omniture

Ringstar Boxing kembali dengan Tiga Perlawanan Gelaran berserta perlawanan semula Ridhwan Ambunda yang amat dinanti-nantikan dan banyak lagi pada 29 Mac di Singapura

Ringstar Boxing
2019-01-15 08:40 911

Perlawanan Muhamad "The Chosen Wan" Ridhwan Singapura dan Paulus "The Rock" Ambunda Namibia untuk kekosongan gelaran Kelas Feather Perak WBC

Perlawanan warga Filipina sepenuhnya bersama juara Bantamweight IBO, Michael "Gloves On Fire" Dasmarinas dan Kenny "Big Heart" Demecillo untuk Penyingkir Gelaran Dunia IBF

Menampilkan petinju-petinju terbaik Asia-Pasifik dalam 12 perlawanan termasuk perlawanan kategori wanita

SINGAPURA, 15 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Syarikat media dan hiburan sukan yang berpangkalan di Singapura, Ringstar Boxing (Ringstar) hari ini mengumumkan 12 perlawanan yang diketengahkan untuk acara pertamanya bagi tahun 2019 yang berlangsung pada hari Jumaat, 29 Mac di Stadium Dalaman Singapura, dengan acara utama menampilkan perlawanan semula yang amat dinanti-nantikan antara ahli sukan tinju terbaik seumpamanya dari Singapura, Muhamad "The Chosen Wan" Ridhwan (11-1, 8 KO) dan veteran Namibia, Paulus "The Rock" Ambunda (27-2, 11 KO) untuk gelaran Kelas Feather Perak WBC. Acara-acara utama bersama melibatkan perlawanan warga Filipina sepenuhnya dengan juara Bantamweight IBO, Michael "Gloves On Fire" Dasmarinas (28-2-1, 19 KO) bertarung dengan Kenny "Big Heart" Demecillo (14-4-2, 8 KO) untuk Penyingkir Gelaran Dunia IBF dan individu kacukan Thai-New Zealand, Nort "The Assassin from Siam" Beauchamp (17-2, 3 KO) yang berdepan dengan bintang sensasi Indonesia yang semakin meningkat naik, Defry "The Unseen Hammer" Palulu (20-2-1, 13 KO) untuk gelaran Kelas Feather Super WBC Asia. Sebelah malam akan dimulakan dengan empat pertarungan 4-pusingan, termasuk perlawanan kategori wanita antara bintang harapan Singapura, Efasha "The Face" Kamarudin (2-0, 2 KO) dan ahli tinju dengan kedudukan tertinggi Indonesia, Febriyanti Lubis (1-3).

Ringstar Boxing - Ridhwan Ambunda: The Rematch
Ringstar Boxing - Ridhwan Ambunda: The Rematch

 

Ini akan menjadi promosi keenam Ringstar sejak tahun 2017 dan merupakan yang pertama daripada tiga acara di Singapura tahun ini dengan acara-acara lain dijadualkan berlangsung pada Julai dan Disember manakala acara keempat dirancang untuk diadakan di Malaysia pada bulan Oktober. Bagi program perlawanan tinju bulan Mac, para peminat akan disajikan dengan barisan ahli tinju sedang meningkat naik yang paling mengagumkan dari Asia Pasifik, kesemuanya sepadan dengan prinsip utama Ringstar: 50/50, perlawanan tinju yang kompetitif dengan integriti, diwujudkan untuk mengujakan para peminat seluruh dunia - langkah penting dalam mengukuhkan syarikat tersebut sebagai salah satu kehadiran media sukan paling pantas berkembang di Asia.  

"Kami merupakan satu-satunya platform perlawanan di Asia yang menampilkan ahli-ahli tinju terbaik di rantau ini dan program perlawanan tinju kami bagi bulan Mac membuktikannya," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Scott Patrick Farrell. "Ringstar sudahpun menjadi siaran bertaraf global yang mencecah 300 juta penonton di seluruh dunia dan ini hanyalah satu permulaan. Dengan bilangan peminat yang semakin bertambah dan pelawan-pelawan yang hadir untuk menang dan bukan sekadar mengambil bahagian, kami akan mengubah wajah sukan tinju di Asia Pasifik."

Lingkungan harga tiket bermula daripada SGD38 - SGD118 dan bakal dijual pada 18 Januari di www.sportshub.com.sg/Ridhwan-Ambunda Kerusi Sofa Ringside VIP berharga SGD1,888 didatangkan dengan pemandangan gelanggang tanpa gangguan dan khidmat pembantu khas tetamu diperibadikan dengan minuman bebas pilihan. Diskaun Pengunjung Awal sebanyak 30% untuk semua tiket sehingga 28 Februari 2019 dengan kod promo, 'Ringstar'. Semua perlawanan akan disiarkan SECARA LANGSUNG di seluruh dunia dengan butiran lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat. 

Untuk Kit Media:

1.Program Perlawanan: https://ringstar-boxing.com/wp-content/uploads/2019/01/Ringstar-Boxing-March-2019-Fight-Card-1.pdf

2.Komentar: https://ringstar-boxing.com/wp-content/uploads/2019/01/Ringstar-Boxing-March-Rematch-Title-Fights-Commentary.pdf

3.Penjelasan Ringkas Tinju Ringstar: https://ringstar-boxing.com/wp-content/uploads/2019/01/Ringstar-Backgrounder.pdf 

4.Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Scott Patrick Farrell Bio: https://ringstar-boxing.com/wp-content/uploads/2019/01/Ringstar-Boxing-Bio-CEO-Scott-Patrick-Farrell.pdf

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190114/2345468-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190114/2345468-1LOGO

 

Source: Ringstar Boxing
Keywords: Sporting Events Sports Future Events