omniture

Telefon Pintar Realme Kini Tersedia di 500 Kedai Sah Seluruh Malaysia

Realme
2018-11-26 09:39 1174
  • Realme perkenal telefon pintar, bergaya dan mesra poket secara langsung kepada pelanggan bermula pada 24 November 2018 melalui 500 kedai sah yang terletak di seluruh Malaysia
  • Hasil jualan dalam talian dengan kejayaan berterusan dorong langkah perniagaan Realme yang seterusnya di Malaysia

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 November 2018 / PRNewswire / - Realme, jenama telefon pintar muda yang menggemparkan sejak dilancarkan di Malaysia awal bulan ini, hari ini mengumumkan ketersediaan telefon pintarnya di pelbagai pengedar di negara ini. Mulai 24 November 2018, peminat yang tidak sabar menantikannya akan dapat melihat telefon Realm di pengedar terpilih seperti Direct D, Mobile To Go, Seven Mobile, One digital store, Fix Express dan banyak peruncit lain. Mereka ialah sebahagian daripada 500 peruncit yang akan menawarkan telefon pintar ini di dalam kedai di seluruh Malaysia.

500 authorised Realme stores across Malaysia
500 authorised Realme stores across Malaysia

 

500 authorised stores across Malaysia
500 authorised stores across Malaysia

Bercakap tentang kejayaan Realme yang sudah pastinya menjurus kepada penjualan luar talian yang dinanti-nantikan, Tiffany Teh, Pengurus Jenama Realme Malaysia, berkata, "Kami sangat gembira kerana akhirnya dapat meluaskan jangkauan kami di Malaysia melalui kerjasama dengan para pengedar ini. Selain menyediakan telefon pintar yang terbaik dalam kelasnya, kami meningkatkan pengalaman pengguna dengan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyentuh dan merasakan produk kami sebelum membuat keputusan pembelian. Ini selaras dengan matlamat kami untuk menyediakan telefon pintar yang diperlukan oleh belia yang membantu mereka dalam kehidupan seharian."

Menurut McKinsey dan Nielsen, revolusi belanja digital menawarkan peluang baharu untuk kedai fizikal dan peruncit.[1] Realme memahami bahawa perlu ada keseimbangan pada kedua-duanya dan itulah sebabnya jenama ini telah memutuskan untuk mengambil pendekatan bersepadu untuk memacu jualan di kedua-dua platform sambil memberikan pengalaman yang menarik untuk pengguna tanpa mengira sama ada mereka membeli di kedai atau dalam talian.

"Berganding dengan gergasi e-dagang terkemuka di Malaysia - Shopee dan Lazada - telah membolehkan kami berevolusi dan menetapkan jejak yang kukuh di negara ini, dan pencapaian kami setakat ini jelas menunjukkan kekukuhan jejak kami. Kami gembira untuk menyediakan pelanggan kami dengan pengalaman untuk menguji produk kami di luar talian. Platform jualan dalam talian dan luar talian hanyalah saluran sahaja. Apa yang paling penting ialah produk berkualiti terbaik yang boleh kami berikan kepada para pelanggan. Realme bertujuan untuk sentiasa menyediakan belia Malaysia dengan telefon pintar yang menggabungkan prestasi yang kukuh dan reka bentuk yang bergaya," tambah Tiffany.

Pada Ahad lepas, pra-pesanan produk Realme telah mencapai lebih daripada 1,000 unit. Ini merupakan petanda jelas tentang minat dalam telefon pintar Realme.

Realme products
Realme products

Telefon pintar Realme yang berikut akan tersedia di 500 kedai sah di seluruh Malaysia, dengan harga berikut:

Realme 2 Pro :

  • 4GB RAM + 64GB ROM – RM 849
  • 6GB RAM + 64GB ROM – RM 949
  • 8GB RAM + 128GB ROM – RM 1,099

Realme 2 

  • 3GB RAM + 32GB ROM – RM 599
  • 4GB RAM + 64GB ROM – RM 699

Realme C1 :

  • 2GB RAM + 16GB ROM – RM 449

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Realme dan telefon pintar rintis mereka, sila lawati https://www.realme.com/my/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181123/2308030-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181123/2308030-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181123/2308030-1-c

 

 

Source: Realme
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications