omniture

Tonton Bagaimana Hero Aksi Hollywood Berikan Mesin Pengorek Volvo Layanan Kem Latihan

Volvo Construction Equipment (Volvo CE) berganding bahu dengan bintang Sweden Dolph Lundgren tonjolkan daya ketahanan utama mesin pengorek dalam filem mini penuh dengan aksi lagak ngeri, Pump It Up.
Volvo CE
2018-10-24 18:31 806

GOTHENBURG, Sweden, Oct. 24, 2018  /PRNewswire/ -- Mendedahkan kekuatan, keserbabolehan dan kejuruteraan pintar di sebalik rangkaian penuh mesin pengorek Volvo CE, filem ini menguji batasan peralatan berat dalam kem latihan tentera yang mengujakan dan menghiburkan, diketuai oleh pengajar latihan kawad Dolph Lundgren. Bintang hebat tahun 1980-an di sebalik filem-filem termasuk Rocky IV, Universal Soldier dan The Expendables mendorong aksi lagak ngeri dalam tayangan sinematik manusia menentang mesin.

Dolph Lundgren leads the action in Volvo Construction Equipment’s Pump It Up – a new film showcasing the ultimate in excavator endurance
Dolph Lundgren leads the action in Volvo Construction Equipment’s Pump It Up – a new film showcasing the ultimate in excavator endurance

Klik di sini untuk menonton filem tersebut.

Dalam filem ini - satu sentuhan komedi terhadap filem-filem aksi yang menjadikan Dolph terkenal - satu barisan mesin pengorek Volvo dengan berat antara 1.5 hingga 95 tan diuji kebolehannya dalam lapangan serangan yang melelahkan.

Dalam beberapa aksi lagak ngeri luar biasa, mesin-mesin tersebut dilihat menarik Dolph Lundgren ke atas satu blok konkrit yang besar merentas lokasi padang pasir yang tidak diketahui, membalikkan tayar-tayar raksasa di landasan berlumpur dan terlibat dalam satu aksi menyentak mesin pengorek yang pertama seumpamanya di dunia – memenuhi pesanan terakhir filem bahawa ia sememangnya 'mesin pengorek yang bersedia untuk sebarang cabaran'. Kesemua ini diaturkan dalam rentak ikonik lagu hit 1989 'Pump up the Jam' oleh kumpulan muzik Belgium Technotronic.

Bill Law, Naib Presiden Kanan Komunikasi Korporat di Volvo CE, berkata: "Ini merupakan satu demonstrasi yang baik terhadap kefleksibelan dan kekuatan mesin pengorek kami, dari saiz kecil kepada amat besar. Hasilnya merupakan sebuah filem mini yang menggembirakan dengan impak Hollywood. Beberapa aksi lagak ngeri ini agak luar daripada kebiasaan, namun demikian kami ingin menjadi berani dan memberi cabaran kepada diri kami sendiri untuk menerobos lebih jauh. Mesin pengorek kami bekerja keras setiap hari di tapak-tapak pembinaan seluruh dunia, sesuatu yang pastinya memerlukan kuasa dan stamina, bersama-sama pengendali berkemahiran yang mengawalnya."

Dolph Lundgren pernah membintangi filem-filem utama terbitan Hollywood selama lebih 30 tahun dan kini menikmati peningkatan populariti hasil daripada peranan-peranan utama dalam filem-filem blokbuster Hollywood baharu, Creed II dan Aquaman, kedua-duanya bakal ditayangkan lewat tahun ini. Berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang kejuruteraan dan menerima biasiswa untuk universiti AS yang ternama, MIT, beliau merupakan padanan terbaik bagi menentang kepintaran dan kekuatan fizikal rangkaian mesin pengorek Volvo.

Beliau berkata: "Tugas ini barangkali merupakan peranan paling unik yang pernah saya terima. Sungguh mempesonakan apabila melihat mesin pengorek Volvo dan pengendali berkemahirannya melakukan pelbagai latihan fizikal - tanpa melibatkan sebarang aksi lagak ngeri filem. Jujurnya, saya merasakan ia sesuatu yang mustahil. Dilahirkan di Sweden, saya mempunyai hubungan yang lama dengan jenama Sweden yang klasik ini. Ketika zaman kanak-kanak, saya duduk di belakang di dalam Volvo bapa saya. Bagi saya, Volvo menonjolkan beberapa nilai Scandinavia yang hebat, seperti reka bentuk yang kemas, kualiti cemerlang dan keprihatinan sebenar terhadap alam sekitar. Saya benar-benar gembira kerana mendapat peluang ini untuk kami berganding bahu bersama-sama."

Hanya sebilangan kecil mesin bersifat serba boleh seperti mesin pengorek ini. Kempen ini menonjolkan kebolehan mesin pengorek Volvo dalam memberikan kuasa dan prestasi optimum untuk hampir sebarang tugasan. Meskipun aksi sentakan dan pemusingan tayar bukanlah aktiviti-aktiviti yang biasa dilihat setiap hari, aksi-aksi lagak ngeri ini sememangnya benar-benar asli dan dilakukan oleh ahli-ahli profesional dalam persekitaran yang selamat dan tertutup. Dalam dunia sebenar, rangkaian mesin Volvo boleh diharapkan untuk segala-galanya bermula dengan persediaan tapak, penggalian, pengorekan hinggalah kepada perobohan, pemuatan trak dan pemasangan paip.

Klik di sini untuk menonton dokumentari mini tentang filem ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.volvoce.com/pumpitup

Catatan untuk Editor:

Dengan sejarah bermula sejak 185 tahun lalu, Volvo CE ialah salah satu pengeluar produk dan perkhidmatan bertaraf global yang paling lama ditubuhkan untuk sektor pembinaan, pengorekan, pemprosesan sisa, perhutanan dan pengendalian bahan. Peralatan penting termasuklah mesin pengorek, pemuat roda dan pengangkut, selain jentera jalan raya. Dipasarkan di bawah jenama-jenama Volvo, SDLG dan Terex Trucks, produk dan perkhidmatan syarikat dijual dan disokong melalui jaringan pengedar global.

Video - https://www.youtube.com/watch?v=zGix74iuHQE

Source: Volvo CE
Keywords: Auto Construction/Building Entertainment Film & Motion Picture Transportation New products/services