omniture

Lompong dalam eDompet: Aplikasi Bayaran Mudah Alih Berdepan Cabaran Besar Libatkan, Kekalkan Pengguna, Menurut Laporan Penanda Aras CleverTap

CleverTap
2019-01-25 00:18 2752

Dengan 77 peratus purata pulangan pelanggan, nilai segera dan pengalaman pelanggan unggul menjadi pembeza kompetitif yang kritikal  

SAN FRANCISCO, 25 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Platform penglibatan pemasaran mudah alih dan analitik, CleverTap hari ini mengeluarkan laporan terkini Penanda Aras Industri untuk Aplikasi Bayaran Mudah Alih. Berdasarkan analisis melibatkan berbilion-bilion titik data yang diagregatkan daripada lebih 583 juta pengguna unik merentas lebih 700 juta peranti, keputusannya mendedahkan landskap yang amat kompetitif yang mana penerbit-penerbit aplikasi bergelut untuk mengalihkan pengguna dalam perjalanan pelanggan bermula dengan asimilasi pengguna.

Dengan membandingkan keputusan ini kepada kemasukan terdahulu dalam laporan paling terkini oleh syarikat untuk aplikasi media & hiburan over-the-top (OTT) serta aplikasi perjalanan yang memberi demonstrasi jelas tentang cabaran lebih besar yang dihadapi oleh penyedia-penyedia aplikasi bayaran mudah alih. Dapatan-dapatan penting termasuk:

  • Purata kadar pengekalan untuk pengguna aplikasi bayaran mudah alih adalah hanya 8% selepas 4 minggu (berbanding OTT: 20%, Perjalanan: 48.3%)
  • Purata masa pendaftaran untuk aplikasi bayaran mudah alih ialah 1 jam penuh (berbanding OTT: 8 minit, Perjalanan: 18 minit)
  • Secara purata, 35% pengguna baharu yang terlibat dengan aplikasi bayaran mudah alih dalam bulan pertama, puratanya mengambil masa 12 hari untuk terlibat (berbanding OTT: 26% dalam 72 jam, Perjalanan: 80% dalam 44 minit)

Selain pemahaman tentang tingkah laku pengguna sepanjang kitar hayat aplikasi, termasuk peralihan daripada satu peringkat ke peringkat seterusnya, laporan ini turut memberi panduan berhubung metrik yang memberikan petunjuk terbaik keadaan pengalaman pengguna pada setiap peringkat dalam kitar hayat tersebut.

"Tatkala pasaran untuk aplikasi bayaran global terus berkembang, penerbit-penerbit aplikasi berdepan dengan cabaran-cabaran luar biasa apabila berusaha untuk memperoleh - dan menyimpan - bahagian mereka," kata Almitra Karnik, Ketua Pemasaran Global di CleverTap. "Kami terus kekal fokus untuk membantu pelanggan kami memahami metrik penting yang akan membolehkan mereka mengoptimumkan prestasi aplikasi mereka dan mewujudkan pengalaman pengguna yang lancar dalam seluruh titik sentuh. Laporan Penanda Aras kami untuk Aplikasi Bayaran Mudah Alih memberi 'CleverTips' yang disokong data, yang merupakan garis panduan khusus untuk membantu pelanggan pada setiap peringkat untuk mengembangkan penglibatan, pengekalan dan pendapatan aplikasi."

Penanda Aras Industri untuk Aplikasi Bayaran Mudah Alih boleh diakses di sini.

Latar Belakang CleverTap
CleverTap membantu jenama-jenama pengguna mengekalkan pengguna mereka seumur hidup. Ia merupakan penyelesaian pemasaran mudah alih hebat yang menyatukan data pengguna daripada saluran dalam talian dan luar talian pada satu platform berpusat. Setiap hari, beribu-ribu jenama menggunakan model pembelajaran mesin CleverTap untuk mencipta strategi penglibatan pelanggan yang terbeza yang membantu pemasar memacu pertumbuhan omnisaluran. Membina hubungan pelanggan yang bernilai dengan menggunakan pemahaman masa nyata yang boleh diambil tindakan yang membantu mewujudkan pengalaman pelanggan yang luar biasa.


Lebih 8,000 aplikasi dan laman sesawang global, termasuk Vodafone, Domino's Pizza, DC Comics, Go-Jek, Cleartrip, BookMyShow dan DealsPlus mempercayai CleverTap untuk mencipta pengalaman yang dapat mendorong nilai seumur hidup pengguna yang lebih tinggi. Untuk melihat bagaimana perniagaan daripada semua saiz membina hubungan pelanggan yang lebih bermakna, kunjungi halaman pelanggan kami.

CleverTap beroperasi dari San Francisco, New York, London, Singapura, Mumbai dan Bengaluru. CleverTap disokong oleh firma-firma modal usaha niaga terkemuka termasuk Accel dan Sequoia. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari clevertap.com atau ikuti di Facebook dan Twitter.

Hubungan Akhbar
Ketan Pandit
Perhubungan awam untuk CleverTap
ketan@clevertap.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/559274/CleverTap_Logo.jpg

Source: CleverTap
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Electronic Commerce Mobile Entertainment Telecommunications Survey, Polls & Research