omniture

ISLE 2019 Bakal Himpunkan Ribuan Pemimpin Industri PAPAN IKLAN & LED di China

International Signs and LED Exhibition
2018-12-14 21:56 1641

GUANGZHOU, China, 14 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa 2019 (ISLE), salah satu acara utama dalam industri, bakal diadakan mulai 3-6 Mac 2019 di Kawasan B, Kompleks Pameran Canton di Guangzhou, China, mengalu-alukan pengeluar LED, pengedar, vendor perkhidmatan dan syarikat pengiklanan selain jabatan kerajaan dan juga pengguna akhir.

Kunjungi pameran papan iklan & LED terbesar di Asia
Kunjungi pameran papan iklan & LED terbesar di Asia

Pameran tahunan ini, yang berjaya menarik 230,000 pengunjung pada tahun 2018, akan menghimpunkan kumpulan-kumpulan belian profesional besar dari 18 negara termasuk AS, Jerman, Rusia, Jepun dan Korea Selatan, selain lebih 18,000 syarikat pempamer dari seluruh dunia dan pembeli-pembeli profesional antarabangsa dari lebih seratus negara tahun hadapan. Syarikat-syarikat pempamer akan melibatkan perusahaan-perusahaan domestik premium dan jenama-jenama luar negara yang terkenal seperti Absen, Aoto,Yeard, Lightking, Liantronics, Yes Tech, Epson, HP, Suda, One Laser, Keundo dan Ace.

Berorientasikan Kecanggihan

ISLE 2019 akan menyediakan tiga kawasan pameran yang membawakan produk-produk bermula dengan skrin dan lampu paparan LED kepada paparan 3D, LED Mini, COB, media pintar dan papan tanda iklan pintar selain peralatan LED canggih.

Produk-produk papan iklan & LED digunakan secara meluas untuk tujuan pengiklanan, 4A, perancangan acara, persembahan pentas, audio-visual, pengawasan keselamatan, pendidikan, perniagaan, kedai serbaneka, hotel, sistem persidangan, dewan pameran, stadium dan banyak lagi.

Persidangan Di Lapangan ISLE

ISLE akan menyertakan forum selama empat hari yang menumpu pada topik-topik industri hangat. Senarai penuh persidangan adalah seperti berikut:

  1. Persidangan Pengiklanan Tahunan
  2. Forum Industri LED China (Teknologi Baharu)
  3. Seminar mengenai Bandar Pintar dan Arkitek Pintar
  4. Seminar mengenai 5G, IOT
  5. Forum Bahan Binaan Pameran Mesra Alam
  6. Forum Industri Papan Iklan
  7. Anugerah produk dan reka bentuk papan iklan
  8. Seminar industri LED Jepun
  9. Astaka Belian O2O
  10. Persidangan Pelancaran Produk Baharu (Paparan LED: LED Mini, teknologi COB)

Tawaran Istimewa

Kumpulan-kumpulan besar yang mengunjungi ISLE layak menerima faedah-faedah perjalanan yang besar:

  • Lebih 6 orang: Penginapan hotel percuma
  • Lebih 8 orang: Menerima hadiah tambahan istimewa
  • Lebih 12 orang: Perkhidmatan jurubahasa percuma semasa acara berlangsung

Pradaftar sekarang di: http://en.isle.org.cn/en/envisitorapplication.html

Penganjur Hebat

ISLE 2019, anjuran Canton Fair Advertising Co., Ltd dan China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp. (CFTE), ialah platform penyelesaian rantaian industri LED yang bersepadu sepenuhnya untuk papan tanda iklan profesional, berkarisma dan pintar.

Hubungi:

Cik Suyi Bi

+86-20-89268218

bishuyi@cantonfairad.com

Cik Sarah Li

+86-20-89268248  

lizefan@isle.org.cn

En. Sparta Zhang

+86-20-89268292 

zhanghuilong@isle.org.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181211/2323322-1

Source: International Signs and LED Exhibition
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Trade show news