omniture

Seraphim China bakal bekal modul untuk ladang solar pintar terbesar Australia

Seraphim
2018-12-14 03:06 1755

CHANGZHOU, China, 14 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Jiangsu Seraphim Solar System Co. Ltd. ("Seraphim"), pengeluar produk solar bertaraf dunia di China, baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan membekalkan modul pintar canggih kepada projek loji PV 9MW di Australia.

Terletak 95 km di bahagian barat Moree, New South Wales, loji ini yang dibangunkan oleh Kanowna Solar PL dijangka menggunakan 27,500 unit Modul MX Seraphim 325W dengan pengoptimum Maxim tahap-rentetan sel bersepadu. Pembinaan akan bermula di loji ini pada awal tahun 2019.

Dilaporkan bahawa modul pintar yang dikeluarkan oleh Seraphim dapat mendayakan sehingga 1.5x lebih banyak modul bagi setiap rentetan, hasil daripada ciri pengehad voltan, yang akan mengurangkan kos dengan ketara dan menjadikannya lebih sesuai untuk loji kuasa dan projek komersial yang besar. Sementara itu, berbanding modul tradisional, modul pintar ini dapat mengurangkan kehilangan ketaksepadanan sistem DC dan kadar degradasi jangka panjang untuk meningkatkan output pengeluaran sehingga 5 peratus.

"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kanowna bagi projek solar pintar yang belum pernah disediakan sebelum ini. Ia merupakan suatu pencapaian yang membawa kepentingan besar buat kedua-dua syarikat, dan juga untuk seluruh pasaran solar Australia," ulas Polaris Li, Presiden Seraphim.

"Kami berasa amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan Seraphim untuk projek perintis ini. Pasukan kejuruteraan kami meluangkan masa selama beberapa bulan mengkaji dengan teliti faedah-faedah pengoptimum ini. Pengoptimum Maxim yang digunakan oleh Seraphim ideal untuk solar berskala utiliti lantaran reka bentuknya yang amat berkesan kos digandingkan dengan pengoptimuman tahap subrentetan intramodulnya," kata Dr. Emma Mailler, Pengurus Besar Kanowna Solar.

Latar Belakang Seraphim

Ditubuhkan pada tahun 2011, Seraphim telah meraih pencapaian yang mengagumkan dalam tempoh yang singkat, memperoleh pengiktirafan Tahap-1 daripada BNEF, status Pengamal Terbaik daripada DNV GL dan kesetiaan daripada pelanggan-pelanggan yang mendesak di seluruh dunia. Dengan jumlah terpasang sebanyak lebih 6GW di lebih 40 negara, Seraphim menyediakan pelanggan global dengan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan profesional.

Latar Belakang Kanowna

Pasukan di sebalik projek Kanowna termasuklah Meralli Projects dan Kinelli, yang berjaya menyediakan ladang solar berskala utiliti yang berkesan kos dan memenangi anugerah di Australia tanpa memerlukan subsidi kerajaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.seraphim-energy.com

 

Source: Seraphim
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities