omniture

Vakrangee Cipta Sejarah Pegang Gelaran GUINNESS WORLD RECORDS bagi Kedai Paling Banyak Dilancarkan Serentak pada 14 Januari 2019

Vakrangee Limited
2019-02-06 02:19 1244

MUMBAI, India, 6 Februari 2019 /PRNewswire/ --

  • Lancar 1107 kedai Nextgen Vakrangee Kendra di seluruh negara pada masa yang sama pada hari yang sama
  • Keseluruhannya, Syarikat lancarkan 3,300+ kedai 

Hari ini, Vakrangee meraikan pencapaian terbaharu mereka untuk menjadi pemegang gelaran RECORDS GUINNESS WORLD untuk Kedai paling banyak dilancarkan serentak. Vakrangee telah mengumumkan bahawa ia telah memasuki RECORDS WORLD GUINNESS dengan membuka 1,107 kedai pada jam11:07 pada 14 Januari 2019. Ini merupakan bilangan kedai yang paling banyak dibuka di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Ia mencapai gelaran ini dengan mengalahkan penyandang GUINNESS WORLD RECORDS yang sedia ada bagi Kedai paling banyak dilancarkan serentak dengan 505 kedai pada 29 Oktober 2018 yang dipegang oleh Xiaomi Technology India Pvt. Ltd.

Fotograf Majlis GUINNESS WORLD RECORD[TM]: https://vakrangee.in/gallery4.php?id=156

1,107 kedai ini ialah sebahagian daripada 3,300 + NextGen Vakrangee Kendras, yang dilancarkan pada 14 Januari 2019. Kedai-kedai NextGen ini menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang komprehensif merentasi perbankan, insurans, ATM, e-Dagang berbantu, e-pentadbiran, perkhidmatan kewangan dan logistik. Kedai-kedai NextGen ini berada di 19 buah negeri, 350+ daerah dan 2,000 kod pos negara, di mana lebih daripada 70% cawangan adalah dari bandar Tahap 5 dan Tahap 6.

Mengulas mengenai perkara yang sama, Encik Dinesh Nandwana, Pengasas Promoter & Pengerusi Eksekutif, Vakrangee Ltd. berkata, "Kami berbesar hati dan teruja untuk menerima pensijilan ini daripada GUINNESS WORLD RECORDS. Pengiktirafan global ini ialah pengesahan kepercayaan dan komitmen kami terhadap agenda transformasi NextGen Vakrangee Kendras. Pencapaian yang memecah rekod ini juga mempamerkan keupayaan keluarga pekerja Vakrangee, rakan francais dan rakan vendor yang luas."

Sasaran yang dirancang oleh Vakrangee adalah untuk mencapai sekurang-kurangnya 25,000 outlet operasi menjelang Tahun Kewangan 2019-20 dan seterusnya meningkatkannya untuk mencapai 45,000 outlet menjelang Tahun Kewangan 2020-21 dan 75,000 menjelang Tahun Kewangan 2021-22.

Mengulas mengenai perkara yang sama, Encik Swapnil Dangarikar, Hakim Rasmi, GUINNESS WORLD RECORDS, berkata, "Kami gembira Vakrangee telah mencipta rekod dunia baharu dengan membuka Kedai paling banyak dilancarkan serentak. Kesemua kedai secara kolektif dirasmikan pada pukul 11.07 pagi pada 14 Januari 2019."

"Ia satu penghormatan untuk menyampaikan sijil kepada Vakrangee Limited kerana memperoleh gelaran GUINNESS WORLD RECORDS. Saya teruja untuk mengumumkan bahawa mereka kini Officially Amazing[TM]," beliau menambah.

Latar Belakang Vakrangee Limited  (Kod BSE: 511431) (Kod NSE: VAKRANGEE) 

Diperbadankan pada tahun 1990, Vakrangee ialah syarikat didorong teknologi yang unik yang memfokus pada pembinaan rangkaian terbesar runcit perbatuan terakhir di India untuk menyediakan perkhidmatan perbankan dan kewangan masa nyata, ATM, insurans, e-pentadbiran, e-dagang dan perkhidmatan logistik kepada pasaran yang tidak mendapat perkhidmatan. Kedai-kedai Runcit Berbantu Digital digelar sebagai 'Vakrangee Kendra' yang bertindak sebagai 'kedai sehenti' untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan dan produk. Vakrangee telah berada di barisan hadapan dalam bidang rangkuman kewangan di India. Ia telah menandatangani perjanjian 'BC Umum' dengan pelbagai bank sektor awam kerana menawarkan perbankan masa nyata kepada penduduk bandar yang tidak dan kurang mendapat perkhidmatan. Selain perbankan, outlet 'Vakrangee Kendra' juga menyediakan produk insurans, perkhidmatan e-pentadbiran dan produk e-dagang. Untuk maklumat lanjut, lawati www.vakrangee.in

 

Source: Vakrangee Limited
Related Stocks:
Bombay:511431 India:VAKRANGEE
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Retail Telecommunications Awards