omniture

GAC Motor Buka Pusat Jualan dan Perkhidmatan Terbesar di Arab Saudi

GAC Motor
2019-01-30 16:27 830

RIYADH, Arab Saudi, 30 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Pembuat auto GAC Motor membuka sebuah pusat jualan dan perkhidmatan ("Pusat") baharu di tengah-tengah kawasan perniagaan automobil di Riyadh, ibu kota Arab Saudi. Pusat yang berkeluasan 5,588 m2 (60,148 kaki persegi), terletak di Makkah Al Mukarramah Branch Rd, Riyadh 12813, ialah kedai GAC Motor yang terbesar antara empat pusat sedia ada di negara ini dan dikendalikan oleh Aljomaih Automotive Company (AAC), pengedar eksklusif pembuat auto berkenaan di Arab Saudi. Tiga pusat jualan dan perkhidmatan lain di Arab Saudi terletak di Jeddah dan Dammam.

GAC Motor’s New Sales and Service Center in Riyadh
GAC Motor’s New Sales and Service Center in Riyadh

Majlis perasmian menampilkan pelancaran SUV GS7 dan van mini GM8 serta penyerahan kenderaan kepada pelanggan utama yang disaksikan oleh lebih 100 tetamu VIP dan rakan media termasuk En. Li Bei, Pengarah Pejabat Kedutaan Republik Rakyat China di Kerajaan Arab Saudi, En. Chen Hanjun, Naib Presiden GAC Group, En. Yu Jun, Presiden GAC Motor, En. Wang Shunsheng, Naib Presiden GAC Motor International Sales Company dan En. Sheikh Waleed, Ketua Pegawai Operasi AAC.

Ribbon-cutting ceremony
Ribbon-cutting ceremony

"Pembukaan Pusat Jualan dan Perkhidmatan Riyadh serta pelancaran kenderaan-kenderaan baharu bakal menjadi satu lagi pencapaian penting yang menunjukkan pengaturan saluran jualan GAC Motor di tiga bandar utama Arab Saudi beroperasi sepenuhnya. Kami juga komited untuk menyediakan pelanggan Arab Saudi dengan pengalaman pergerakan yang menyeronokkan," kata Yu Jun, Presiden GAC Motor.

Perkongsian GAC Motor dengan AAC merupakan satu kepentingan strategik di Timur Tengah. AAC mempunyai pengalaman jualan dan perkhidmatan selama lebih 50 tahun dan merupakan pengedar GM yang terbesar di rantau ini. GAC Motor menandatangani perjanjian perkongsian dengan AAC pada tahun 2018 untuk melabur dan membina empat pusat jualan dan perkhidmatan dengan tujuan untuk menjadikan GAC Motor sebagai jenama automotif aliran utama di Arab Saudi dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Yu Jun, President of GAC Motor, gives a speech at the ceremony
Yu Jun, President of GAC Motor, gives a speech at the ceremony

Sheikh Waleed, Ketua Pegawai Operasi AAC, menyatakan, "Kami telah menetapkan matlamat dan cabaran hebat bagi memuaskan pelanggan kami di Kerajaan ini dengan menyediakan perkhidmatan yang selari dengan nama dan kemewahan kereta-kereta GAC," dan beliau berkata beliau yakin kualiti produk-produk GAC Motor akan melangkaui jangkaan para pengguna dalam pasaran Arab Saudi.

GAC Motor membina sejumlah 21 pusat jualan dan perkhidmatan di lapan negara sekitar rantau ini termasuk Arab Saudi, UAE dan Kuwait dan setelah bertahun-tahun menjalani pembangunan, ia berjaya membina imej jenama berharga sederhana dan mewah dalam pasaran.

"Produk-produk automotif merupakan cara untuk orang ramai berhubung semasa menjalani perjalanan hebat dalam kehidupan. Pertumbuhan mantap kami di Arab Saudi membantu mengukuhkan hubungan positif antara kedua-dua negara. Menerusi produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kami, kami merupakan contoh mesra berhubung pertukaran yang berkembang pesat antara China dan Arab Saudi," kata Yu.

GAC Motor kini beroperasi di 16 negara dan telah mewujudkan jaringan penyelidikan dan pembangunan bertaraf global dalam lima bandar di seluruh dunia. Syarikat ini bekerjasama dengan 18 pembekal yang terkemuka di dunia dan menggalakkan komunikasi serta persefahaman selanjutnya antara wilayah-wilayah berbeza melalui strategi pembangunan perniagaan bersepadunya.

GAC Motor meletakkan wilayah Timur Tengah sebagai bahagian penting dalam strategi luar negaranya dan faktor sokongan utama dalam usaha syarikat untuk membina jenama auto global yang terkemuka. Pada masa terdekat, GAC Motor merancang pembangunan selanjutnya di Timur Tengah dan akan mempercepatkan rancangan globalisasinya.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-202 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama enam tahun berturut-turut dalam Initial Quality StudySM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Hubungan Media:

Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190129/2359591-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190129/2359591-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190129/2359591-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion New products/services