omniture

LONGi Solar dipilih pengeluar Modul Tahap-1 bagi Suku Keempat-Laporan Kewangan Tenaga Baharu Bloomberg 2018 pada 30 November 2018

LONGi Solar
2018-12-02 23:47 1228
  • LONGi dalam kumpulan terpilih kalangan Pengeluar PV penuhi kriteria Tahap 1 BNEF
  • DNV-GL iktiraf LONGi sebagai "Pelaksana Utama" dalam Kad Mata keandalan Modul PV 2018
  • LONGi tersenarai sebagai pengeluar PV dengan kewangan paling stabil di Asia, tempat kedua peringkat dunia.

Xi'AN, China, 2 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Kriteria Bloomberg NEF memerlukan pengeluar-pengeluar modul Tahap 1 untuk membekalkan jenama mereka sendiri, produk yang dikilangkan sendiri kepada enam projek berbeza, yang melebihi 1.5MW dan dibiayai oleh enam bank berbeza sejak 2 tahun lalu. Tambahan pula, pengeluar-pengeluar di China, India dan Turki tertakluk kepada peraturan yang lebih ketat yang memerlukan projek tersebut menjadi projek bukan rekursa, bermakna bank mengambil risiko sekiranya modul tersebut gagal. LONGi memenuhi semua kriteria dan yang kelima berada dalam senarai tersebut dari segi kapasiti pengeluaran dalaman.

Projek PV LONGi Solar
Projek PV LONGi Solar

"Kami berbesar hati, namun pastinya tidak terkejut apabila terpilih sebagai pembekal Tahap-1 BNEF," kata Li Wenxue, Presiden LONGi Solar. "Sentiasa memenuhi dan melangkaui keperluan kebolehterimaan bank untuk pelbagai pelabur ialah satu kemestian untuk mana-mana pengeluar yang serius, khususnya tatkala LONGi berhasrat untuk terus memajukan capaian antarabangsanya."

Laporan tersebut turut mengemas kini nisbah Altman-Z bagi pengeluar-pengeluar modul solar yang mengukur tahap keselamatan kewangan syarikat. Ujian ini meramalkan kebarangkalian pengeluar untuk muflis dalam tempoh dua tahun akan datang. LONGi tersenarai sebagai syarikat paling terjamin di Asia dan berada di tempat kedua dalam kalangan semua pengeluar PV seluruh dunia.

Biarpun Tahap 1 BNEF dan Altman-Z merupakan penunjuk kukuh kebolehterimaan bank oleh pihak pengeluar, kualiti dan keandalan memerlukan ukuran berbeza. Dalam Laporan Kad Mata Keandalan Modul PV 2018 tahunan keempatnya, DNV GL, menamakan LONGi Solar sebagai "Pelaksana Utama" bagi keandalan modul. Penganugerahan oleh DNV GL itu adalah berdasarkan 4 ujian makmal keandalan modul PV yang ketat, yang terdiri daripada kitaran terma, haba lembap, beban mekanikal dinamik dan degradasi teraruh berpotensi. LONGi Solar menerima gelaran "Pelaksana Utama" dalam keempat-empat kategori ujian.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181130/2314149-1
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2292512-1-LOGO

Source: LONGi Solar
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities