omniture

WebNMS dan Cyient Jalin Kerjasama Bawakan Pusat Operasi Menara (TOC) Didayakan IoT Inovatif

WebNMS
2018-11-19 11:34 299

HYDERABAD dan CHENNAI, India, 19 November 2018/PRNewswire/ --

WebNMS (bahagian IoT Zoho Corp.),  penyedia utama bagi platform dan penyelesaian IoT Perusahaan, hari ini mengumumkan perkongsian penyepaduan sistem strategik mereka dengan Cyient, penyedia global bagi penyelesaian kejuruteraan, pembuatan, geospatial, digital, rangkaian dan pengurusan operasi kepada pemimpin-pemimpin industri global.

Kolaborasi ini menghimpunkan platform Internet Komunikasi Benda (IoT) WebNMS yang boleh diskala dan berprestasi tinggi dan kepakaran Cyient dalam pengurusan rangkaian dan operasi bagi mendayakan operasi yang cekap terhadap pelbagai menara sel dari satu lokasi. Cyient telah menjalankan operasi TOC berasaskan IoT di ibu pejabat mereka di Hyderabad bagi menyediakan pengawasan sepanjang masa dan pemantauan jarak jauh terhadap semua unsur rangkaian pasif di tapak sel.

Penyelesaian TOC Cyient menggunakan platform IoT WebNMS akan membantu syarikat-syarikat pengurusan menara mengoptimumkan penggunaan aset mereka, mengurangkan kos sumber, meningkatkan kecekapan pengendalian dengan memantau secara berkesan gangguan kuasa dan akan meningkatkan keselamatan tapak dengan ketara.

"IoT sedang mengubah dinamik perniagaan dalam setiap industri. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Cyient dalam IoT bagi mendayakan Penyelesaian TOC mereka yang mengurus aset-aset infrastruktur menara yang teragih secara meluas dengan memanfaatkan keupayaan Platform kami. Di WebNMS, kami komited untuk mendayakan rakan-rakan kongsi kami bagi merungkai nilai IoT dan menawarkan penyelesaian inovatif yang membawa transformasi digital kepada perniagaan pelanggan mereka," kata Karen Ravindranath, Pengarah - IoT WebNMS.

"Kepakaran domain mendalan Cyient dalam pengurusan kitaran hayat infrastruktur telekomunikasi digabungkan dengan teknologi IoT WebNMS akan membantu meningkatkan kecekapan pengendalian untuk perniagaan pelanggan kami dengan mengesan dan mengurus aset-aset infrastruktur mereka dengan lebih cekap," kata Sanjay Krishnaa, Naib Presiden Kanan, Komunikasi dan Presiden Asia Pasifik di Cyient.

Latar Belakang WebNMS:  

WebNMS (bahagian IoT Zoho Corp.), ialah penyedia utama bagi platform & penyelesaian IoT perusahaan yang memaksimumkan potensi infrastruktur perniagaan terhubung. Platform IoT WebNMS direka untuk menyediakan rangka kerja boleh diskala dan selamat untuk pengingesan data, pengagregatan, pengurusan peranti, visualisasi data dan pelaporan seraya menggalakkan kecekapan pembangun, mengurangkan kos dan tempoh untuk dipasarkan. WebNMS menyediakan ekosistem IoT melalui rakan-rakan kongsi salurannya: SI, pembangun, penjual semula, sensor & pengeluar get laluan. WebNMS turut menawarkan penyelesaian IoT yang sedia digunakan untuk Pengurusan Tenaga, Pengurusan Aset Jarak Jauh dan Pengurusan Flit.

Latar Belakang Cyient:  

Cyient (Estd: 1991) (NSE: CYIENT) menyediakan penyelesaian kejuruteraan, pembuatan, geospatial, digital, rangkaian dan pengurusan operasi kepada pemimpin-pemimpin industri global. Cyient memanfaatkan kuasa teknologi digital dan keupayaan analitik termaju, berserta pengetahuan domain dan kepakaran teknikal, bagi menyelesaikan masalah perniagaan yang rumit. Sebagai rakan kongsi Reka, Bina dan Kekal, Cyient memegang pemilikan penyelesaian merentas rantaian nilai bagi membantu pelanggan menumpu pada matlamat teras, menginovasi dan sentiasa berada di hadapan keluk perubahan.

Hubungan membentuk asas bagaimana Cyient berfungsi. Dengan hampir 15,000 kakitangan di 21 negara, Cyient bekerjasama dengan pelanggan untuk beroperasi sebagai sebahagian daripada pasukan lanjutan mereka, dengan cara yang paling sesuai dengan budaya dan keperluan organisasi mereka. Tumpuan industri Cyient termasuk aeroangkasa dan pertahanan, perubatan, telekomunikasi, pengangkutan rel, semikonduktor, utiliti, perindustrian, tenaga dan sumber asli.

Perhubungan Media:
Sangeeta Priyadarshini
sangeeta.nk@zohocorp.com
+91-9176420297

Source: WebNMS
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements