omniture

Empire State Building Umum Pemenang Peraduan Perkahwinan Hari Valentine Tahunan ke-25

Empire State Realty Trust, Inc.
2019-02-07 12:54 1844

Dua Pasangan Bertuah Bakal Berkahwin di Mercu Tanda Ikonik pada 14 Februari

NEW YORK, 7 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Empire State Building (ESB) hari ini mengumumkan bahawa dua pasangan Fabiana Faria dan Helena Barquet dari New York, NY dan Nachiket Patel dan Chitra Pathak, yang berasal dari Mumbai - telah dipilih sebagai pemenang Peraduan Perkahwinan Hari Valentine Tahunan ke-25.


Ditampilkan dalam pelbagai kisah cinta di lakon layar dan lamaran dalam kehidupan sebenar, Balai Cerap tingkat 86 yang terkenal di dunia dengan pemandangan 360 darjah Bandaraya New York dan sekitarnya ialah lokasi yang ideal bagi pasangan pemenang untuk menyatakan ikrar dan mengesahkan cinta mereka. Beratus-ratus pasangan telah berkahwin atau memperbaharui ikrar mereka di Bangunan Paling Romantis di Dunia, dan untuk menandakan ulang tahun perak peraduan, dua lagi pasangan akan meneruskan tradisi dan berkahwin pada Hari Valentine ini.

ESB akan menganjurkan upacara perkahwinan selama 15 minit di Balai Cerap tingkat 86 yang terkenal seperti berikut:

  • 7 a.m. - Fabiana Faria dan Helena Barquet: Fabiana dan Helena melambangkan kisah cinta NYC yang benar. Pemilik bersama kedai reka bentuk kediaman Coming Soon di Lower East Side, Fabiana melamar Helena di Plaza Hotel setelah jatuh cinta hampir tujuh tahun yang lalu. Dengan minat yang dikongsi bersama terhadap Empire State Building dan makna di sebalik pencahayaan menara malamnya, Fabiana dan Helena teruja untuk meraikan kisah cinta mereka dan berkahwin di Balai Cerap tingkat 86.
  • 7:30 a.m. - Chitra Pathak dan Nachiket Patel: Berasal dari India, Nachiket dan Chitra bertemu sepuluh tahun yang lalu selepas diperkenalkan oleh saudara lelaki Chitra. Susulan hubungan lima tahun, yang merangkumi hampir dua tahun percintaan jarak jauh, mereka kini tinggal di Jersey City, New Jersey. Empire State Building merupakan bangunan kegemaran Nachiket, dan meskipun pasangan itu masih merancang untuk mengadakan perkahwinan tradisional besar-besaran di India, beliau menghantar penyertaan dengan harapan dapat memberikan kejutan kepada Chitra dengan perkahwinan di negara angkat mereka. Chitra teruja untuk mengadakan perkahwinan di tengah-tengah New York, bandar tempat beliau dan Nachiket ditemukan semula.

Untuk meraikan peristiwa penting ini, dan buat kali pertama, Peraduan Perkahwinan Hari Valentine tahun ini dibuka kepada kumpulan peminat antarabangsa bangunan ini melalui https://esbvalentinesday.com/.

"Dengan lebih 1,000 penyertaan dari dekat dan jauh, jelas ia membuktikan bahawa sejarah dan percintaan yang diceritakan yang menyelubungi Empire State Building terus menyentuh kehidupan di seluruh dunia," kata Jean-Yves Ghazi, Naib Presiden Kanan Balai Cerap. "Saya teruja untuk merasmikan majlis perkahwinan Helena dan Fabiana serta Chitra dan Nachiket, dan meneruskan tradisi ini untuk tahun ke-25."

Setiap pengantin akan diberi pakaian pilihannya dari lokasi istimewa terkenal Kleinfeld Bridal di New York City. Selain itu, pasangan pemenang bakal menerima pakej hadiah daripada Grand Hyatt New York, STATE Grill and Bar, Turkish Airlines, dan Boca Raton Resort & Club, Waldorf Astoria Resort, daripada Discover The Palm Beaches, organisasi pemasaran pelancongan rasmi untuk Palm Beach County, Florida.

Untuk butiran peraduan lengkap, sila lawat www.facebook.com/empirestatebuilding. Untuk maklumat lanjut mengenai Kleinfeld Bridal, Grand Hyatt New York, The Palm Beaches, Turkish Airlines, dan STATE Grill & Bar, layari https://www.kleinfeldbridal.com/, http://newyork.grand.hyatt.com/, https://www.thepalmbeaches.com, https://www.turkishairlines.com/, dan www.stategrillesb.com.

Latar Belakang Empire State Building
Tersergam 1,454 kaki di atas Midtown Manhattan (dari lantai ke puncak antena), Empire State Building, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., ialah "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu dalam kecekapan tenaga, infrastruktur, kawasan dan kemudahan awam, Empire State Building telah menarik penyewa kadar pertama dalam pelbagai industri dari seluruh dunia. Empire State Building dinamakan sebagai destinasi pelancongan paling popular di dunia dalam kajian yang dijalankan oleh Uber dan dinamakan bangunan kegemaran Amerika dalam tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika. Untuk maklumat lanjut mengenai Empire State Building, sila lawati www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding,  www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), sebuah amanah pelaburan hartanah terkemuka (REIT), memiliki, mengurus, mengendali, memperoleh, mengalihkan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan metropolitan New York yang lebih luas termasuk Empire State Building, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia".  Beribu pejabat di New York, New York, dan portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi ruang boleh disewa, setakat 30 September  2018 terdiri daripada 9.4 juta kaki persegi ruang boleh disewa dalam 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut, dan dua di Westchester County, New York; dan kira-kira 700,000 kaki persegi ruang boleh disewa dalam portfolio perniagaan.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/818223/Empire_State_Realty_Trust_Valentines_Day_Wedding_Contest.jpg

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Real Estate Corporate Social Responsibility