsulan program dan teknik penyulitan, Schindler Ahead mematuhi piawaian tertinggi bagi privasi data seperti ISO 2700X dan Institut Piawaian Kebangsaan bagi menjamin keselamatan data peralatan.
Seperti yang diterangkan oleh penceramah jemputan kami, Eric Pang, Timbalan Pengarah / Jabatan Perkhidmatan Perdagangan bagi Perkhidmatan Elektrik dan Mekanikal, "Dengan kemajuan dalam teknologi komunikasi, lif dan eskalator dapat dihubungkan kepada internet atau awan, lalu menjadi sebahagian daripada 'Internet Komunikasi Benda - IoT', seterusnya memungkinkannya untuk terus memantau status operasi peralatan. Dengan teknologi inovatif baru muncul seperti kecerdasan buatan (AI), data raya, pembelajaran mendalam dan sebagainya, prestasi serta kegagalan yang merencatkan perkhidmatan sepenuhnya dapat diramalkan dengan tepat, bagi membolehkan pembaikan atau penggantian dilakukan sebelum mengalami kerosakan."
Di samping itu, Schindler turut membangunkan penyelesaian akses pintar termasuk myPORT, perkhidmatan berasaskan telefon pintar unik yang menyediakan pengguna bangunan dengan tahap keselamatan yang lebih tinggi dan menawarkan transit diperibadikan yang lancar di dalam bangunan, selain sistem akses pengecaman wajah untuk kemudahan pergerakan yang lebih baik.
"Schindler Ahead merupakan pengubah rentak bagi industri kami. Ia memberi nilai intrinsik kepada pelanggan kami dengan masa hidup yang jauh lebih tinggi serta menyediakan maklumat terperinci waktu nyata kepada pemilik bangunan dan pengurus kemudahan daripada lif dan eskalator terhubung. Digandingkan dengan analitik termaju dan pembelajaran mesin, ia menawarkan kemudahan dan mencipta pengalaman penumpang yang unggul," kata Markus Staudenmann, Ketua Pegawai Eksekutif, Schindler Digital Group Limited.
Schindler Ahead dan inovasi-inovasi digital Schindler yang lain telahpun berjaya diguna pakai dalam pembangunan utama di seluruh dunia termasuk Hong Kong dan Singapura.
"Di Jardine Schindler, kami melihat Hong Kong sebagai hab inovasi dan pasaran utama untuk pendigitan. Sepanjang dekad lalu, teknologi-teknologi canggih Schindler telah membawakan penyelesaian bernilai kepada pelanggan kami. Pandangan hebat yang diperoleh daripada Schindler Ahead hari ini akan merevolusikan kualiti perkhidmatan dan mengoptimumkan prestasi peralatan. Menuju masa depan, inovasi-inovasi Schindler akan menjadi gerbang penting untuk membantu pelanggan kami meningkatkan pengalaman penyewa dan pengguna mereka tatkala mereka meluangkan lebih banyak masa merentasi landskap bandar," kata Jujudhan Jena, Ketua Pegawai Eksekutif Jardine Schindler Group.
Latar Belakang Schindler
Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1874, Schindler Group ialah penyedia utama bertaraf global untuk lif, eskalator dan perkhidmatan yang berkaitan. Penyelesaian mobiliti Schindler menggerakkan lebih satu bilion orang setiap hari di seluruh dunia. Di sebalik kejayaan syarikat berdirinya lebih 60,000 kakitangan di lebih 100 negara.
Latar Belakang Schindler Lifts (Hong Kong) Limited
Schindler Lifts (Hong Kong) Limited ditubuhkan pada tahun 1974. Syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Jardine Schindler Group, satu Usaha Sama antara Jardine Matheson, salah sebuah syarikat perdagangan paling utama di Asia dan Schindler Group of Switzerland, syarikat lif dan eskalator ulung di Eropah. Menerusi ibu pejabatnya yang terletak di Hong Kong, syarikat turut mereka bentuk, memasang, menyelenggara dan memodenkan sebarang jenis lif, eskalator mahupun pengangkut penumpang di Hong Kong dan Macau.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181018/2270695-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181018/2270695-1-b
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141111/8521406714LOGO