omniture

Ayla Networks Tambah Keupayaan IoT Selular Berkuasa Rendah Baharu kepada Platform Pengurusan Peranti IoT dan Pendayaan Aplikasinya

Pengendali selular Asia utama APT pilih Ayla Networks untuk bangunkan aplikasi IoT baharu
Ayla Netwroks
2018-12-13 21:37 1971

SANTA CLARA, California, 13 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Ayla Networks, yang mana platform-sebagai-satu-perkhidmatan (PaaS) Internet Komunikasi Benda (IoT) daripadanya menyediakan pengurusan peranti dan pendayaan aplikasi yang utama dalam industri, hari ini mengumumkan set keupayaan baharu untuk platform IoT yang menjadikannya lebih mudah dan lebih berpatutan untuk membangunkan penyelesaian IoT yang dapat beroperasi melalui sebarang protokol selular, termasuk rangkaian kawasan luas berkuasa rendah (LPWAN) seperti Cat-M1 dan NB-IoT.

Ayla Networks melancarkan:

·   Empat ejen dan modul peranti baharu untuk membenamkan ketersambungan selular pada peranti pinggir: ejen selular Linux; ejen mudah bawa selular; modul pengeluaran LPWAN selular menggunakan perkakasan SimCom dan Quectel; serta kolaborasi kit pembangunan perisian (SDK) IoT selular Qualcomm

·   Pengurusan awan IoT dipertingkat melalui rangkaian selular, dimanfaatkan oleh Asia Pacific Telecom (APT) untuk projek-projek NB-IoT rantau ini

·   SDK web Ayla untuk pembangunan pantas aplikasi perniagaan yang memanfaatkan data peranti selular

Dengan keupayaan IoT selular baharu ini yang dimasukkan ke dalam platform IoTnya, Ayla Networks membolehkan pembuat peranti IoT dan penyedia perkhidmatan yang menawarkan penyelesaian IoT untuk memanfaatkan rangkaian selular berkuasa rendah termasuk Cat-M1 dan NB-IoT tanpa membuat perubahan pada reka bentuk produk mereka sendiri.

"Keupayaan IoT selular baharu ini menyediakan satu lagi contoh bagaimana platform Ayla dapat mempercepatkan tempoh ke pasaran di samping turut memodenkan produk-produk IoT," kata Jonathan Cobb, Ketua Pegawai Eksekutif Ayla Networks. "Kesemuanya merupakan sebahagian daripada falsafah yang iikuti oleh Ayla Networks sejak ditubuhkan: menggabungkan semua bahagian sukar dalam membangunkan IoT kepada platform IoT komprehensif yang sentiasa dikemas kini dan ditambah baik. Dengan cara itu, pengeluar produk dan penyedia perkhidmatan yang menggunakan platform Ayla dapat memberi sepenuh tumpuan pada perniagaan mereka sendiri, tanpa perlu bimbang tentang aspek 'IoT' dalam tawaran mereka."

Luaskan Pilihan untuk Ketersambungan IoT Melalui Rangkaian Selular

Keupayaan selular Ayla baharu ideal untuk aplikasi IoT seperti peralatan yang jauh letaknya dan kekurangan akses Wi-Fi, namun demikian jenis dan jumlah transmisi data sedemikian menjadikan perkhidmatan selular LTE amat mahal. Kemajuan dalam teknologi selular LPWAN menjadikan penggunaan rangkaian Cat-M1 dan NB-IoT lebih prevalen, namun demikian, penyelesaian ketersambungan IoT terdahulu memerlukan ketersambungan khusus kepada salah satu protokol selular ini. Dalam erti kata lain, pembuat penyelesaian IoT perlu komited terhadap rangkaian komunikasi tertentu dari awal proses reka bentuk mereka.

Keupayaan IoT selular baharu yang ditawarkan melalui platform Ayla membolehkan pengeluar produk untuk beralih daripada satu jenis ketersambungan kepada jenis yang lain, sama ada Wi-Fi, LTE, Cat-M1, NB-IoT atau protokol lain seperti Zigbee atau LoRa -- pada bila-bila masa. Ia juga membolehkan Ayla Networks memenuhi keperluan lingkungan pelanggan paling luas, dengan ketersambungan Wi-Fi untuk aplikasi IoT kediaman, ketersambungan selular untuk aplikasi komersial dan produk pengenalan untuk aplikasi perindustrian.

Di samping itu, sebaik sahaja terhubung kepada platform IoT Ayla, peranti IoT yang beroperasi melalui rangkaian selular berkuasa rendah boleh memanfaatkan ciri-ciri platform Ayla seperti pengoptimuman penggunaan bateri dan data. Peranti IoT berkuasa bateri yang jauh letaknya boleh menghantar amaran bahawa kuasa baterinya semakin berkurangan atau ia mencecah had pelan datanya. Pengendali peranti dapat mengurangkan penggunaan bateri atau data seperti yang diperlukan melalui platform Ayla tanpa perlu menukar apa-apa pada peranti itu sendiri.

"Ayla Networks ialah penyedia platform terkemuka bagi ketersambungan, pemayaan dan pengurusan peranti IoT," kata Nicole Chen, Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan IoT APT. "We memilih Ayla Networks sebagai rakan kongsi strategik kami untuk projek-projek komersial kami di Taiwan dan telahpun menyaksikan tempoh nilai yang pantas selain skala dan prestasi yang utama dalam pasaran."

Pada peringkat awan, keupayaan IoT selular Ayla baharu termasuk seni bina pemesejan dipertingkat yang dioptimumkan untuk penggunaan data rangkaian LPWAN dan kekerapan menghantar data. Ia turut melibatkan platform pengurusan peranti yang dipertingkat untuk membangunkan dan menggunakan peranti selular secara meluas.

SDK web Ayla baharu akan membantu pembuat peranti IoT dan penyedia perkhidmatan mencipta aplikasi baharu yang dapat memanfaatkan data selular peranti mereka. Sebagai contoh, mereka boleh membangunkan portal sokongan, aplikasi perkhidmatan yang dapat mengurangkan permintaan panggilan perkhidmatan (truck roll) atau menyediakan pengesanan anomali dan aplikasi pemantauan prestasi produk yang lain.

Keupayaan IoT selular baharu akan dimasukkan ke dalam platform IoT Ayla dan sedia digunakan.

Latar Belakang Ayla Networks

Ayla Networks, penyedia yang terkemuka bagi pengembaran digital, pengurusan peranti dan pendayaan aplikasi Internet Komunikasi Benda (IoT), membolehkan syarikat-syarikat terbesar dunia untuk menghubungkan dan menginges data daripada hampir sebarang sensor, sistem dan awan. Dengan memanfaatkan platform Ayla Agile IoT™, pelanggan berupaya untuk menghasilkan produk terhubung yang moden, sekaligus menjadikan data peranti boleh digunakan untuk pemahaman analitik berterusan dan menyokong aplikasi perniagaan termaju. Untuk maklumat lanjut, layari www.aylanetworks.com.

Perhubungan Ayla:
Josh Pederson
Pengarah Pemasaran Produk
+1 (408) 400-7493 ext. 484 
josh@aylanetworks.com

Perhubungan Agensi:
Colleen Martell
Martell Communications
+1 (408) 832-0147
cmartell@martellpr.com

Source: Ayla Netwroks
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology