LAGOS, Nigeria, 1 November 2018 /PRNewswire/ -- Stesen televisyen Kristian raih pencapaian penting dengan lebih 1 juta pelanggan di Saluran YouTube
Emmanuel TV, stesen televisyen Kristian global, telah mencecah bilangan pelanggan sebanyak lebih 1 juta melalui saluran YouTube dan meraih lebih 387 juta tontonan, seraya menjadikannya saluran pengajaran agama Kristian yang paling banyak ditonton, bukan sekadar menumpu semata-mata pada progam muzik, melalui platform tersebut.
Dengan penonton dari seluas Kepulauan Caribbean hinggalah ke Pasifik Selatan, Emmanuel TV telah menarik pelbagai penonton di Afrika, Asia, Australia, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Program-programnya disediakan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Portugis; dan setiap bahasa ini mempunyai saluran YouTube masing-masing dengan jumlah yang banyak secara kolektifnya menghasilkan lebih 1.4 juta pelanggan dan lebih 500 juta tontonan.
Saluran Kristian global mempunyai perkhidmatan penstriman yang semakin berkembang, disediakan melalui satelit dan dalam talian.
Emmanuel TV terkenal kerana sembahyang hari Ahad yang dipancarkan secara langsung pada setiap minggu dari ibu pejabatnya; namun ia turut menyiarkan pelbagai program Kristian lain seperti Standard for Life, Prayer for Viewers, World Prophecies, Changing Lives Interviews, Christian Cartoon Series for Children, Musical Renditions from Emmanuel TV Singers dan banyak lagi. Selain itu, Emmanuel TV merakamkan dan menyiarkan dokumentari-dokumentari mencakupi pelbagai isu kemasyarakatan termasuk topik-topik berhubung migrasi dan pengusiran; pengangguran dan pendidikan; warga asing yang terkandas dan berusaha untuk kembali ke negara asal mereka; serta kisah hidup orang usiran Nigeria dari Libya.
Selain program televisyen untuk penonton di seluruh dunia, cabang kemanusiaan Emmanuel TV menyediakan bantuan kebajikan kepada penjara, pusat rehabilitasi dan mangsa banjir dari seluruh dunia – di bawah ungkapan penarik "Straight Outta Emmanuel TV".
Program Emmanuel TV adalah berdasarkan tiga prinsip: Mengubah Kehidupan, Mengubah Negara dan Mengubah Dunia.
Latar Belakang Emmanuel TV
Emmanuel TV dilancarkan pada 8 Mac 2006 oleh T.B. Joshua - pengasas The Synagogue, Church Of All Nations dan Penerbit Eksekutif Emmanuel TV.