HANGZHOU, China, 13 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Hikvision, penyedia terkemuka di dunia bagi produk dan penyelesaian keselamatan yang inovatif, bekerjasama dengan Green River, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di China yang mempromosi dan menganjurkan aktiviti-aktiviti perlindungan terhadap alam sekitar, bagi melindungi angsa berkepala jalur, salah satu burung yang terbang paling tinggi di dunia.
Sumber Sungai Yangtze dan Tasik Bender di China Barat ialah habitat beraltitud tinggi semula jadi untuk angsa berkepala jalur liar. Meskipun kawasan ini merupakan "kawasan tiada manusia" pada ketinggian 4,700 meter di atas paras laut, ia berfungsi sebagai tempat perlindungan untuk spesies-spesies haiwan yang jarang dilihat. Diancam oleh pemburu dan pencuri telur, bilangan angsa berkepala jalur di kawasan ini pernah menurun kepada kira-kira 1,000 ekor. Pada tahun 2012, Green River melancarkan programnya untuk memantau dan melindungi angsa berkepala jalur, menerusi langkah pemantauan dan perlindungan tanpa henti terhadap burung-burung dan persekitaran setempat.
Awal tahun ini, Green River mula menggunakan kamera keselamatan Hikvision untuk memantau dan melindungi angsa berkepala jalur. Berpuluh-puluh tempat pemerhatian burung diwujudkan bagi melaksanakan penyelesaian pemantauan 24/7 dalam semua keadaan cuaca, di kawasan asali beraltitud tinggi. Hikvision menyediakan teknologi video yang dapat mengurangkan keperluan untuk meronda secara manual yang konvensional selain kesan negatif berkaitan melibatkan aktiviti-aktiviti manusia terhadap habitat burung. Green River menggunakan peralatan Hikvision untuk menstrim video langsung berdefinisi tinggi kepada penonton dalam talian, demi meningkatkan kesedaran tentang keperluan untuk melindungi semua jenis hidupan liar termasuk angsa berkepala jalur.
Pada 6 Disember 2018, Green River dan Hikvision menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) untuk meneruskan kolaborasi mereka pada tahun 2019. Hikvision akan membangunkan kamera video tersuai untuk digunakan di habitat angsa berkepala jalur beraltitud tinggi. Syarikat akan terus menyokong Green River menggunakan pemprosesan imej canggih, teknologi storan dan transmisi data, demi memastikan agar organisasi ini dapat mengumpul dan memproses data hidupan liar dengan cekap. Semua ini bertujuan untuk menjamin kepelbagaian bio dan kelestarian di kawasan sumber Sungai Yangtze.
"Kebajikan awam dan perlindungan terhadap alam sekitar mendapat manfaat daripada aplikasi berteknologi tinggi dari seluruh dunia. Khususnya, teknologi video amat membantu usaha-usaha perlindungan haiwan liar. Selain itu, Hikvision mempunyai alatan selain kesediaan untuk membantu," kata Yang Xin, pengasas dan presiden Green River. "Penandatanganan MoU ini hanyalah satu permulaan. Pada masa depan, kami akan berkolaborasi untuk menggalakkan penyelidikan dan pemuliharaan serta menggunakan teknologi-teknologi baharu bagi menonjolkan keindahan kepelbagaian bio."
Hikvision paling dikenali sebagai penyedia peralatan keselamatan yang digunakan untuk menjamin perniagaan, komuniti dan keluarga. Walau bagaimanapun, seperti yang dibuktikan oleh kolaborasinya dengan Green River, peralatan keselamatan Hikvision juga dapat digunakan untuk melindungi alam semula jadi kita. Dengan mengetahui bahawa teknologi video Hikvision telahpun digunakan dalam beberapa projek perlindungan alam sekitar, naib presiden kanan Hikvision Cai Changyang berkata bahawa syarikat berasa sukacita untuk menggalakkan perlindungan dan pemeliharaan terhadap alam sekitar.
"Sejak beberapa tahun lalu, Hikvision telah mengumpul pengalaman berharga dan kepakaran teknikal dalam perlindungan alam sekitar menerusi teknologi video. Kami telah terlibat dalam program-program perlindungan unuk panda, harimau Siberia dan kini angsa berkepala jalur. Namun demikian, masih jauh perjalanan yang perlu ditempuhi," kata Cai Changyang. "Dan kami akan terus meneroka teknologi-teknologi baharu pada masa depan untuk membuat sumbangan kami sendiri terhadap pembangunan lestari dunia ini."
Sila tonton video tentang perlindungan terhadap angsa berkepala jalur, berjudul "Let the world see more hope of life".
Latar Belakang Hikvision
Hikvision ialah penyedia terkemuka dunia bagi produk dan penyelesaian pengawasan video yang inovatif. Mempunyai tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) paling mantap dalam industri, Hikvision memajukan teknologi-teknologi teras pengekodan audio dan video, pemprosesan imej video dan storan data berkaitan, serta teknologi-teknologi berpandangan jauh seperti pengkomputeran awan, data raya dan pembelajaran mendalam. Selain industri pengawasan video, Hikvision meluaskan capaiannya kepada teknologi kediaman pintar, pengautomatan industri dan industri-industri elektronik automotif demi mencapai visi jangka panjangnya. Sentiasa berusaha mencipta nilai untuk pelanggannya, Hikvision mengendalikan 38 subsidiari serantau di seluruh dunia bagi mencapai kehadiran global yang sebenar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181211/2323298-1