omniture

Michel Orsinger Sandang Peranan Pengerusi Lembaga Penasihat LimaCorporate

Limacorporate S.p.A.
2018-11-19 22:51 295

SAN DANIELE DEL FRIULI, Itali, 19 November 2018 /PRNewswire/ --

LimaCorporate dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Michel Orsinger, Ahli Lembaga bagi Lembaga Penasihat LimaCorporate, akan menyandang peranan Pengerusi Lembaga. Michel menyertai Lembaga Penasihat pada pertengahan tahun 2017 susulan kerjaya global yang panjang dan berjaya dalam bidang Ortopedik.

Michel Orsinger menyandang jawatan Pengerusi Seluruh Dunia DePuy Synthes Companies di Johnson & Johnson ("J&J") dari tahun 2012 hingga 2015, yang mana beliau juga merupakan ahli Pasukan Pengurusan Global J&J. Michel menyertai J&J berikutan jualan Synthes Inc. pada nilai $20 bilion pada tahun 2012.  Seterusnya, Michel menubuhkan syarikat ortopedik yang paling besar dan paling komprehensif di dunia. Sebelum peranan kepimpinan beliau di J&J, Michel Orsinger merupakan Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Eksekutif Synthes Inc. selama lapan tahun dan menghabiskan masa selama 11 tahun bersama Novartis.

Hari ini, Michel ialah pelabur serta ahli lembaga bagi beberapa syarikat baharu, Pengerusi Dana Modal Usaha Niaga dan penasihat kanan EQT. Beliau turut menyertai Lembaga syarikat farmaseutikal Takeda pada tahun 2016.

Valentin Chapero, yang menyandang jawatan Pengerusi Lembaga dari tahun 2016, menyumbang pada penumpuan proposisi nilai strategik LimaCorporate dari segi pendekatan pasaran, portfolio produk dan teknologi teras. Beliau menggalakkan kecemerlangan pengendalian melalui penyelarasan proses perniagaan selain memberi hala tuju untuk meluaskan aktiviti-aktiviti M&A LimaCorporate. Valentin turut mempengaruhi penyusunan semula negara yang penting, menyediakan organisasi berfokus pelanggan dalam pasaran langsung LimaCorporate. Kini Michel akan meneruskan usaha Valentin dengan memanfaatkan pengalaman kepimpinan global beliau, kepakaran Ortopedik dan jaringan industri yang luas.

"Michel Orsinger akan membawa LimaCorporate ke tahap seterusnya sebagaimana yang ditunjukkan oleh beliau dalam banyak syarikat lain. Beliau merupakan veteran berkualiti dalam industri kami dengan rekod pencapaian kejayaan kukuh yang akan membolehkan beliau dan Lembaga Penasihat menyokong pembangunan LimaCorporate, termasuk untuk mendorong agenda digital kami yang baru-baru ini dipercepatkan dengan pemerolehan berasaskan pencapaian TechMah Medical LLC. Saya berharap dapat berkolaborasi dengan erat bersama Michel dan saya ingin mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada Valentin atas dedikasi beliau dan kepimpinan yang dibawa oleh beliau ke dalam LimaCorporate," kata Luigi Ferrari, Ketua Pegawai Eksekutif LimaCorporate.

Latar Belakang LimaCorporate 
LimaCorporate ialah sebuah syarikat peralatan perubatan global yang menyediakan penyelesaian Ortopedik rekonstruktif dan tempahan khas kepada pakar-pakar bedah yang berdepan dengan cabaran untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit-pesakit mereka. Berpangkalan di Itali, LimaCorporate komited terhadap pembangunan produk dan prosedur yang inovatif bagi membolehkan pakar-pakar bedah memilih penyelesaian ideal untuk setiap pesakit. Rangkaian produk LimaCorporate termasuk implan ulangan dan implan utama sendi besar serta penyelesaian tangan dan kaki lengkap termasuk fiksasi.

Source: Limacorporate S.p.A.
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Personnel announcements