omniture

ITW Consulting Bekerjasama Dengan Cricket South Africa untuk Sindikasi Komersial Liga MSL T20

ITW Consulting
2018-10-24 18:34 1201

BENGALURU, India, 24 Oktober 2018/PRNewswire/ --

~ Bakal urus perniagaan komersial dan jualan melalui hak-hak yang diambil alih oleh Global Sports Commerce   

ITW Consulting, syarikat pengurusan Sukan yang berpangkalan di India melalui Global Sports Commerce (GSC), memperoleh Hak-hak Lapangan, Penajaan dan Penerbitan Penyiaran daripada Cricket South Africa (CSA) untuk Liga Super Mzansi T20 (MSL T20), serta akan menjadi rakan kongsi Komersial dan Penyiaran Antarabangsa rasmi untuk lima tahun akan datang. Perjanjian ini bermula dari tahun 2018 hingga 2022. GSC telah membeli hak pemasaran dan perniagaan jualan komersial MSL T20 di India dan platform global selebihnya berserta pengendalian sindikasi komersial liga tersebut.

En. Thabang Moroe, Ketua Eksekutif CSA berkata, "Saya berasa amat berbesar hati untuk mengalu-alukan GSC & rakan-rakan sekutunya ke dalam pasukan kami sebagai satu lagi jenama global yang meletakkan kepercayaannya terhadap pentadbiran kami, tadbir urus kami dan pemain-pemain kami untuk suatu tempoh masa yang agak lama."

"Seperti yang ditunjukkan oleh namanya, GSC mempunyai kehadiran sukan global sebagai pengusaha utama dalam menganjurkan acara-acara sukan di seluruh dunia dan sudahpun mempunyai banyak pengalaman dalam sukan Afrika Selatan melalui pelaburan mereka dalam Megapro dan Megaview. GSC akan membantu kami dari segi kewangan dan kepakaran."

Mengulas tentang gabungan tersebut, M.S. Muralidharan, Ketua Pegawai Eksekutif, GSC berkata, "GSC berbesar hati dapat bergabung dengan MSL T20 yang dipromosikan oleh Cricket South Africa. Kami melihat hal ini sebagai aset Sukan Berjaya untuk Afrika sebagai Rakan Kongsi Komersial Antarabangsa Tunggal dan Eksklusif merentas Televisyen, Digital dan Tajaan Acara."

"GSC komited untuk menyediakan Peminat Kriket – Yang Di Stadium, Yang Dalam Perjalanan dan Di Sofa - dengan pengalaman visual yang tiada tandingan. Jenama-jenama yang bergabung dengan acara ini, dibawakan oleh cabang komersial ulungnya, ITW Consulting, akan memperoleh pulangan yang amat baik daripada pelaburan mereka."

Bhairav Shanth, Pengarah Urusan & Pengasas Bersama ITW Consulting, "Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada minat mendalam ITW terhadap hak-hak MSL T20 yang diambil alih oleh rakan kongsi kami GSC, adalah kerana ia mempunyai pengetahuan jualan yang mantap tentang negara Pelangi (Berbilang Bangsa), di samping turut memahami realiti pasaran di tempat berkenaan. Kami yakin untuk mengajak rakan-rakan kongsi jenama yang baik menjadi sebahagian daripada MSL T20 dan meraikan semangat permainan sebenar yang merupakan intipati kejohanan."


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
ITW Consulting
Karthik M Bhat
+91-9483101234
karthik@itwconsulting.in

Source: ITW Consulting
Keywords: Sports Acquisitions, mergers, takeovers