omniture

Gabungan Lancar Tradisi Dengan Reka Bentuk Kontemporari

Nobu Hospitality
2019-01-25 00:33 2890

Perkenalkan The Nobu Hotel Warsaw

NEW YORK, 25 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Nobu Hospitality, jenama gaya hidup mewah bertaraf global yang diasaskan oleh Nobu Matsuhisa, Robert De Niro dan Meir Teper, berbesar hati mengumumkan usaha peluasan global berterusannya ke Warsaw, Poland.


Dijadualkan untuk membuka 20 hotel seluruh dunia menjelang tahun 2020, Nobu Hotels menjadi sinonim dengan perkhidmatan yang bersemangat, reka bentuk tersendiri dan kemewahan bersahaja. Mencerminkan nilai-nilai teras ini dalam budaya tempatan, Nobu Hotel Warsaw akan ditempatkan di tengah-tengah bandar bersejarah tersebut. Dengan 120 buah bilik, ruang mesyuarat dan acara yang luas, pusat kecergasan dan Nobu Restaurant terkenal, ia akan menjadi gabungan bersepadu antara hotel mewah dan ruang tempat tinggal yang bertenaga.

Hartanah Poland pertama Nobu Hotels akan dibuka pada separuh pertama tahun hadapan dan menempati bangunan baharu yang terletak di Wilcza Street, direka oleh firma seni bina Poland, Medusa Group dan akan turut merangkumkan Hotel Rialto sedia ada. Pengubahsuaian reka bentuk akan menjadi usaha kolaboratif antara Medusa Group dan Studio PCH yang berpangkalan di California. Bangunan baharu ini akan menyaksikan reka bentuk seni bina yang transformatif bagi Warsaw, bergabung dengan bangunan asal Rialto.

Warsaw ialah pusat kebudayaan Poland dan salah sebuah bandar yang paling dinamik di negara tersebut. Dengan komuniti perniagaan yang berkembang pesat, Warsaw telah disenaraikan sebagai pasaran baru muncul ke-7 terhebat di dunia dan terus berkembang sebagai destinasi libur yang rancak.

Trevor Horwell, Ketua Pegawai Eksekutif Nobu Hotels berkata, "Tatkala kami melangkah ke tahun 2019, ini merupakan hotel terbaharu kami di Eropah dan permulaan bagi perkongsian masa depan yang menarik. Kami benar-benar berbangga untuk mengumumkan Nobu Hotel Warsaw ke dalam keluarga Nobu Hotel and Restaurant kami yang semakin berkembang. Ini menjadikan portfolio hotel kami kepada 17 buah hotel bagi menyokong strategi kami untuk membentuk peranan khusus kami di samping terus berpegang teguh kepada jenama kami dan pelanggan Nobu yang setia."   

Karolina Kaim, presiden Tacit Investment berkata, "Nobu ialah sebuah jenama global, dikenali hasil daripada semangat para pengasasnya, perkhidmatan yang luar biasa dan hidangan makanan yang cemerlang. Menerusi kombinasi keterbukaan dan tenaga Poland, kami akan mencipta tempat yang menarik dan unik yang akan memenangi hati tetamu-tetamu yang berkunjung. Kami berasa sangat gembira kerana kami akan berupaya menawarkan pelanggan kami dengan hidangan paling terkenal daripada Cef Nobu Matsuhisa, disajikan di restoran-restoran Nobu seluruh dunia dan dikenali selama bertahun-tahun sebagai masakan Asia berkualiti tertinggi." 


Foto - https://mma.prnewswire.com/media/811861/NOBU_HOTEL_WARSAW.jpg 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/811862/NOBU_WARSAW_BAR.jpg 

Source: Nobu Hospitality
Keywords: Hotels and Resorts Restaurants Retail Travel Corporate Expansion