omniture

Kepuasan Dengan Teknologi HR Menurun di APAC, Menurut Tinjauan oleh Alight Solutions

Alight Solutions
2019-01-28 13:58 1229

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Januari 2019 /PRNewswire/ --

  • 60 peratus firma tidak berpuas hati dengan teknologi HR mereka: rancang pelaburan baharu dalam teknologi HR sepanjang 12-24 bulan akan datang
  • Menjelang tahun 2020, lebih 60 peratus berharap proses HR mereka berciri mudah alih sepenuhnya
  • Lebih separuh daripada program pembelajaran adalah berasaskan video untuk kebanyakan organisasi

Biarpun terdapatnya peningkatan peranan teknologi dalam fungsi sumber manusia (HR), satu kajian baharu daripada Alight Solutions, peneraju bagi penyelesaian pengurusan kesihatan, kekayaan dan modal insan didayakan teknologi, mendapati bahawa syarikat-syarikat di Asia Pasifik sebahagian besarnya kecewa dengan platform teknologi HR mereka. Lebih separuh (55 peratus) daripada syarikat-syarikat ini tidak berpuas hati dengan platform teknologi HR semasa mereka, sehingga 10 titik peratusan dari tahun 2016. Rentetan itu, hampir 60 peratus syarikat-syarikat ini aktif merancang dan menilai pelaburan teknologi baharu sepanjang 12 hingga 24 bulan akan datang.

Laporan oleh Alight,  The State of HR Transformation Study 2018-19 (Perihal Kajian Transformasi HR 2018-19), menilai lebih 670 organisasi DALAM PELBAGAI SEKTOR di seluruh Asia Pasifik, mewakili 6.1 juta kakitangan dan USD 7 trilion pendapatan, bagi menentukan pendekatan mereka untuk mengenal pasti dan melaksanakan penyelesaian HR yang mudah dan berimpak tinggi. Dalam KAJIAN KEDUA, DAN YANG TERBESAR SEUMPAMANYA, Alight menemui lima pandangan TAMBAHAN PENTING:

  • Perkhidmatan dan teknologi HR adalah penting bagi kejayaan kesediaan masa depan organisasi. Contoh tipikal organisasi matang (HR) adalah hampir lima kali ganda lebih yakin tentang kesediaan masa depan mereka berbanding organisasi-organisasi lain dan berupaya untuk mengendalikan fungsi HR yang lebih dua kali ganda lebih produktif. Di samping itu, organisasi-organisasi sedemikian mempunyai purata nisbah kakitangan HR-kepada-sepenuh-masa yang bersamaan 1:92, berbanding yang lain-lain dengan nisbah 1:52.
  • Jurang keupayaan dan kekurangan kolaborasi menghalang HR mencapai lebih daripada kemampuannya. Bahkan, tiga daripada setiap empat organisasi merancang untuk meningkatkan perbelanjaan terhadap pembangunan keupayaan HR mereka.
  • Lebih 60 peratus firma APAC mempunyai model penyerahan perkhidmatan HR yang dinyatakan dengan jelas yang menunjukkan kematangan organisasi.
  • Pengautomatan dan AI dijangka menyaksikan penerimaan kukuh dalam 18 - 24 bulan akan datang. Kebanyakan responden (80 peratus) telahpun menilai senarai tindakan AI dan pengautomatan dan membina skala untuk pelaburan masa depan.
  • Analitik muncul sebagai pengubah industri bagi meningkatkan prestasi, keupayaan, produktiviti dan pengekalan kakitangan. Dua daripada tiga responden merancang untuk melaksanakan analitik individu yang lebih mantap dalam tempoh 12-24 bulan akan datang.

"Dalam era awan dan penaiktarafan teknologi secara berterusan, kebergantungan APAC terhadap strategi platform HR 'terbaik dalam kategorinya' berada di penghujungnya. Penyatuan antara platform dan perkhidmatan omnisaluran akan menjadi pembeza terbesar dalam memacu HR dalam dunia digital," kata Vikrant Khanna, pemimpin Asia, transformasi dan perubahan HR, Alight Solutions, serta pengarang bersama kajian berkenaan.

Kajian ini terus mengenal pasti trend-trend berikut yang akan muncul dalam kalangan organisasi APAC menjelang tahun 2020:

  • 67 peratus organisasi akan menjadikan separuh daripada program pembelajaran mereka dalam bentuk video, dengan kandungan yang pendek, ketersediaan secara atas-permintaan dan pembelajaran prediktif berasaskan peranan.
  • 61 peratus organisasi akan memperoleh kebanyakan (80 peratus) maklum balas kakitangan dalam waktu nyata.
  • Separuh organisasi akan menjadikan separuh daripada proses pengurusan prestasi mereka didayakan oleh AI.
  • 63 peratus organisasi menyatakan kesemua proses HR mereka akan berciri mudah alih.
  • Hampir separuh daripada organisasi berharap agar kebanyakan (80 peratus) transaksi HR mereka didayakan dengan fungsi suara dan hampir separuh (47 peratus) syarikat berharap agar separuh daripada proses mereka didayakan oleh teknologi boleh pakai.
  • Lebih separuh daripada organisasi berharap agar kebanyakan (80 peratus) daripada keputusan kakitangan mereka disokong oleh analitik.

"Fungsi HR dalam organisasi-organisasi APAC sedang melalui proses untuk mengurangkan masa yang diperuntukkan pada transaksi dan pentadbiran bagi tujuan memberi pengalaman kakitangan yang unggul serta mendorong perkongsian perniagaan yang dapat memudahkan transformasi organisasi," kata Shaswat Kumar, pemimpin Asia, HCM Solutions di Alight dan pengarang bersama kajian. "Firma-firma APAC menyedari bahawa fungsi HR yang diperkasa menjadi kunci kepada transformasi ini dan hampir 75 peratus merancang untuk meningkatkan perbelanjaan terhadap pembangunan keupayaan HR khususnya berkisarkan analitik, kecelikan digital dan pemudahan perubahan," tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut tentang kajian Perihal Transformasi HR Alight, kunjungi https://hrtransformation.alight.com

Latar Belakang Alight Solutions 

Sebagai penyedia utama bagi penyelesaian modal insan, kami membantu pelanggan kami dan kakitangan mereka menavigasi kerumitan dalam aspek kesihatan, kekayaan dan sumber manusia (HR). Kami menggabungkan teknologi bertumpu pengguna yang dipacu data dengan penjagaan serta perkhidmatan diperibadikan bagi menyediakan pengalaman pelanggan yang unggul. Rakan-rakan sekerja kami yang berdedikasi merentas 19 pusat global membantu 22 juta orang dan 18 juta ahli keluarga mereka memudahkan kerja dan kehidupan, pada masa kini dan masa depan. Di Alight, kami memperbaharui semula cara kakitangan dan organisasi berkembang maju.

Source: Alight Solutions
Keywords: Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research