RIYADH, Arab Saudi, 6 Februari 2019 /PRNewswire/ --
SFC terima sijil pendaftaran Festival Falko Raja Abdul Aziz sebagai kejohanan perlumbaan falko terbesar di dunia
Festival Falko Raja Abdul Aziz diumumkan sebagai kejohanan perlumbaan falko terbesar di dunia dengan rekod penyertaan 1723 falko yang telah bertanding selama 10 hari (25 Jan - 3 Feb), lapor Guinness Book of Records pada hari Ahad.
Wakil rasmi GBR, Shida Subasi Jamissi, telah menyampaikan sijil rasmi yang mengesahkan pendaftaran festival dalam GBR kepada pengarah eksekutif Kelab Falko Saudi (SFC), Hossam bin Abdul Mohsen Al-Hazimi di Malham, utara Riyadh.
Pengumuman rekod dunia ini merupakan pencapaian baharu Saudi dalam festival falko terbesar di dunia dengan jumlah hadiah wang tunai bernilai SR 17,630,000, dengan penyertaan pemilik falko dari Arab Saudi, GCC dan dunia.
"Ia satu penghormatan untuk menghadiri pertandingan SFC, di mana 1,723 falko telah mengambil bahagian, satu kategori baharu yang direkodkan mengikut piawaian antarabangsa," kata Jamesi.
"Piawaian yang diiktiraf menyatakan bahawa mestilah tiada ancaman kepada kehidupan dan semua falko yang terlibat mesti berada dalam keadaan yang baik. Setelah mendapat bilangan yang tepat daripada Jabatan Statistik, saya dapat mengesahkan bahawa SFC secara rasmi didaftarkan di GBR dengan 1723 falko, sebagai kejohanan falko terbesar di dunia di Riyadh pada 3 Februari 2019," beliau menambah.
SFC telah menganjurkan pertandingan 400 meter Al Melwah yang termasuk pusingan untuk para pemilik falko Saudi dan pusingan antarabangsa, manakala pusingan 13 piala diadakan pada hari Ahad untuk memilih 39 pemenang. Pemenang setiap pusingan akan menerima SR 500,000, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan mendapat SR 200,000 dan SR 100,000.
Perlu dinyatakan bahawa, penganjuran festival ini dibuat selepas kejayaan terulung dalam pameran falko Saudi dan pemburuan yang diadakan bulan lepas, dengan penyertaan antarabangsa dan Teluk yang hebat. Kedua-dua acara itu dianjurkan oleh SFC, yang ditubuhkan dengan titah diraja Penjaga Dua Masjid yang Mulia Raja Salman bin Abdulaziz, dan di bawah pengawasan langsung oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman.