omniture

ZTE dan IHS Bersama-sama Siar Kertas Putih "Seni Bina Pilihan Terbaik 5G"

ZTE Corporation
2019-02-04 08:06 2045

SHENZHEN, China, 4 Februari 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan bahawa ia bersama-sama menyiarkan kertas putih bertajuk "Seni Bina Pilihan Terbaik 5G" dengan IHS. Berdasarkan analisis perbandingan terhadap SA dan NSA 5G, kertas putih ini menyimpulkan bahawa seni bina SA ialah laluan yang lebih baik kepada rangkaian sasaran dalam era 5G dari perspektif pelaburan jangka panjang, keupayaan perniagaan dan prestasi rangkaian.

Dari perspektif pelaburan rangkaian, biarpun pelaburan awal yang rendah terhadap seni bina NSA, kos pelaburan kumulatif jangka panjang seni bina NSA adalah agak tinggi berbanding seni bina SA, dengan mengambil kira kos penaiktarafan peralatan rangkaian LTE sedia ada dan kos perkembangan kepada seni bina SA.

Di samping itu, kos penggunaan awal seni bina SA dapat dikurangkan dengan ketara menurut strategi pelaksanaan 5G yang sesuai. Sebagai contoh, liputan 5G selektif di kawasan khas, lapangan bersama 4G dan 5G, menggunakan Rangkaian Teras 5G pada pusat data sedia ada dan bermula dengan fungsi-fungsi Teras 5G asas sahaja, membuka antara muka dan memperkenalkan ciri-ciri perkhidmatan secara langkah demi langkah.

Dari perspektif keupayaan perkhidmatan, seni bina SA bukan sahaja meningkatkan lebar jalur akses, tetapi turut menyokong aplikasi seperti URLLC dan mMTC. Seni bina SA dapat memberikan keupayaan rangkaian tersuai kepada aplikasi-aplikasi berbeza melalui penghirisan rangkaian yang fleksibel. Oleh itu, pengenalan kepada seni bina SA pada peringkat awal dapat melancarkan perkhidmatan inovatif yang berbeza dan model perniagaan dalam pasaran industri vertikal secepat mungkin dan membawakan lebih banyak sumber pendapatan kepada pengendali.

Dari perspektif prestasi rangkaian, seni bina SA dapat memanfaatkan sepenuhnya kepelbagaian pancar dwiantena dan pemancar berkuasa tinggi pada peranti 5G, mencapai liputan rangkaian yang lebih baik, kapasiti sistem dan KPI lain, mengurangkan kerumitan dan kos peranti dengan ketara, dan dengan itu dapat meningkatkan pengalaman pengguna akhir.

Selain analisis terhadap seni bina rangkaian 5G, kertas putih ini turut menghuraikan tentang kematangan rangkaian dan peranti teras 5G, salah satu kebimbangan utama pihak pengendali, bagi menghilangkan kekhuatiran mereka demi seni bina rangkaian yang lebih baik.

Bagi mengiktiraf keupayaan perangkaian 5G komersial untuk seni bina NSA dan SA, ZTE aktif mempromosi pengkomersialan 5G, menyelesaikan pengesahan rangkaian dan ujian seni bina NSA dan SA dengan berbilang rakan kongsi. Dalam kertas putih ini, IHS menggunakan kes aplikasi SA ZTE dan data ujian lapangan komersial sebagai tambahan.

Berikut merupakan pautan untuk mengakses kertas putih penuh "Seni Bina Pilihan Terbaik 5G": 

https://res-www.zte.com.cn/mediares/zte/Files/PDF/white_book/5g-best-choice-architecture.pdf?la=zh-CN

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Hubungan Media:

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn   

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research