omniture

Khazanah Krismas @Harbour City

Harbour City
2018-11-19 08:30 1443

HONG KONG, 19 November 2018  /PRNewswire/ -- Pertunjukan lampu Krismas luar tahunan oleh Harbour City ialah salah satu tarikan yang tidak boleh dilepaskan di Hong Kong. Tema tahun ini digelar "Khazanah Krismas" dan mengubah Harbour City menjadi "bandar khazanah" melalui siri-siri tempat foto perayaan dan aktiviti-aktiviti, bertujuan untuk membolehkan pengunjung mencipta kenangan Krismas yang tidak dapat dilupakan.

The World's largest video kaleidoscope
The World's largest video kaleidoscope

 

Harbour City Christmas Treasures
Harbour City Christmas Treasures

 

Harbour City Christmas Lighting Ceremony
Harbour City Christmas Lighting Ceremony

Acara kemuncak tahun ini ialah pelancaran kaleidoskop video terbesar dunia. Para pengunjung dapat berjalan melalui kaleidoskop berukuran 16 meter panjang, 4.5 meter tinggi dan 4.5 meter lebar, melihat pemandangan bertema Krismas yang dinamik seperti emping salji, pokok Krismas, terowong bintang dan pelangi yang dibiaskan melalui cermin segitiga dan dinding skrin LED. Dengan hanya menderma kepada "Yayasan Kanser Darah Hong Kong", anda boleh mengunjungi tempat foto yang mesra "swafoto" dan video ini.

Tarikh  14/11/2018 - 1/1/2019
Masa
  12 tengah hari - 9 malam 
Tempat Pendaftaran
  Tingkat 3, Ocean Terminal, Harbour City 
Masa Setiap Sesi
  Sekitar 10 minit
Kaedah Penebusan Pas: Sumbangan sebanyak HK$50

Selain itu, anda akan dapat menemui Pokok Krimas setinggi 60 kaki yang terbesar seumpamanya dan "Jambatan Mangga Cinta Krismas" 40 meter panjang di perkarangan terminal Ocean. Pelanggan-pelanggan boleh memilih warna kegemaran Mangga Cinta (tanpa kunci) mereka yang mewakili hajat-hajat berbeza dan memangganya pada pagar jambatan untuk membuat permintaan dengan sumbangan sebanyak HK$20. Pejabat Pos istimewa untuk perayaan "Xmas Post" & "Santa Studio" turut dibuka di bawah Jambatan tersebut dengan peti surat besar dan banyak poskad unik di sekitar pemandangan Krismas tersebut. 
Tarikh16/11/2018 - 1/1/2019
Masa
12 tengah hari - 9 malam 

Pertunjukan Cahaya Muzik Perayaan
Hampir 200,000 lampu LED meliputi seluruh Jambatan Krismas, pokok Krismas gergasi dan pemasangan perayaan lain bagi mencipta kesan pencahayaan menakjubkan yang berbeza. Lebih daripada itu, susunan muzik asli telah digubah untuk pertunjukan cahaya tersebut bagi memadankan dengan warna-warna berbeza dalam pemandangan romantis. Pertunjukan multimedia ini menerangi pelabuhan tersebut dengan cahaya berwarna warni dan akan memaparkan vista malam yang bertenaga dan penuh glamor di Harbour City.
Tarikh16/11/2018 - 1/1/2019 
Masa
6 petang - 10 malam (Setiap sesi bermula pada setiap sejam setengah)

Pencipta Kegembiraan Krismas
Harbour City turut mengundang pasangan pereka England, Miller Goodman untuk mencipta hiasan yang meriah dan rancak diinspirasikan oleh kisah klasik, "The Nutcracker". Ia mengubah atrium pusat beli belah tersebut menjadi suasana cerita yang interaktif dan membuatkan anda berasa seperti sebahagian daripada penceritaan tersebut.
Tarikh30/11/2018 - 1/1/2019
Masa
10 pagi - 10 malam 
Tempat: Gateway Arcade II & Lobi Ocean Terminal

Video Youtube: https://youtu.be/o9q6MbBLRj4 
Foto-foto tambahan: https://www.dropbox.com/sh/l9yzm8pkv7f6m2g/AAC_EBHdtCkw02J8obUOLmNna?dl=0

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181116/2302628-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181116/2302628-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181116/2302628-1-c
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404095LOGO

Source: Harbour City
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Music Retail Travel