omniture

Qatar Foundation Sambut Era Baharu Penjagaan Kesihatan Menerusi Pengenalan Rasmi Sidra Medicine

Sidra Medicine
2018-11-13 20:16 518

DOHA, Qatar, 13 November 2018 /PRNewswire/ --

Yang Maha Mulia Sheikha Moza bint Nasser, Pengerusi Qatar Foundation (QF), hari ini secara rasminya memperkenalkan Sidra Medicine - sebuah hospital wanita dan kanak-kanak serba baharu yang utama di dunia di Qatar. Pembukaan besar-besaran ini memperlihatkan tumpuan dan komitmen lebih luas negara untuk mengubah penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk penduduk negara, selain pesakit-pesakit serantau dan antarabangsa.

generated by system

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8445051-qatar-foundation-inauguration-of-sidra/  

Salah satu pembangunan hospital lapangan hijau paling bercita-cita tinggi seumpamanya, Sidra Medicine menonjolkan visi Yang Maha Mulia Sheikha Moza bint Nasser untuk membangunkan pusat perubatan akademik yang terkemuka di rantau ini dan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan pada piawaian global tertinggi untuk warga Qatar dan seluruh dunia. Kemudahan berteknologi tinggi ini terletak dalam sebuah bangunan menarik yang direka oleh arkitek yang ternama di dunia, Cesar Pelli. Lebih 4,000 kakitangan klinikal dan sokongan yang amat terlatih mewakili lebih 95 negara tertarik dengan visi bercita-cita tinggi hospital untuk menjaga wanita, kanak-kanak dan golongan muda.

Mengulas tentang majlis perasmian, Peter Morris, Ketua Pegawai Eksekutif Sidra Medicine berkata: "Visi Sidra Medicine adalah untuk menjadi mercu pembelajaran, penemuan dan penjagaan luar biasa. Di bawah kepimpinan Yang Maha Mulia Sheikha Moza bint Nasser, kami telah mencapai kemajuan hebat dalam tempoh yang singkat dan menyediakan asas kukuh demi kejayaan masa depan kami. Di Sidra Medicine kami mempunyai para doktor dan saintis yang berdaya saing secara global yang berganding bahu dalam kampus tunggal yang mempunyai peralatan dan teknologi canggih menerusi hospital baharu yang mengagumkan."

Dengan adanya akses kepada teknologi utama bermula dengan MRI intraoperatif dan sistem pembedahan terbantu robotik, pakar-pakar di Sidra Medicine menumpu untuk merawat pelbagai keadaan yang amat rumit dan mencabar. Beberapa perkhidmatan pakar kanak-kanak terdiri daripada kardiologi, neurologi, urologi dan pembentukan semula plastik dan kraniofasial.

Hospital ini akan menangani keperluan yang semakin meningkat terhadap penjagaan pakar kanak-kanak dan materniti dengan menawarkan perkhidmatan yang sebelum ini tidak terdapat di Qatar dan untuk banyak kes di rantau MENA yang lebih luas. Ia turut merintis penyelidikan bioperubatan utama yang berpotensi untuk menyokong rawatan yang amat diperibadikan dan bersasaran untuk penyakit-penyakit tertentu melalui jalinan kerjasama dengan Qatar Biobank dan Qatar Genome Programme (QGP). QGP, anggota QF, ialah satu projek berasaskan populasi yang bercita-cita tinggi, direka untuk menghasilkan penjujukan genom dan data molekular tentang penduduk Qatar dan menghubungkannya dengan sistem rekod perubatan elektronik negara dengan sokongan perubatan peribadi.

Antara banyak keutamaan penyelidikan yang lain, Sidra Medicine menumpu untuk membangunkan data epidemiologi yang terperinci bagi memahami diagnosis biokimia dan molekular diabetes kanak-kanak di Qatar. Usaha-usaha untuk membangunkan data bank yang tepat bagi menunjukkan punca-punca diabetes untuk seluruh populasi pediatrik sedang dilakukan, dengan tujuan untuk menyesuaikan rawatan kepada setiap kanak-kanak yang menerima rawatan di Sidra Medicine.

Hubungi
Farhana Habib
Perhubungan Awam
t. +974-4404-2176
m. +974-7478-4648
fcoelho@sidra.org

Source: Sidra Medicine
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Children-related news New products/services Women-related news