omniture

Microland Umum Lantikan Kepimpinan Kanan

Microland
2019-01-08 14:44 759

BANGALORE, India, 8 Januari 2019 /PRNewswire/ --

Perluas Pasukan Eksekutif Global di India & AS 

Microland, syarikat transformasi IT digital yang terkemuka India, hari ini mengumumkan pelantikan Mahesh Nagaraj sebagai Ketua Pegawai Strategi dan Srikara CR sebagai Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Profesional dan Prajualan Global bagi mempercepatkan pertumbuhannya sebagai rakan kongsi transformasi digital untuk perusahaan-perusahaan global.

Mahesh akan ditempatkan di Bangalore dan akan memainkan peranan penting dalam memformulasikan dan mendorong visi strategik Microland bagi menjadi rakan kongsi transformasi digital pilihan untuk perusahaan-perusahaan global. Srikara yang ditempatkan di Dallas, AS akan memainkan peranan penting dalam menyediakan kepimpinan kepada Organisasi Perkhidmatan Profesional Global Microland dan memulakan reka bentuk penyelesaian dan perkhidmatan generasi seterusnya daripada Microland yang mendayakan pemecutan perjalanan transformasi digital perusahaan.

Mahesh ialah seorang eksekutif IT berpengalaman dengan 26 tahun pengalaman dalam industri dan pernah menyandang beberapa jawatan kepimpinan dalam syarikat-syarikat perkhidmatan teknologi terkemuka, manakala Srikara ialah seorang eksekutif IT teknologi dengan 28 tahun pengalaman industri, khususnya dalam domain Perkhidmatan Infrastruktur Global merentas vertikal industri.

"Mahesh dan Srikara akan menjadi penambahan cemerlang ke dalam pasukan kepimpinan eksekutif Microland. Mahesh membawa bersama beliau keluasan pengalaman yang tiada tandingan dalam perkhidmatan teknologi, merentas vertikal teknologi, digabungkan dengan pemahaman jelas tentang perniagaan platform. Kemahiran strategik dan operasi beliau akan menjadi aset yang luar biasa kepada Microland tatkala kami terus mempercepatkan perjalanan digital pelanggan kami. Dalam dunia baharu ini, semakin banyak penglibatan dipacu oleh POC dan projek yang akhirnya membuahkan hasil kepada operasi digital. Tatkala kami berhubung bersama pelanggan kami dalam perjalanan ini, jualan rundingan dengan kepakaran domain semakin menjadi keutamaan. Rekod prestasi Srikara dalam mewujudkan penyelesaian inovatif, mengurus tugasan perundingan, menyelaraskan operasi dan membina pasukan berprestasi tinggi merentas vertikal industri adalah amat penting kepada Microland," kata Pradeep Kar, Pengasas, Pengerusi dan Pengarah Urusan, Microland Limited.

Mengulas tentang pelantikan beliau, Mahesh berkata, "Teruja rasanya dapat menyertai Microland yang terus mendepani landskap teknologi yang berubah-ubah sepanjang 29 tahun yang lalu. Visi Microland untuk mempercepatkan perjalanan digital pelanggan dengan memanfaatkan platform Pengautomatan dan AI yang diiktiraf oleh industri memberikannya kelebihan tersendiri yang unik dalam pasaran. Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada tempat kerja yang inovatif, tangkas dan cekap ini menerusi ikon semasanya sebagai pemecut digital untuk perusahaan-perusahaan global."

Mengulas tentang pelantikan beliau, Srikara menyebutkan, "Saya berasa amat teruja untuk menyertai Microland, yang terus berkembang lebih pantas berbanding rakan-rakan industrinya, dipacu melalui perkhidmatan yang utama dalam industri serta falsafah bertumpu kakitangan dan pelanggannya. Menerusi pasukan eksekutif global yang amat berbakat dan amalan HR yang terkemuka dan diiktiraf oleh industri, saya berharap dapat memimpin Organisasi Perkhidmatan Profesional Global bagi membantu mempercepatkan trajektori pertumbuhan berterusan Microland dan menjadi rakan kongsi transformasi digital infrastruktur pilihan untuk perusahaan-perusahaan global."

Latar Belakang Microland

Microland mempercepatkan usaha perjalanan transformasi digital untuk perusahaan global dengan mendayakan mereka dalam menyediakan hasil perniagaan bernilai tinggi kepada pelanggan mereka. Beribu pejabat di Bangalore, India, Microland mempunyai lebih 4,100 ahli profesional merentas pejabat-pejabatnya di Australia, Eropah, India, Timur Tengah dan Amerika Utara. Microland membolehkan perusahaan global menjadi lebih tangkas dan inovatif menerusi penyepaduan antara teknologi baru muncul dan aplikasi kecerdasan pengautomatan, analitik dan prediktif dalam proses perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: https://www.microland.com

Source: Microland
Keywords: Internet Technology Telecommunications Personnel announcements